Advertisement

Cara Mohon Bantuan Didik ANIS Kerajaan Selangor Tahun 2022

Kemaskini! Permohonan Bantuan Didik ANIS Di Buka. Untuk pengetahuan, Bantuan Didik ANIS telah dilaksanakan oleh kerajaan Negeri Selangor bermula pada tahun 2017.

Advertisement

Bantuan terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa dan Program Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) berdaftar yang menjalankan Early Intervention Program (EIP) atau Program Intervensi Awal untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.

Peruntukan bantuan ini diberikan secara one-off dan institusi pendidikan yang berminat, mereka boleh membuat permohonan sebelum 12 Ogos 2022.

Objektif Utama

Objektif utama bantuan ini diperkenalkan adalah untuk:

  1. Membantu Institusi Pendidikan Anak Istimewa yang menjalankan Early Intervention Programme (EIP) di negeri Selangor.
  2. Memberi peluang pada Institusi Pendidikan Anak Istimewa agar dapat menaiktaraf keperluan di pusat tersebut
  3. Membantu anak istimewa di Selangor untuk menerima Early Intervention Programme (EIP) dengan lebih berkesan dan sistematik.

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan ini adalah seperti berikut:

  1. Terbuka kepada semua Institusi Pendidikan Anak Istimewa berdaftar yang menjalankan EIP untuk kanak-kanak berkeperluan khas di Selangor sahaja.
  2. Melengkapkan permohonan dan melampirkan dokumen sokongan.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan yang perlu diikuti pemohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di laman sesawang https://www.anisselangor.com/didikanis.
  2. Pemohon diminta untuk muat turun borang yang diisi di website dan lampirkan bersama dokumen sokongan.
  3. Penghantaran dokumen yang tidak lengkap akan menyebabkan permohonan tidak akan diproses.
  4. Borang permohonan dan dokumen boleh dihantar secara fizikal di alamat berikut:

Pusat ANIS, East Entrance, Lot G26-28,
Tingkat G Bangunan IDCC,
Jalan Pahat L 15/L, Seksyen 15,
40200 Shah Alam, Selangor.

Dokumen Sokongan

Dokumen sokongan yang perlu dihantar bersama borang permohonan adalah seperti berikut:

  1. Borang Profil lengkap Institusi Pendidikan Anak Istimewa (borang yang diisi di website)
  2. Salinan sijil pendaftaran pertubuhan/sijil pendaftaran dengan undang-undang tubuh yang disahkan oleh Pendaftar Pertubuhan/Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Senarai nama dan sijil petugas Institusi.
  4. Senarai nama pelatih/kanak-kanak beserta umur, nombor kad pengenalan dan jenis kecacatan/kurang upaya/permasalahan.

Pertanyaan Lanjut

Pertanyaan lanjut mengenai Bantuan Didik ANIS Fasa 2, sila hubungi Hotline ANIS di talian 03-55453170.

Advertisement

Leave a Comment