Cara Permohonan Matrikulasi 2021/2022 | Video Manual Permohonan Disertakan

Kemaskini! Permohonan Ke Program Matrikulasi KPM bagi Tahun 2021 Dibuka Semula Untuk calon yang belum pernah memohon.

Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 yang ingin menyambung pengajian mereka ke Program Matrikulasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini boleh membuat permohonan kemasukan bagi Tahun 2021/2022.

Advertisement

Oleh itu, pelajar lepasan SPM 2020 yang berminat boleh membuat permohonan secara atas talian di

=>  https://matrikulasi.moe.gov.my/ 

Mulai 17 JUN 2021 Jam 3.00 Petang hingga 22 JUN 2021.

Berikut Disertakan Video Cara Permohonan yang disediakan oleh Channel Youtube Jom Masuk Matriks


Aliran/Jurusan Ditawarkan

Pelajar aliran atau jurusan berikut layak untuk memohon kemasukan ke Program Matrikulasi KPM:

  • Perakaunan Professional
  • Perakaunan
  • Kejuruteraan
  • Sains

Siapa Layak Memohon?

Untuk pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan Perakaunan Professional, Perakaunan, dan Sains, pelajar-pelajar lepasan sekolah berikut layak memohon:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)

Bagi pelajar yang ingin melanjutkan pengajian dalam jurusan kejuruteraan, pelajar-pelajar lepasan sekolah boleh membuat permohonan:

  • Sekolah Kerajaan
  • Sekolah Bantuan Kerajaan
  • Sekolah Swasta
  • Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
  • Sekolah Teknik

Senarai Matrikulasi

Pelajar yang layak akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi berikut mengikut jurusan/aliran yang ditawarkan:

Kolej MatrikulasiAliran/Jurusan
Kolej Matrikulasi MelakaPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Negeri SembilanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Pulau PinangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerlisPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi LabuanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi JohorPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PerakPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KedahPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi PahangPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan KedahKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan PahangKejuruteraan
Kolej Matrikulasi Kejuruteraan JohorKejuruteraan
Kolej Matrikulasi SelangorPerakauanan Professional, Perakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi KelantanPerakaunan, Sains
Kolej Matrikulasi SarawakPerakaunan, Sains
Kolej MARA KulimPerakaunan, Sains
Kolej MARA Kuala NerangPerakaunan, Sains

Peluang Menyambung Pengajian

Bagi pelajar Perakaunan, Kejuruteraan, dan Sains yang menyambung pengajian mereka dalam Program Matrikulasi KPM, mereka berpeluang untuk menyambung pengajian mereka selepas itu ke:

  • Universiti Awam-Malaysia
  • Universiti Luar Negara-United Kingdom, Australia, New Zealand, Jepun
  • Universiti Swasta-Malaysia

Untuk pelajar bidang Perakaunan Professional pula, mereka boleh menyambung pengajian selepas itu ke:

  • UiTM- Professional Association of Chartered Certified Accountant (ACCA)

Cara Memohon

Untuk membuat permohonan kemasukan, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://matrikulasi.moe.gov.my/.
  2. Klik bahagian ‘Permohonan.’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Kali Pertama.’
  4. Masukkan no kad pengenalan dan angka giliran SPM dan seterusnya klik butang ‘Cari.’
  5. Isi maklumat diri dan klik butang ‘Daftar.’
  6. Log masuk semula dengan memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan yang didaftarkan.
  7. Isi maklumat dengan betul dan klik butang ‘Halaman Seterusnya.’
  8. Pada paparan akhir, klik butang ‘Hantar Permohonan.’
  9. Cetak borang permohonan untuk simpanan.

Baca Juga : Cara Semakan Keputusan Matrikulasi KPM bagi Sesi 2021/2022

Pertanyaan Lanjut

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Bahagian Matrikulasi KPM ditalian 03-8884 4083 atau menghantar email ke [email protected] 

#Permohonan Semula Matrikulasi 2021 #Syarat Kemasukan Matrikulasi

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment