Advertisement

Cara Semakan Panggilan Temuduga/Ujian UPU/IPTA Sesi 2023/2024

Semakan Panggilan Temuduga / Ujian Program Pengajian Pendidikan

Temuduga bagi permohonan ke Universiti Awam ini melibatkan program yang memerlukan temuduga sahaja. Sila klik nama universiti awam yang berkenaan untuk ke laman semakan.

Advertisement

SEMAKAN PANGGILAN TEMU DUGA DAN/ATAU UJIAN PROGRAM PENGAJIAN PENDIDIKAN LEPASAN STPM/SETARAF | SESI AKADEMIK 2023/2024

Perhatian kepada calon yang memohon program pengajian pendidikan, boleh melayari URL Universiti Awam yang terlibat seperti di bawah untuk membuat semakan bermula pada;

26 JUN 2023 (ISNIN)

UM : https://kemasukan.um.edu.my
USM : https://pohon.usm.my
UKM : https://appsmu.ukm.my/etemuduga/semakan/prasiswazah
UPM : http://intake.upm.edu.my/temuduga
UTM : https://jpt.utm.my
UIAM : https://www.iium.edu.my/kemasukan/temuduga/
UUM : https://uum.edu.my/kemasukan
UNIMAS : https://www.unimas.my/kemasukan/temuduga
UMS : https://bpa.ums.edu.my/semakanums
UPSI : https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/
USIM : https://etasjil.usim.edu.my
UiTM : https://online.uitm.edu.my
UTHM : https://wapps.uthm.edu.my/tawaran/
UniSZA : https://www.unisza.edu.my/tawaran/

Semakan Temuduga UPU/IPTA/Ujian MEdsi

Temuduga bagi permohonan ke Universiti Awam ini melibatkan program yang memerlukan temuduga sahaja. Sila klik nama universiti awam yang berkenaan untuk ke laman semakan.

Berikut disertakan pautan semakan semua universiti awam

Semakan Panggilan Temuduga UPU Lepasan SPM/ Setaraf

Semakan Panggilan Temuduga

Dibuka 8 MEI 2023

Nama yang layak dipanggil temuduga untuk program pengajian bertanda (#) boleh disemak di pautan URL berikut :-

Pautan URL Semakan :-

Baca Juga: Cara Mohon dan Tebus Bantuan Kredit eWallet RM150 Bagi Pelajar IPT

Sila hubungi Universiti Awam yang terlibat untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tips Temu Duga Bagi Program Pengajian Pendidikan

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan Temuduga Program Pendidikan terutamanya tips dan panduan menghadapi temuduga tersebut:

Maklumat Penting Temuduga Sebelum menghadiri temuduga, calon perlu mengambil perhatian terhadap maklumat berikut:

  • Sesi temuduga diadakan setelah calon melepasi kelayakan minimum akademik bagi sesuatu program yang dipohon.
  • Satu hingga empat calon akan dipanggil serentak dalam satu sesi bergantung kepada keadaan.
  • Satu sesi dijalankan dalam tempoh 10 hingga 30 minit. Panel temuduga merupakan pegawai yang telah dilatih untuk mengekstrak pelbagai dimensi dan ciri calon dalam sesi temuduga.
  • Penilaian bermula seawal calon mula melangkah ke dalam bilik temuduga sehingga saat keluar dari bilik. Segala gerak-geri dan pertuturan calon diperhatikan.

Terdapat banyak kaedah yang digunakan oleh panel untuk menilai calon sewaktu temuduga.

Antaranya adalah:

  1. Mock-Teaching
    • Calon dikehendaki mengajar sesuatu topik seperti seorang guru sebenar. (Nota: Bayangkan anda adalah guru dan panel adalah pelajar)
  2. Debat
    • Pasangan calon akan diberi peranan sebagai pencadang dan pembangkang untuk menghujahkan sesuatu isu yang diberi panel. (Nota: Sekiranya ada diberi peranan sebagai pencadang dan walaupun secara peribadi anda mungkin tidak bersetuju sesuatu penyataan yang diberi, namun anda mestilah kekal berhujah sebagai pencadang)
  3. Isu Semasa
    • Lengkapkan diri anda dengan pengetahuan berkaitan isu-isu semasa pendidikan. (Nota: Selak surat khabar atau portal berita dalam jangka masa seminggu sebelum sesi temu duga untuk mendapatkan idea isu terkini pendidikan dan juga negara)
  4. Pengetahuan Bidang
    • Selidik bidang pengajian yang ingin dipohon. Program seperti Kimpalan, Aircond, catering bukanlah satu mata pelajaran di peringkat sekolah. Jadi, calon mesti membuat penyelidikan tentang bidang ini agar tidak salah menjawab apabila disoal. (Tip: Pengetahuan asas program yang dipohon menunjukkan kesungguhan anda untuk mendalami bidang tersebut)

Baca Juga : Cara Mohon Skim Bantuan Awal Pelajar IPT 2023

SEMAK SEGERA!!

Advertisement

Leave a Comment