Advertisement

Cara Mohon Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal MAIPk

Kemaskini! Permohonan Skim biasiswa Pelajaran Baitulmal Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) | Syarat Kelayakan Memohon dan Semakan Kelulusan | Tarikh Bayaran

Mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal ini diwujudkan bagi membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang datang daripada keluarga asnaf fakir dan miskin.

Advertisement

Pelaksanaan skim biasiswa pelajaran ini diharap mampu membantu mereka meneruskan pelajaran dan berjaya sehingga tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Permohonan skim biasiswa pelajaran ini dibuka daripada 15 Februari 2024 sehingga 20 Mac 2024.

Manfaat Diperoleh

Murid yang layak memperolehi skim biasiswa pelajaran ini akan memperoleh manfaat-manfaat berikut:

  • Menerima biasiswa tahunan.
  • Berpeluang mengikuti tuisyen tajaan.
  • Berpeluang menyertai program-program kecemerlangan anjuran MAIPk.

Syarat Permohonan

Syarat permohonan yang perlu dipenuhi pemohon yang ingin memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia yang beragama Islam.
  2. Lahir dan menetap di Negeri Perak atau telah bermastautin di Negeri Perak.
  3. Pendapatan bulanan ibu dan bapa kurang atau tidak melebihi had kifayah (Fakir Miskin)
  4. Permohonan hanya terbuka kepada murid Tingkatan 4 dan 5 (kecuali pelajar Kolej Vokasional) sesi persekolahan tahun 2024 yang cemerlang akademik dan kokurikulum tahun 2023.
  5. Tidak mendapat biasiswa atau bantuan persekolahan daripada mana-mana agensi.

Tatacara Permohonan Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal

Tatacara permohonan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Muat turun borang permohonan di pautan berikutĀ https://bit.ly/biasiswamaipk.
  2. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap.
  3. Pastikan semua maklumat diisi.
  4. Sediakan dokumen yang diperlukan.
  5. Hantar borang permohonan ke alamat berikut:

    Unit Pemerkasaan Asnaf,
    Bahagian Agihan Zakat,
    Aras 1, Kompleks Islam Darul Ridzuan,
    Jalan Panglima Bukit Gantang Wahab,
    30000 Ipoh, Perak.

Dokumen Yang Diperlukan

Dokumen yang diperlukan untuk memohon skim biasiswa pelajaran ini adalah seperti berikut:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Salinan Kad Pengenalan ibu bapa.
  3. Slip gaji/penyata pendapatan ibu bapa/penjaga.
  4. Salinan keputusan peperiksaan akhir tahun 2023.
  5. Salinan Pentaksiran Aktiviti Jasmani Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

Info Lanjut

Sebarang makluman lanjut mengenai Skim Biasiswa Pelajaran Baitulmal, sila hubungi nombor talian 019-5711383 (Unit Pendidikan, MAIPk).

Info Penting lain Bantuan Kerajaan

Advertisement

Leave a Comment