Advertisement

Senarai Semakan SOP Terkini Pembukaan dan Pengoperasian Sekolah

Kemaskini!! SOP dan Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Sekolah 3 Oktober 2021. Garis Panduan Pembukaan Sekolah | SOP Pembukaan Sekolah KPM | Tarikh Buka Sekolah 2021 |

SOP Penggiliran Murid & Pembukaan Sekolah Bermula 3 Oktober 2021

Berikut adalah ringkasan SOP Pembukaan Kelas Yang Diumumkan oleh KPM dalam sidang media sebentar tadi.

Advertisement

Fasa 1 PPN:

FASA 1

Sekolah tidak dibuka, murid akan meneruskan PDPR.

FASA 2

Hanya kelas peperiksaan yang akan dibenarkan ke sekolah.

FASA 3

Semua institusi pendidikan dibuka secara berperingkat dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

FASA 4

Semua institusi pendidikan dibuka SEPENUHNYA dengan ketetapan dan penilaian risiko yang ditetapkan oleh KPM.

Penggiliran Murid Ke Sekolah

Bermula 3 Oktober juga, sistem penggiliran murid akan dilaksanakan dengan kehadiran murid ke sekolah 50% daripada enrolmen keseluruhan kelas.

Sebagai contoh, sekiranya 36 orang murid berada dalam satu kelas, maka ia akan dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu kumpulan A dan kumpulan B.

Kedua-dua kumpulan ini akan bergilir-gilir untuk hadir ke sekolah mengikut minggu yang ditetapkan bagi memastikan PdP Bersemuka dapat diteruskan dalam kapasiti yang lebih selamat untuk murid.

Walaubagaimanapun, pengecualian bagi penggiliran murid adalah ditetapkan bagi kumpulan berikut:

Sesi Persekolahan 2021 Dilanjutkan Ke Mac 2021


Sementara itu, Menteri Kanan Pendidikan turut memaklumkan bahawa sesi persekolahan 2021 akan dilanjutkan sehingga ke Mac 2022.

Pelanjutan sesi persekolahan bertujuan pastikan intervensi dalam kalangan pelajar lemah dapat dilaksanakan.

Ini bermaksud, murid tahun satu 2022 akan mula masuk ke sekolah pada Mac 2022.

Semua Institut Pendidikan Guru di negeri Fasa Satu, Fasa Dua masih laksanakan PdPR.

Pembukaan sekolah, institusi pendidikan di negeri atau kawasan dalam ‘Travel Bubble’ ikut kaedah Fasa 4 PPN.

Pengoperasian sekolah, institusi pendidikan negeri yang beralih fasa PPN dilaksanakan selepas dua minggu peralihan.

Maklumat Lanjut Tentang SOP Sekolah 2021

Untuk maklumat lanjut berhubung pembukaan sekolah dan SOP yang terkini oleh KPM, sila rujuk dalam slaid PDF di bawah:

SOP-PENGOPERASIAN-SEKOLAH-KPM-2021

Muat Turun Klik Sini

Advertisement

Leave a Comment