Advertisement

Cara Semak Panggilan Ujian MedSI Program Pengajian Pendidikan Sesi 2023/2024

Kemaskini! Semakan Panggilan Ujian MEdSI Sesi Akademik 2023/2024. Contoh Soalan dan Jawapan Ujian MEdSI, Cara Jawab Ujian MEdSI, Ebook Ujian MEdSI Terkini Online. Tips Lulus ujian MEdSI.

PENGUMUMAN TERKINI BERKENAAN SEMAKAN PANGGILAN UJIAN MEdSI 2023

Advertisement

Semakan Panggilan Ujian MEdSI Program Pengajian Pendidikan
Lepasan STPM / Setaraf Sesi Akademik 2023/2023

Semakan boleh dibuat pada :
25 Mei 2023 (Khamis) Jam 5.00 Petang

Ujian MEdSI akan bermula pada :
31 Mei hingga 12 Jun 2023

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Ujian MEdSI dan cara membuat semakan.

Apakah Ujian MEdSI?

Ujian Inventori Pemilihan Pendidik Malaysia [Malaysian Educators Selection Inventory (MEdSI)] ialah suatu ujian pemilihan untuk kemasukan ke Program Pengajian Pendidikan Lepasan STPM/Setaraf di Institut Pengajian Tinggi Awam.

Soalan dalam ujian ini adalah berbentuk psikometrik.

Jumlah soalan ialah sebanyak 300 soalan yang perlu dijawab dalam masa 1 jam.

Cara Semakan Ujian MEdSI

I) PROGRAM PENDIDIKAN

Semakan bagi Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan termasuk calon yang memohon Program Pengajian Pendidikan di UM, USM, UKM, UPM, UTM, UUM, UPSI, UiTM, UMS, UIAM, UTHM & USIM
**Calon perlu mengikuti tarikh dan masa yang telah ditetapkan.

Semakan boleh dibuat di portal rasmi :
https://medsi.upsi.edu.my/kemasukan/temuduga/

Mengapa Saya Tidak Terpilih Untuk Menduduki Ujian Ini? Apakah Kelayakan Yang Diperlukan?

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) hanya membantu Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dalam urusan pengendalian ujian MEdSI.

Dalam konteks ini, MPM hanya memproses senarai nama calon yang telah dipilih untuk menduduki ujian ini.

Pemilihan dibuat oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Sebarang makluman tentang kelayakan dan proses pemilihan adalah ditetapkan oleh Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar, Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Sebarang pertanyaan sila hubungi :
+60 13-415 3016 (hotline) | [email protected]

Advertisement

Leave a Comment