Advertisement

Cara Mohon dan Daftar Kredit e-Tunai eMADANI RM100

Kemaskini! Permohonan dan Syarat Kelayakan eMADANI Kredit e-Tunai RM100 Rakyat berpendapatan RM100,00 Setahun dan ke Bawah. Bilangan penerima yang layak dianggarkan melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion. Mohon e-Tunai 2023 Sekarang!. Cara Mohon , Daftar dan Tebus eWallet eMADANI ShopeePay. Touch n Go TnG, MAE dan SETEL

Advertisement

Pendaftaran dan tuntutan kredit e-Wallet (eMADANI) akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyampaikan ucapan Belanjawan 2024 dalam pembentangan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Negara pada 29 November 2023.

eMADANI ialah inisiatif daripada kerajaan untuk penerima yang layak dengan pendapatan tahunan di bawah RM100,000.

Program ini dianggarkan memanfaatkan kira-kira 10 juta rakyat Malaysia dalam bentuk kredit e-dompet RM100 yang boleh digunakan untuk pembelian melalui penyedia perkhidmatan e-dompet yang mengambil bahagian.

Syarat Kelayakan Kredit e-Wallet RM100 eMadani

Syarat kelayakan adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas pada 1 Januari 2023 ; dan
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan rekod pada 7 November 2023 ; atau
  3. Mempunyai pendapatan dan pendapatan tersebut adalah RM100,000 dan ke bawah setahun berdasarkan rekod Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) setakat 15 Julai 2023

Dalam kenyataan sebelum ini, Kerajaan bersetuju untuk menawarkan kredit etunai sebanyak RM100 kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berpendapatan RM100,000 setahun dan ke bawah.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, inisiatif pemberian itu susulan melihat kepada kejayaan dan impak besar program e-tunai kepada masyarakat di negara ini.

Bilangan penerima yang layak dianggar melebihi 10 juta rakyat iaitu merangkumi golongan B40 dan M40 dengan dana sekitar RM1 bilion.

Tarikh Tuntutan / Perbelanjaan

Tarikh pendaftaran dan penebusan adalah bermula 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Tempoh tuntutan: 4 Disember 2023 – 20 Februari 2024

Tempoh perbelanjaan: 4 Disember 2023 – 29 Februari 2024

Cara Penebusan eMadani

Pendaftaran dan tuntutan kredit eMADANI akan dibuka mulai Isnin, 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024.

Tawaran e-kredit itu boleh ditebus menerusi empat aplikasi penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan pengguna iaitu:

  1. MAE
  2. ShopeePay
  3. Setel
  4. Touch n Go

Penggunaan kredit eMadani serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat ini HANYA BOLEH DIBELANJAKAN SECARA FIZIKAL SAHAJA sehingga 29 Februari 2024.

Anda juga perlu memenuhi langkah verifikasi identiti secara elektronik ‘Know-Your- Customer’ (eKYC) dengan penyedia perkhidmatan e-dompet pilihan anda sebelum permohonan kredit eMADANI boleh dibuat.

Penyedia e-Wallet eMadani RM100

1 – CARA TEBUS RM100 TOUCH N GO EWALLET

2 – SETEL

3 – CARA TEBUS RM100 MELALUI MAE – MAYBANK

4 – CARA TEBUS RM100 SHOPEEPAY

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kenyataan media Kementerian Kewangan di bawah:

SIARAN MEDIA BERKENAAN PERUNTUKAN RM1 BILION BAGI eMADANI DIJANGKA MEMANFAATKAN SEHINGGA 10 JUTA RAKYAT MALAYSIA

Advertisement

Leave a Comment