Cara Untuk Sertai Latihan Menjadi Jururawat Untuk Lepasan SPM

Kemaskini! CARA NAK JADI JURURAWAT LEPASAN SPM 💉🇲🇾 | Permohonan Jururawat Lepasan SPM 2020 dan Permohonan Kolej Kejururawatan Jururawat 2021 | Syarat Kelayakan Jururawat

DIPLOMA KEJURURAWATAN
*Semak kelayakan SPM melalui Institusi yang dipohon
Syarat Lembaga Jururawat Malaysia

Advertisement

1️⃣ Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
Permohonan boleh dibuat di spa9 –>
https://spa9.spa.gov.my/login

  1. Register
  2. Masukkan
    keputusan SPM
  3. Pilih Latihan Separa Perubatan (Jururawat)
  4. Tunggu Panggilan temuduga

2️⃣ IPTA (Institut Pengajian Tinggi AWAM)
Permohonan boleh dibuat di upu –> https://upu.mohe.gov.my/

  1. Permohonan UPU Online
  2. Kemaskini Permohonan
  3. Pilih Diploma Kejururawatan
    (UiTM Penang/Sarawak, UniSZA)

Untuk USM apply melalui –> https://pohon.usm.my/modul/login.php
Untuk Universiti Malaya apply melalui -> http://spp.ummc.edu.my/

3️⃣ IPTS (Institut Pengajian Tinggi SWASTA)

  1. Permohonan boleh dibuat secara terus (direct) melalui laman web kolej/universiti berkenaan.
  2. Antara Kolej/universiti swasta & Hospital yang menawarkan Diploma Kejururawatan ->
    https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Contoh:
Hospital KPJ, Hospital Lam Wah Ee, KPTM, MAHSA University, AIMST University, PICOMS etc)

4️⃣ Jururawat (Tentera)

  1. Pemohon perlu memohon sebagai tentera melalui iklan sebagai Latihan Perajurit Muda -> https://jmt.mod.gov.my/
  2. Perlu melalui temuduga dan latihan sebelum di serap masuk ke KKD (Kor Kesihatan Di Raja)
  3. Akan di serap ke Institut Latihan Kesihatan Angkatan Tentera (INSAN) untuk Diploma Kejururawatan

SYARAT KHAS LEMBAGA JURURAWAT MALAYSIA
Mempunyai status kesihatan yang memenuhi syarat program dan memenuhi kriteria Lembaga Jururawat Malaysia seperti berikut :
1) Mesti disahkan sihat tubuh badan oleh Pegawai Perubatan Berdaftar dari Institusi Latihan yang diiktiraf.

2) Pemohon/Pelajar dengan masalah berikut; HIV/AIDS, Hepatitis B atau C, sebarang masalah kesihatan mental, Epilepsi, dan sebarang penyakit kronik yang lain TIDAK BOLEH diterima masuk ke dalam program kejururawatan.

3) Pemohon/Pelajar mestilah TIADA sebarang kekurangan pada fizikal atau gangguan pancaindera yang boleh menyebabkan kesukaran melaksanakan perawatan kejururawatan.

Link PDF –> https://tinyurl.com/nakjadijururawat

Sumber & Kredit | Nukilan FB Amin Zaki

#diplomainnursing #diplomakejururawatan #nursing #nurse #jururawat #Gaji Jururawat #Kerjaya Jururawat Selepas SPM

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment