Advertisement

Cara Mohon dan Daftar Bantuan Kewangan Pesawah, Pekebun dan Nelayan 2023

Kemaskini! Cara Mohon dan Daftar Bantuan Khas Kewangan untuk Pesawah Padi, Pekebun Kecik Getah dan Nelayan sempena Aidilfitri 2023. Syarat Layak dan cara Semakan Status Kelulusan serta Tarikh Bayaran dan Jumlah.

Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri Untuk Pesawah, Pekebun & Nelayan 2023

Kerajaan bersetuju untuk menyalurkan Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri sebanyak RM200 kepada 850,000 orang pekebun kecil getah, pesawah dan nelayan bagi meringankan beban golongan berkenaan menjelang Aidilfitri dengan kos bernilai RM170 juta.

Advertisement

Dalam Belanjawan 2023 sebelum ini, kerajaan mengumumkan bantuan sebanyak RM300 sebulan kepada nelayan dan RM200 sebulan untuk pesawah padi untuk tempoh tiga bulan semusim serta menaikkan sumbangan musim tengkujuh daripada RM600 kepada RM800 untuk tempoh empat bulan kepada pekebun kecil getah.

Maka nilai bantuan yang akan diterima adalah seperti dalam jadual di bawah:

GolonganBantuanJumlah
NelayanRM300 + RM200RM500
Pesawah PadiRM200 + RM200RM400
Pekebun Kecil GetahRM800 + RM200RM1000

Menurut PM, Belanjawan 2023 termasuk inisiatif baharu ini adalah bukti komitmen Kerajaan Perpaduan untuk membawa perubahan kepada negara Malaysia, selain bukti ketegasan kerajaan untuk menambah baik tadbir urus bagi menjamin menjamin kesejahteraan rakyat keseluruhannya.

Advertisement

Leave a Comment