Advertisement

Cara Mohon Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP)

Kemaskini! Permohona Insentif Siswa Yayasan Perak (INSIS YP) Tahun 2024 dibuka. Cara mohon dan syarat Kelayakan seperti berikut.

Advertisement

INSENTIF SISWA YAYASAN PERAK (INSIS YP)

Bantuan permulaan secara ‘one-off’ berdasarkan peringkat pengajian kepada pelajar untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Universiti / IPT di dalam dan luar negara.

Syarat kelayakan :

1. Anak kelahiran Negeri Perak & bermastautin di Negeri Perak melebihi 10 tahun

2. Pendapatan isirumah (Ibu dan Bapa / Pemohon / Pasangan) di bawah RM7,500.00 sebulan sahaja (gaji pokok).

3. Kemasukan pengajian SEPENUH MASA dan SEPARUH MASA bagi SEMESTER PERTAMA di TAHUN PERTAMA sahaja ke IPT yang tersenarai dalam negara.

4. Mendapat tawaran melanjutkan pengajian SEPENUH MASA ke IPT luar negara yang diiktiraf.

Kadar pemberian :

1. Sijil RM300.00
2. Diploma RM500.00
3. Ijazah Sarjana Muda RM1,000.00
4. Ijazah Sarjana RM1,500.00
5. Ijazah Doktor Falsafah RM2,000.00

Link permohonan :
www.yayasanperak.gov.my

Sebarang pertanyaan lanjut sila hubungi Yayasan Perak di talian 05-255 2929 / 05-256 1446.

Advertisement

Leave a Comment