STR 2023 | Cara Mohon Baharu dan Daftar Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah

Kemaskini! Permohonan Baharu Bantuan Sumbangan Tunai Rakyat (STR) 2023 Kini DiBuka , Jumlah Bayaran STR dan Jadual Tarikh Bayaran, Syarat dan Kelulusan Permohonan, Semakan Status STR, Login dan Kemaskini STR.

TERKINI : Permohonan Baru / Kemaskini STR 2023

Menurut kenyataan media terkini oleh Kementerian Kewangan Malaysia, tarikh pendaftaran baharu dan kemaskini Sumbangan Tunai Rahmah akan dibuka mulai 1 Mac 2023 hingga 31 Mac 2023.

Advertisement

Ini bertujuan memastikan mereka yang layak atau masih tiada dalam pangkalan data Kerajaan dapat mengemukakan permohonan masing-masing selain membolehkan penerima sedia ada untuk membuat pengemaskinian sekiranya terdapat sebarang perubahan.

Bagi mengurangkan golongan yang tercicir, data penerima STR Fasa 1 akan dibawa secara automatik ke dalam pangkalan data Kerajaan di samping data beberapa agensi Kerajaan untuk disemak silang kelayakan STR mengikut syarat yang ditetapkan.

Permohonan baru dan proses kemaskini STR boleh dibuat mengikut kaedah berikut:

PERMOHONAN DALAM TALIAN

PERMOHONAN SECARA MANUAL / FIZIKAL

  • Tarikh : 8-31 Mac 2023
  • Pemohon boleh mengisi dan mengemukakan Borang Permohonan STR dengan hadir ke :
    • Pejabat LHDNM
    • Pejabat Satelit (PS) LHDNM
    • Pusat Khidmat Hasil (PKH) LHDNM
    • Pusat Transformasi Bandar (UTC) LHDNM

Kata Laluan MySTR adalah berdasarkan maklumat sebelum ini

Sila rujuk portal rasmi STR 2023 di pautan rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my atau maklumat dari laman web rasmi Belanjawan 2023 https://budget.mof.gov.my/manfaat/faq/str.html untuk maklumat lanjut.

Info Lanjut dan Cara Semakan Status:

https://ekerajaan.com/sumbangan-tunai-rahmah-str/

Bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 diterus dan diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi).

Berikut dikongsikan lebih lanjut tentang Bantuan Tunai Rakyat 2023 untuk makluman bersama.

Apakah Bantuan Tunai Rakyat 2023 (BTR 2023)?

BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, bantuan tunai tahun 2023 nanti akan memanfaatkan hampir sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion.

Bantuan Tunai Rakyat itu sebelum ini dijadualkan akan diberikan pada Mac 2023 namun selepas melihat keadaan rakyat, Kerajaan bersetuju untuk memberikan pada Januari tahun 2023 nanti.

Jumlah Bayaran

Ketua Isi Rumah (KIR) akan menerima RM300, manakala kategori bujang akan menerima bayaran RM100.

Tarikh Bayaran BTR 2023

Kerajaan akan menyalurkan bayaran BTR 2023 Fasa 1 pada Januari 2023.

Adakah Bantuan Tunai Rakyat (BTR) Sama Dengan BKM?

Buat masa ini, jumlah penuh bayaran dan kelayakan penerima BTR 2023 tidak diumumkan secara terperinci dalam pembentangan Mini Bajet pada 20 Disember 2022.

Semakan Bantuan Tunai Rakyat BTR Lulus Atau Tidak

Individu yang telah mendapat bantuan kerajaan seperti BSH, BPN, BPR dan BKM akan terus menerima bantuan ini.

Walaubagaimanapun, semakan boleh dibuat di laman sesawang https://btr.hasil.gov.my (akan diaktifkan tidak alam lagi)

Berikut merupakan cara-cara untuk membuat semakan bantuan sama ada lulus atau tidak;

  1. Pemohon boleh klik pada bahagian “Log Masuk BTR” dan masukkan nombor kad pengenalan pemohon seperti pada rajah di bawah ini
  2. Kemudian, klik pada butang “Semak”.
  3. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Paparan menu utama akan dipaparkan kepada pemohon.
  5. Klik pada bahagian “Semakan Status”.
  6. Akhir sekali, paparan status permohonan akan dipaparkan menunjukkan pemohon lulus untuk mendapat bantuan atau tidak.

Jadual Bayaran BTR 2023

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) akan memanfaatkan hampir 9 juta penerima yang layak mengikut syarat kelayakan yang ditetapkan oleh kerajaan.

Berikut merupakan kategori penerima BTR yang telah diumumkan oleh Menteri Kewangan;

KATEGORIBILANGAN ANAK / PENDAPATANJUMLAH BANTUAN
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan5 orangRM2500
Pendapatan isi rumah kurang daripada RM2500 sebulan1-4 orangRM1000 – RM2000
Pendapatan isi rumah antara RM2500 sehingga RM5000Bergantung kepada bilangan anakRM500 – RM1250
BujangBergantung kepada pendapatanRM350
Warga emas tiada pasangan Bergantung kepada pendapatanRM600
Ibu / Bapa TunggalBergantung kepada pendapatanTambahan RM500

NOTA: Jumlah bayaran penuh dan kategori kelayakan dijangka akan diumumkan sepenuhnya melalui Bajet 2023 yang bakal dibentangkan pada Februari 2023 nanti.

Semakan boleh dibuat di laman sesawang https://bantuantunai.hasil.gov.my 

Advertisement

Leave a Comment