Advertisement

Cara Mohon dan Daftar Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Kemaskini! Permohonan Pakej Peranti Keluarga Malaysia. Kemudahan keluarga untuk memiliki alat peranti pinta agar tidak ketinggalan dalam meneruskan kelaqngsungan hidup. Pakej Internet Remaja dan Peranti Keluarga Malaysia CELCOM, TM, DIGI, MAXIS, U Mobile dan Yes

Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) hari ini melancarkan dua pakej kemudahan akses Internet iaitu Pakej Remaja Keluarga Malaysia dan Pakej Peranti Keluarga Malaysia.

Advertisement

Kedua-dua pakej ini bertujuan membantu pelajar dan remaja memperoleh akses internet bagi semua, terutamanya golongan kurang berkemampuan.

Adalah diharapkan agar lebih ramai ahli keluarga mendapat manfaat sempurna daripada pemilikan peranti mudah alih 4G dan VoLTE ini, untuk melengkapkan pengalaman Internet mereka.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Pakej Remaja ini bertujuan membantu para pelajar mendapat akses internet dengan harga yang mampu milik.

  1. Pakej prabayar khusus untuk remaja dan pelajar termasuk pelajar pascasiswazah.
  2. Harga pakej boleh didapati dengan hanya RM10/sebulan (Dibayar untuk 3 bulan/RM30)
  3. Data 20GB untuk 3 bulan dengan 1GB percuma untuk aktiviti produktiviti setiap hari serta akses internet tanpa had (jumlah 90GB).
  4. Bagi data 20GB ini boleh digunakan untuk memuat turun video atau permainan dalam talian serta aktiviti berbentuk hiburan.
  5. Pendaftaran bagi pelajar 21 tahun ke bawah menggunakan MyKad

Pakej Peranti Keluarga Malaysia

Satu lagi pakej yang ditawarkan adalah Pakej Peranti Keluarga Malaysia, iaitu pakej yang membantu keluarga mendapatkan peranti dengan harga yang mampu milik.

  1. Peranti tersebut dapat dimiliki dengan langganan serendah RM40 sebulan melalui kontrak selama 12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.
  2. Pakej ini termasuk 1GB data percuma untuk aktiviti produktiviti.
  3. Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Tarikh Mendaftar

Tempoh mendaftar untuk kedua-dua pakej tersebut adalah mulai 15 Oktober 2021- 15 April 2022 selama enam (6) bulan.

Syarat Kelayakan

Setiap warganegara Malaysia layak untuk menikmati tawaran pakej ini.

Setiap pengguna yang layak boleh melanggan sehingga dua (2) pakej dengan mendaftar kad pengenalan yang sama.

Kontrak Perkhidmatan

Sekiranya anda melanggan pakej ini, anda terikat kepada kontrak selama12 hingga 24 bulan tertakluk kepada jenis peranti dan perkhidmatan yang dilanggan.

Pelanggan mesti melengkapkan keseluruhan tempoh kontrak selama 12 hingga 24 bulan bagi mengelakkan denda dikenakan oleh penyedia perkhidmatan masing-masing.

Jika kontrak tersebut ditamatkan lebih awal, pihak penyedia perkhidmatan akan mengenakan caj denda bagi penamatan tersebut.

Anda disarankan untuk memeriksa terlebih dahulu sekiranya ketersediaan rangkaian liputan boleh diterima di
kawasan anda melalui laman sesawang https://jendela.my/map/.

Sila rujuk kepada penyedia perkhidmatan masing-masing untuk maklumat lebih lanjut.

Cara Pendaftaran & Penyedia Perkhidmatan Yang Terlibat

Pihak penyedia perkhidmatan yang terlibat dalam inisiatif ini adalah

Anda juga boleh melayari info di laman web SKMM serta media sosial rasmi SKMM melalui saluran berikut:

Info Penting Bantuan Bajet 2022 :-

Advertisement

Leave a Comment