Cara Mohon dan Program eStart @ e-Pemula : Tebus Kredit eWallet RM150 Shopee, Grab, TNG & BigPay

Kemaskini! Permohonan Bantuan Program eStart @ e-Pemula iaitu Kredit Belia RM150 ewallet untuk belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga Pelajar Sepenuh Masa di IPT | Semakan Status Kelulusan Program eStart @ ePemula | Tarikh bayaran akan dikreditkan dan Syarat Kelayakan Penerima

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz berkata, e-Start akan mengkreditkan RM150 secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Advertisement

“Dengan peruntukan RM300 juta, kerajaan berharap lebih 2 juta belia yang menerima manfaat daripada program ini dapat menggunakan sebaiknya melalui pembelian berguna seperti buku dan kelengkapan pembelajaran.”

Apakah Program eStart @ e-Pemula?

e-Start adalah sebuah Skim Transaksi Tanpa Tunai bagi memupuk budaya transaksi tanpa tunai di premis perniagaan.

Melalui program ini, sebanyak RM150 akan dikreditkan secara one-off ke dalam akaun e-dompet para belia berumur 18 hingga 20 tahun dan juga pelajar sepenuh masa di institusi pengajian tinggi.

Maklumat lanjut mengenai e-Start ini akan dimaklumkan dan dikemaskini oleh Kementerian yang terlibat dari semasa ke semasa.

Apakah itu Program eStart?

Salah satu inisiatif yang telah diumumkan di bawah Belanjawan 2022 dan bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakkan perbelanjaan secara tanpa tunai di kalangan belia serta pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan berdaftar.

Berapakah jumlah bantuan yang disediakan?

Setiap pemohon yang layak boleh menuntut RM150 dalam bentuk kredit e-tunai.

Siapa yang layak memohon?

Pelajar IPT yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022.

Bagaimana untuk memohon?

Permohonan dan penebusan RM150 boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai berikut : Klik Gambar

Terbus Melalui ShopeePay Klik Sini


Tebus Melalui BigPay Klik Sini


Tebus Melalui GrabPay Klik Sini


Tebus Melalui Touch n Go Klik Sini

Bilakah tarikh penebusan / pelaksanaan Program e-Pemula?

Menurut kenyataan terkini Kementerian Kewangan, program ini dijangka akan bermula pada pertengahan April 2022.

Sila layari laman web https://www.mof.gov.my/ untuk mengetahui bantuan-bantuan Bajet 2022 yang lain.

Info Penting Bantuan Bajet 2022 :-

Advertisement

Leave a Comment