Cara Mohon, Kemaskini dan Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 2022 – Tarikh Bayaran Fasa 3
Kemaskini! BKM 2022 | Cara Mohon BKM 2022, Permohonan Bantuan Keluarga Malaysia Isi Rumah, Ibu Tunggal, Bapa Tunggal, Warga Emas dan Golongan Bujang dan B40 | Cara Daftar dan Semakan Status Bayaran BKM 2022 | Tarikh dan Jadual Bayaran BKM pada Mac 2022
Apakah Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) ?
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan melalui Bajet 2022 sebentar tadi dan bantuan tunai ini ditambahbaik berbanding bantuan kewangan sebelum ini agar ia merangkumi lebih ramai penerima yang layak.
Berikut adalah jumlah bantuan yang diperuntukkan:
KATEGORI 1
- Pendapatan Isi Rumah RM2500 ke bawah
- Lebih 3 anak
- Bantuan RM2000
KATEGORI 2
- Pendapatan Isi rumah RM2500 ke atas sebulan
- 1-2 anak : Bantuan RM1500
- Tiada anak: RM1,000
KATEGORI 3
- Ibu bapa tunggal dengan tanggungan
- Pendapatan Isi Rumah sehingga RM5000 sebulan
- Bantuan RM500
KATEGORI 4
- Bantuan RM300 untuk warga emas
- Bujang RM350 bagi Pendapatan kurang RM2500
Info Lanjut Permohonan dan Semakan KLIK SINI | Login Permohonan BKM 2022 -> https://bkm.hasil.gov.my
BKM adalah bantuan tunai Kerajaan yang lebih bersasar kepada golongan yang memerlukan bagi meringankan kos sara hidup dan beban rakyat berpendapatan rendah.
Tempoh permohonan Kemas Kini Maklumat Asas bagi penerima BKM 2022 yang tidak mengemukakan Permohonan Rayuan BKM adalah seperti berikut:
- Mulai 12 September 2022 sehingga 29 September 2022*.
- Mulai 10 Oktober 2022 sehingga 30 Oktober 2022*.
*Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa
• Tindakan kemas kini maklumat yang dibenarkan adalah seperti berikut :
- Nombor Telefon Rumah.
- Nombor Telefon Bimbit.
- Alamat e-Mel.
- Maklumat Wakil.
• Penerima BKM 2022 yang ada mengemukakan Permohonan Rayuan BKM boleh mengemaskini maklumat asas permohonan BKM 2022 mulai 10 Oktober 2022 (Tertakluk kepada pindaan dari semasa ke semasa).
Maklumat wakil baharu akan dikemaskini dan diserahkan kepada pihak BSN pada setiap hujung bulan.
Semakan Status BKM
Bagi yang telah membuat permohonan baharu atau kemaskini maklumat, berikut dikongsikan cara membuat semakan status permohonan di laman web myBKM.
Sila rujuk langkah di bawah:
- Layari Portal Rasmi Semakan Status Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) di pautan ini : https://bkm.hasil.gov.my.
- Klik [LOG MASUK BKM].
- Untuk makluman anda, jika anda sebelum ini merupakan penerima atau pernah memohon Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) anda boleh semak menggunakan Kata Laluan Bantuan BPR.
- Sila masukkan Nombor Kad Pengenalan anda di kotak NO MYKAD/ID PENGGUNA.
- Klik Menu [Semakan Status].
- Maklumat Semakan BKM akan dipaparkan di ruangan ini.
- Status Permohonan anda akan dipaparkan di Semakan Status.
- Maklumat Pembayaran iaitu Jumlah Bayaran Bantuan yang anda akan terima dan juga Tarikh Pembayaran atau Kredit ke akaun anda akan dipaparkan apabila pihak LHDN selesai memproses maklumat pemohon.
- Selesai.
Baca juga : Cara Mohon dan Semakan Bantuan Kehilangan Pendapatan
Info Penting Bantuan Bajet 2022 :-
- Cara Mohon dan Daftar Program eStart : Kredit Belia RM150 e-Skim Transaksi Tanpa Tunai
- Cara Mohon dan Semakan Kelayakan Diskaun Pinjaman PTPTN
- Cara Mohon dan Daftar Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia : Bantuan Tablet Percuma untuk Pelajar IPT
- i-Citra KWSP : Cara Mohon Pengeluaran, Semakan Kelayakan dan Tarikh Bayaran
- Cara Mohon dan Semakan Kelulusan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)