Cara Mohon Program TESP 2023 Tajaan MARA
Kemaskini! Permohonan Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2023) Kini Dibuka oleh Pihak MARA Mulai 12 Oktober 2023 hingga 6 November 2023 | Syarat TESP MARA | Login TESP MARA | Semakan Keputusan TESP MARA 2023 | Kelebihan TESP Tajaan MARA

Program Penajaan Pengajian Tertiari (TESP 2023) – Tawaran Program TESP atau Tertiary Education Sponsorship Programme oleh MARA untuk tahun 2023 kini dibuka untuk permohonan.
INFO TESP
Program ini dibuka khusus kepada pelajar yang sedang mengikuti pengajian secara sepenuh masa di peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan kelayakan akademik tertentu di Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang terpilih.
MAKLUMAT PERMOHONAN
- Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian di Portal Rasmi MARA bermula 12 Oktober 2023 hingga 6 November 2023
- Pemohon perlu memenuhi syarat-syarat umum dan syarat akademik yang ditetapkan.
- Sekiranya pemohon didapati memberi maklumat palsu, MARA berhak pada bila-bila masa menamatkan atau menarik balik tawaran pinjaman.
Info Penuh => KLIK SINI
Tertiary Education Sponsorship Programme (TESP)
>>> Garis Panduan Permohonan
>>> Syarat Kelayakan Program [versi pdf],[versi infografik].
>>> Soalan Lazim
>>> Panduan Permohonan
>>> Permohonan Atas Talian
>>> Manual Sistem
* Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 12 Oktober sehingga 6 November 2023
CARA MEMOHON
- Permohonan dibuka secara atas talian (online) di laman sesawang rasmi MARA melalui pautan di bawah.
- Calon hendaklah memastikan maklumat lengkap telah diisi. Calon tidak perlu mencetak dan menghantar apa-apa dokumen kepada MARA sehinggalah dimaklumkan kelak. Tawaran penajaan ini akan disiarkan melalui laman web MARA – KLIK SINI UNTUK MEMOHON
>>> Syarat Kelayakan Program – https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/10/2.-Syarat-Kelayakan-Program-Versi-PDF.pdf
>>> Panduan Permohonan – https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/10/4.-Panduan-Permohonan.pdf
SOALAN LAZIM (FAQ)
https://mara.b-cdn.net/wp-content/uploads/2023/10/3.-Soalan-Lazim_v2.pdf
Apakah TESP MARA 2023?
TESP (Tertiary Education Sponsorship Programme) ialah Program Penajaan Pengajian Tertiari adalah program penajaan berbentuk Pinjaman Boleh Ubah di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA) untuk pelajar lepasan STPM, Matrikulasi / Asasi / Diploma dan setaraf yang telah ditawarkan pengajian peringkat Ijazah Pertama dalam bidang dan Institusi Pengajian Tinggi (IPT)terpilih bagi sesi kemasukan dalam 2023.
Pelajar yang sedang mengikuti pengajian di peringkat Ijazah Pertama juga boleh memohon.
Pinjaman Boleh Ubah bermaksud keseluruhan pinjaman pelajaran yang diterima boleh dipertimbangkan pengurangan bayaran balik berdasarkan prestasi akademik pelajar setelah tamat pengajian, tertakluk kepada dasar yang ditetapkan.
Bentuk Pinjaman Yang Bakal Diterima
Pinjaman pelajaran di bawah Program TESP ini merangkumi
- Yuran Pengajian
- Elaun Sara Hidup (ESH)
- Elaun Pengangkutan
- Elaun Pengangkutan (pergi dan balik) hanya layak dibayar kepada pelajar Semenanjung yang melanjutkan pengajian di Sabah / Sarawak atau pelajar Sabah / Sarawak yang melanjutkan pengajian di Semenanjung.
Syarat Kelayakan
Syarat Umum
Syarat kelayakan Program ini boleh dirujuk dalam garis panduan permohonan yang diletakkan di Portal MARA, seperti berikut:
- Pemohon dan salah seorang ibu atau bapa berstatus Bumiputera dan warganegara Malaysia
- Had umur pelajar tidak melebihi 40 tahun semasa permohonan.
- Memenuhi kelayakan Status Sosio-Ekonomi (SES) yang ditetapkan.
- Ibu,bapa dan penjaga serta pemohon tidak disenarai hitam atau sedang dalam tindakan undang-undang MARA.
- Tidak pernah menerima pinjaman bagi peringkat pengajian yang sama.
- Bebas daripada penyakit kronik / berjangkit / penyakit yang memerlukan rawatan susulan.
Syarat Kelayakan Khusus
- Bagi pelajar baharu, perlu memperolehi keputusan akademik sekurang-kurangnya PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas bagi peringkat pengajian Asasi / Matrikulasi / Persediaan / STPM dan yang setaraf dengannya. Pelajar juga telah mendapat tawaran dan mendaftar pengajian di IPT bermula Januari 2021.
- Bagi pelajar sedia ada, keputusan akademik yang terkini sekurang-kurangnya mendapat PNGK (CGPA) 3.00 dan ke atas serta mempunyai baki tempoh pengajian tidak kurang 1 (satu) tahun.
- Pelajar juga perlu lulus dengan Kepujian dalam subjek Bahasa Melayu semasa di peringkat SPM. Manakala, bagi pengajian dalam bidang Perubatan, Pergigian dan Farmasi, pelajar perlu memenuhi syarat kelayakan akademik yang ditetapkan oleh Badan-Badan Profesional yang berkaitan
KLIK SINI UNTUK MEMOHON | APPLY NOW!!
iNFO Penting Lain :-
- SENARAI BIASISWA TERKINI LEPASAN SPM/STPM 2023
- SENARAI 25 BANTUAN PENDIDIKAN TINGGI UNTUK PELAJAR IPT 2023/2024
