Advertisement

Cara Mohon Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi 2024

Kemaskini! Cara Permohonan Program Pelajar Cemerlang Matrikulasi Tahun 2024 Dibuka. Syarat dan Kelayakan dan Semakan status..

Bahagian Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah membuka peluang kepada pelajar cemerlang Program Matrikulasi KPM untuk memohon Program Pelajar Cemerlang (PPC) Matrikulasi 2024 bawah Skim Latihan Tenaga Pengajar Program Matrikulasi (SLTPPM).

Advertisement

Berikut merupakan maklumat mengenai program ini dan cara untuk memohon.

Mengenai PPC Matrikulasi 2024

PPC adalah tajaan Biasiswa penuh daripada KPM kepada pelajar cemerlang lepasan SPM dan Matrikulasi yang ingin menyambung pengajian di peringkat Ijazah Pertama di luar negara bagi memenuhi keperluan perkhidmatan khususnya untuk perkhidmatan perguruan di KPM setelah pelajar tamat belajar.

Ini bermakna, pelajar yang berjaya menamatkan program ini akan ditempatkan sebagai tenaga pengajar di kolej-kolej matrikulasi KPM seluruh negara.

Untuk tahun 2024, KPM menawarkan penajaan bagi pengajian ijazah pertama di universiti terkemuka United Kingdom, Australia dan New Zealand serta dalam negara.

Pelajar yang berminat boleh membuat permohonan mulai 23 Februari 2024 sehingga 29 Februari 2024.

Ikatan Kontrak

Calon-calon yang berjaya ditawarkan penajaan di bawah program ini dan bersetuju untuk ditaja oleh KPM dan telah tamat jaya program ini adalah tertakluk kepada terma ikatan kontrak perjanjian KPM seperti berikut:

  • Pelajar perlu berkhidmat dengan kerajaan di bawah Skim Perkhidmatan Perguruan setelah tamat pengajian.
  • Tempoh ikatan kontrak bersama kerajaan adalah selama 8 tahun.
  • Pelajar yang melanggar kontrak akan dikenakan tindakan penguatkuasaan perjanjian dengan bayaran ganti rugi kos sebenar.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang ditetapkan KPM untuk permohonan program ini adalah seperti berikut:

  • Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
  • Pemohon memperolehi PNGK 3.5 dan ke atas dalam Peperiksaan Semester 1 Program Matrikulasi (PSPM).
  • Pemohon memperoleh gred A bagi mata pelajaran dalam bidang pengajian yang dipilih dalam PSPM.
  • Pemohon memperoleh sekurang-kurangnya 5A dalam SPM.
  • Pemohon memperolehi sekurang-kurangnya Band 4 dalam Malaysian University English Test (MUET)
  • Pemohon memperoleh keputusan minimum B bagi Bahasa Inggeris 1119 dan English GCE-O Level di peringkat SPM dan skor 6.5 bagi IELTS.

Cara Permohonan

Pemohon boleh membuat permohonan dengan memohon menerusi laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

Klik butang isi maklumat yang diperlukan dan klik ‘Daftar Masuk.’

Kemudian, lengkapkan maklumat permohonan yang diperlukan.

Proses Pengambilan

Proses pengambilan bagi program ini adalah seperti berikut:

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai PPC Matrikulasi 2024, sila layari laman web http://apps.matrik.edu.my/sltppm/.

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment