Advertisement

Cara Mohon GrEP MARA [ Program Graduan Cemerlang MARA 2023

Kemaskini! Tarikh Permohonan GrEP MARA 2023

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 23 Mei 2023 (Selasa) hingga 6 Jun 2023 (Selasa).

Advertisement

GRADUATE EXCELLENCE PROGRAMME (GrEP) MARA 2023

MARA menawarkan Graduate Excellence Programme (GrEP) iaitu program penajaan pelajaran berbentuk Pinjaman Boleh Ubah bagi pelajar ke peringkat Pasca Siswazah (Sarjana dan Doktor Falsafah) di Institusi Pengajian Tinggi terkemuka dalam dan luar negara kepada graduan cemerlang dalam bidang.

Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang cara permohonan program ini serta syarat-syaratnya.

Tarikh Permohonan GrEP MARA 2023

Permohonan secara atas talian akan mula dibuka pada 23 Mei 2023 (Selasa) hingga 6 Jun 2023 (Selasa).

Syarat Umum Permohonan

  1. Pemohon dan salah seorang ibu ATAU bapa adalah berketurunan Bumiputera dan warganegara Malaysia.
  2. Had umur pemohon pada 31 Disember 2023:
    • SARJANA
      • Dalam Negara : <40 tahun
      • Luar Negara : <35 tahun
    • Doktor Falsafah
      • Dalam Negara : <45 tahun
      • Luar Negara : <40 tahun
  3. Pemohon telah menamatkan pengajian di peringkat Ijazah Pertama/Sarjana dengan kejayaan akademik cemerlang (Rujuk syarat kelayakan akademik).
  4. Pemohon wajib disahkan mempunyai kesihatan yang baik oleh seorang pengamal perubatan berdaftar serta bebas dari mengandung, penyakit mental, cacat fizikal, penyakit berjangkit (HIV-AIDS, Hepatitis B & C dan lain-lain), epilepsi, penyakit genetik dan penyalahgunaan dadah.
  5. Pemohon/Ibu/Bapa/Penjaga/Pasangan tidak termasuk dalam Senarai Hitam (blacklisted) MARA atau dalam tindakan UndangUndang MARA.
  6. Tidak mendapat bantuan kewangan/tajaan daripada mana-mana agensi bagi pengajian di peringkat yang sama.
  7. Mendapat pelepasan/penangguhan kontrak perkhidmatan atau bayaran balik pinjaman daripada badan penaja lain. Bagi calon yang sedang dalam perkhidmatan perlu mendapat kelulusan cuti belajar atau pengesahan bertulis daripada majikan.
  8. Tidak pernah ditamatkan bantuan oleh mana-mana penaja atas sebab tindakan disiplin, menyalahi undang-undang negara serta tidak pernah diberhentikan oleh mana-mana Institusi Pengajian atas masalah akademik/disiplin.

Rujuk Syarat Kelayakan Akademik dan pautan Soalan Lazim di bawah.

Tempoh Pinjaman GrEP MARA

Tempoh pinjaman (maksimum) bagi setiap peringkat pengajian adalah seperti berikut:

  • Sarjana : 2 tahun
  • Doktor Falsafah : 4 tahun

Panduan Permohonan GrEP MARA 2023

Senarai Universiti Layak Memohon

GrEP hanya ditawarkan kepada graduan yang menyambung pengajian ke universiti yang terpilih sahaja.

Bagi universiti dalam negara, senarai universiti yang terlibat adalah seperti berikut:

  • Universiti Awam (UA)
  • Government Linked Universities (GLU)
    – Universiti Teknologi Petronas
    – Universiti Tenaga Nasional
    – Universiti Multimedia
  • Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
    – Asia Pacific University Of Technology & Innovation
    – Asian Institute Of Medicine, Science and Technology
    – Berjaya University
    – City University
    – Help University
    – Infrastructure University Kuala Lumpur
    – International Medical University
    – INTI International University
    – KDU University College
    – Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor
    – Lincoln University College
    – Mahsa University
    – Management & Science University
    – Nilai University
    – Perdana University
    – SEGI University College
    – Sunway University
    – TATI University College
    – Taylors University
    – UCSI University
    – Universiti Tunku Abdul Rahman
    – University of Cyberjaya
    – Curtin University Sarawak Malaysia
    – Monash University Malaysia
    – Newcastle University Medicine Malaysia
    – Swinburne University of Technology Sarawak Campus
    – University of Nottingham Malaysia
    – Universiti Tun Abdul Razak (UniRAZAK)
    – Universiti Kuala Lumpur
    – International Centre for Education in Islamic Finance
    – Manipal International University
    – Asia Metropolitan University
    – Herriot-Watt University Malaysia
    – Putra Business School
    – Quest International University Perak
    – Tunku Abdul Rahman University College
    – Widad University College
    – Linton University College
    – Kpj Healthcare University College
    – University College Bestari
    – Kuala Lumpur Metropolitan University College
    – Southern University College
    – University College Of Technology Sarawak

Untuk universiti luar negara, universiti yang terlibat adalah berdasarkan kedudukan terbaik mengikut subjek atau program dalam QS World University Ranking iaitu:

KategoriNegaraKedudukan
Negara Maju– United States
-United Kingdom
20 teratas
Negara Membangun– Denmark
– Sweden
– Norway
– Netherlands
– Finland
– New Zealand
– Switzerland
– Jerman
– Kanada
– Ireland
– Singapura
– Australia
– Perancis
– Jepun
– Portugal
– Republik Czech
– Korea Selatan
– Sepanyol
– Itali
10 teratas
Negara Sedang
Membangun
– China
– Taiwan
– India
– Rusia
5 teratas

Tatacara Permohonan Program Graduan Cemerlang MARA

Permohonan pinjaman pelajaran ini boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web permohonan iaitu https://educationloan.mara.gov.my/v4/sa/#/Login.
  2. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  3. Isi butiran yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar Akaun.’
  4. Log masuk dengan memasukkan no kad. pengenalan dan kata laluan.
  5. Lengkapkan maklumat permohonan dengan lengkap.
  6. Klik butang hantar permohonan.

Maklumat dan Pertanyaan Lanjut

Maklumat lanjut mengenai program ini, sila layari https://www.mara.gov.my/graduate-excellence-programme-grep-5/?fbclid=IwAR3CAiehm_nL5m5c5uHmDf_j5gjbxbyhzG7EyDlNj3xed491NXpkdiSS9-A.

Sebarang pertanyaan mengenai Program Graduan Cemerlang MARA 2023, sila hantar email ke:

Permohonan yang tidak mendapat maklum balas daripada pihak MARA selepas tiga (3) bulan daripada tarikh iklan adalah dianggap tidak berjaya dan keputusan adalah muktamad.

Baca Juga : Cara Mohon Program TESP 2023 Tajaan MARA

Advertisement

Leave a Comment