Advertisement

Senarai Harga iPhone 13 Terbaru Malaysia

Kemaskini! Pelancaran iPhone 13 Malaysia | Harga iPhone 13 | Tarikh Boleh Mula dibeli di Malaysia pada 8 Oktober 2021 | Harga iPhone 13 Pro Max | iPhone Price Malaysia | Harga iPhone 13 Terbaru

Apple baru sahaja meelancarkan iPhone 13 yang terbaru. Varian iPhone 13 kali ini terdiri daripada iPhone 13, iPhone 13 mini, iPhone 13 pro dan iPhone 13 pro Max.

Advertisement

Seperti yang dikatakan tadi, di acara Apple Event sebentar tadi terdapat 4 model iPhone dilancarkan. Selepas iPhone 13 dan iPhone 13 Mini, Apple turut melancarkan iPhone 13 Pro dan 13 Pro Max. Seperti iPhone 13, ia turut menggunakan rekaan sama pada tahun lepas dengan sedikit sahaja perubahan. Ia dijana dengan cip Apple A15 Bionic 5nm, menggunakan skrin OLED Super Retina XDR dan mempunyai konfigurasi kamera lebih hebat. – Petikan dari Amanz.my

Berikut dikongsikan senarai harga iPhone 13, iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max untuk pasaran Malaysia.

Seperti tahun-tahun sebelum ini, Apple akan mula menawarkan iPhone baru di Malaysia sekitar bulan Oktober.

Harga iPhone 13 Malaysia

Berikut harga iPhone 13 mengikut storan.

ModelHarga
iPhone 13 Mini 128GBRM3399
iPhone 13 Mini 256GBRM3899
iPhone 13 Mini 512GBRM4799
iPhone 13 128GBRM3899
iPhone 13 256GBRM4399
iPhone 13 512GBRM5299
iPhone 13 Pro 128GBRM4899
iPhone 13 Pro 256GBRM5399
iPhone 13 Pro 512GBRM6299
iPhone 13 Pro 1TBRM7199
iPhone 13 Pro Max 128GBRM5299
iPhone 13 Pro Max 256GBRM5799
iPhone 13 Pro Max 512GBRM6699
iPhone 13 Pro Max 1TBRM7599

Berdasarkan pemerhatian ramai, tidak banyak perubahan yang bakal dibawakan Apple untuk peranti mereka tahun ini.

Pelbagai fungsi dan penambahbaikan yang diperkenalkan pada iPhone 13 kali ini. Antara yang mendapat perhatian adalah kini Apple menawarkan storan (storage) sehingga 1TB.

Selain itu, dengan penggunaan cip M15 pada peranti ini turut menguasakannya dan mengalahkan pesaing lain.

Perkara Menarik Tentang iPhone 13

Siri Apple iPhone 13 Menyokong Dua eSIM Serentak

Satu lagi perkara menarik pada keempat-empat model iPhone 13 tahun yang tidak diuar-uarkan ketika acara pagi tadi ialah sokongan dwi eSIM secara serentak. Pemilik peranti boleh menggunakan dua e-SIM secara serentak buat pertama kali dalam sejarah iPhone.

Skrin Dengan Takuk Lebih Kecil

Takuk tahun ini lebih kecil selepas sekian lama menjadi bahan jenaka oleh pengeluar peranti Android. Sistem imbasan wajah Face ID akhirnya mampu dikecilkan dan hasilnya takuk skrin pada iPhone 13 adalah beberapa milimeter lebih kecil.

Apple A15 Bionic – Lebih berkuasa

Cip A15 Bionic menambah baik lagi prestasi A14 Bionic yang dilancarkan tahun lalu yang masih belum mampu dipintas majoriti cip yang digunakan pada peranti Android walaupun hanya dilengkapi enam teras. Konfigurasi 2+4 dikekalkan dengan dua teras berprestasi tinggi dengan empat lagi teras untuk tugasan yang tidak memerlukan kuasa memproses yang tinggi. Perubahan sebenar dilakukan kepada GPU yang kini dilengkapi lima teras dengan peningkatan prestasi grafik sehingga 50% menurut Apple.

Skrin OLED 120Hz

Skrin dengan kadar segar semula 120Hz diberikan pada iPhone 13 Pro dan iPhone 13 Pro Max. Permulaan yang baik selepas sudah beberapa tahun peminat Apple meminta skrin Pro Motion yang diperkenalkan pada iPad Pro turut diberikan pada iPhone.

Rakaman Video Lebih Hebat Dengan Cinematic Mode

Apple benar-benar ingin menjual idea bahawa siri iPhone 13 ialah peranti dengan kemampuan rakaman video terbaik di pasaran. Menerusi pengenalan Cinematic Mode mereka ingin ingin memberikan rakaman seakan profesional pada peranti yang muat di telapak tangan. Dengan Cinematic Mode pengguna boleh menghasilkan kesan bokeh pada video yang dirakam lengkap dengan profil HDR Dolby Vision. Fokus kemudiannya boleh diubah SELEPAS video dirakam untuk suntingan. Ini adalah ciri yang akan kurang memeningkan kepada editor apabila menyedari tetapan fokus kamera yang salah berlaku.

Bateri Lebih Besar dan Storan Sehingga 1TB

Baca Juga : Senarai Bantuan Terkini Kerajaan Malaysia 2021/2022

Advertisement

Leave a Comment