Advertisement

Cara Mohon dan Semakan Kelulusan Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) 2022

Kemaskini! Cara Permohonan dan Daftar Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP) RM500 | Semakan Bantuan BKP 2021 RM500 | Tarikh dan jadual Bayaran BKP | Semakan Status Kelulusan BKP

Apakah Bantuan Kehilangan Pendapatan (BKP)?

Bantuan Kehilangan Pendapatan (atau BKP) sebanyak RM500 kepada pekerja yang kehilangan sumber pendapatan berdasarkan data KWSP atau PERKESO dalam tahun 2021.

Advertisement

Ia melibatkan implikasi kewangan sebanyak 500 juta ringgit pula dijangka disalurkan kepada penerima yang layak pada bulan Oktober kelak.

Bantuan ini adalah sebahagian daripada Pakej PEMULIH atau nama penuhnya Pakej Perlindungan Rakyat & Pemulihan Ekonomi merupakan strategi kerajaan untuk melonjakkan kembali ekonomi negara.

Melalui Pakej PEMULIH, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) juga disalurkan, melibatkan penerima dari kategori miskin tegar, B40, dan juga M40.

Bantuan BKC ini dibuat dalam 3 kali bayaran, di mana BKC Fasa 1 telah disalurkan bermula September 2021.

Kadar Bantuan

Bantuan ini diperkenalkan bagi membantu mereka yang kehilangan pendapatan, dengan bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Syarat Kelayakan & Permohonan

Tiada permohonan dibuka untuk bantuan ini.

Sebaliknya, data penerima akan disemak silang oleh KWSP atau PERKESO untuk memastikan setiap individu yang layak diberikan bantuan.

Semakan Status BKP

Semakan status kelulusan BKP boleh dibuat mulai 26 Oktober
2021
melalui Portal BKP, iaitu https://bkp.hasil.gov.my.

NOTA:

Bayaran TUNAI boleh dituntut di BSN bermula 26 Oktober 2021.

Advertisement

Leave a Comment