Cara Mohon Diskaun Saman Trafik PDRM 50% 2021/2022

KENYATAAN MEDIA PENGARAH JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK (JSPT) : TAWARAN DISKAUN SAMAN SEHINGGA 50 PERATUS MELALUI APLIKASI MYBAYAR SAMAN (MULAI 18 JUN HINGGA 18 JULAI 2021) | Rayuan Diskaun Saman PDRM | Bayar Saman Online 2021

Tarikh Diskaun Saman 50% Bermula 18 Jun Hingga 18 Julai 2021

Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) akan memberikan tawaran pengurangan kompaun saman trafik secara dalam talian sehingga 50 peratus melalui aplikasi MyBayar Saman bermula dari 18 Jun 2021 hingga 18 Julai 2021 kepada semua saman yang boleh dikompaun termasuk saman-saman dalam kategori senarai hitam.

Advertisement

MyBayar Saman adalah inisiatif JSPT dalam menyokong hasrat kerajaan ke arah komuniti tanpa tunai (cashless society) melalui perkhidmatan e-Pembayaran.

Tawaran pengurangan kompaun saman berkenaan tidak termasuk kesalahan-kesalahan utama tahun 2021, kesalahan berkaitan kenderaan berat, kesalahan pengubahsuaian ekzos dan kes saman dalam sebutan mahkamah.

Bagi tawaran pengurangan kompaun saman kali ini, aplikasi MyBayar Saman telah dipertingkatkan bagi membolehkan syarikat dan entiti perniagaan mendaftar sebagai pengguna dan seterusnya membuat pembayaran melalui aplikasi berkenaan.

Cara Pendaftaran MyBayar Saman

Untuk mendapatkan diskaun saman ini, anda hanya perlu mendaftar sebagai pengguna melalui 2 cara berikut:

Orang ramai boleh mendaftar sebagai pengguna MyBayar Saman melalui :

i) Portal – https://mybayar.rmp.gov.my
ii) Google playstore – https://play.google.com/store/apps/details
iii) Apple store – https://apps.apple.com/my/app/mybayar-saman/id1552671016
iv) Huawei Appstore – https://appgallery.huawei.com/#/app/C104046205

Terdapat 3 langkah yang perlu diambil untuk menggunakan portal dan aplikasi berkenaan iaitu Pendaftaran, Semakan dan Pembayaran.

Di mana menerusi Pendaftaran, pengguna perlu memasukkan maklumat diri yang diperlukan, isi pengesahan OTP dan login masuk portal / aplikasi berkenaan.

Menerusi Semakan pula, pengguna boleh menyemak saman yang hendak dibayar. Notifikasi saman juga akan dipaparkan sekiranya mempunyai saman baharu.

Seterusnya pengguna boleh memilih mod transaksi dalam laman Pembayaran untuk melangsaikan saman terbabit.

Bagi mengelak penularan jangkitan pendemik Covid-19 semua kaunter pembayaran saman di seluruh Ibu Pejabat Polis Daerah dan Kontinjen akan ditutup semasa pengurangan saman ini diberikan.

PDRM berharap pengurangan kompaun saman ini akan membantu orang ramai yang terkesan dalam menjelaskan saman-saman mereka yang tertunggak pada masa sukar pandemik Covid-19 ini.

Sumber FB : PDRM

Cara Check Saman PDRM & JPJ Online dan SMS KLIK SINI

#Kempen Bayar Saman PDRM #Cara Bayar Saman PDRM #Diskaun Terkini Saman PDRM 2021 #Diskaun Saman Trafik 2021 #Check Saman Online #Aplikasi Check Saman

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment