Advertisement

Cara Mohon dan Buat Rayuan STR FASA 1 2024 – Maksud Tidak Lulus & Dokumen Permohonan

Kemaskini! Permohonan Rayuan STR 2024 [Fasa 1] Di Buka | Semakan Rayuan STR 2024 | Semakan STR 2024 Lulus atau Tidak | Check Status Rayuan BPR Fasa 1 #Rayuan BPR Fasa 1

SUMBANGAN TUNAI RAHMAH (STR) 2024 : CARA PERMOHONAN SEMAKAN SEMULA STATUS KELULUSAN & RAYUAN STR 2024 BAGI PEMOHON BERSTATUS TIDAK LAYAK / TIDAK LULUS

Advertisement

Kementerian Kewangan, telah mengumumkan bahawa pembayaran STR Fasa 1 telah mula disalurkan secara berperingkat pada 29 Januari 2024.

Menerusi bantuan ini, para penerima akan mendapat bayaran mengikut kriteria kelayakan masing-masing.

Pembayaran akan dilakukan secara automatik terus ke dalam akaun bank penerima, manakala bagi yang tidak mempunyai akaun bank, penunaian boleh dilakukan di cawangan BSN Malaysia mulai 29 Januari 2024.

Semakan Status Tidak Lulus STR 2024

Pemohon boleh membuat semakan jumlah bayaran yang akan diterima sekiranya LULUS RAYUAN.

Berikut adalah antara soalan lazim berkenaan Status Permohonan Sumbangan Tunai Rahmah dan mengapa sebahagian daripada penerima tahun 2023 menerima status TIDAK LULUS bagi STR 2024 :

MAKSUD STATUS PERMOHONAN DITERIMA

  • Apakah yang dimaksudkan dengan status Lulus?
    • Status Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

MAKSUD STATUS LULUS

  • Apakah yang dimaksudkan dengan status Tidak Lulus?
    • Status Tidak Lulus adalah merujuk kepada permohonan STR yang tidak menepati syarat kelayakan selepas proses semakan verifikasi dilakukan.

APA PERLU BUAT JIKA STR 2024 TIDAK LULUS?

  • Apakah yang saya perlu lakukan sekiranya permohonan STR saya berstatus Tidak Lulus?
    • Bagi permohonan yang Tidak Lulus, pemohon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Permohonan STR 2024 untuk mengenal pasti Alasan Tidak Lulus dan dokumen sokongan yang diperlukan semasa membuat Permohonan Rayuan STR.
    • Sila klik untuk Kod Alasan Tidak Lulus dan Senarai Dokumen Sokongan yang perlu dimuatnaik ke dalam sistem semasa permohonan secara dalam talian atau dikemukakan ke Pejabat HASiL / Pejabat Satelit (PS) / Urban Transformation Centre (UTC) HASiL bagi Permohonan Semakan Semula (Rayuan) secara Borang Kertas.

KEMASKINI STR 2024

  • Sekiranya status permohonan saya Dalam Proses, adakah saya boleh mengemas kini semula maklumat permohonan saya?
    • Tidak. Bagi permohonan berstatus Dalam Proses tindakan kemas kini maklumat permohonan tidak boleh dibuat sehingga keputusan dipaparkan.

MAKSUD TIDAK LAYAK STR 2024

  • Saya membuat semakan pada Menu Semakan Status Permohonan dan paparan Status Permohonan adalah Tidak Layak. Apakah yang dimaksudkan dengan Tidak Layak?
    • Sila hubungi pejabat HASiL berdekatan untuk mengetahui maklumat lanjut berkenaan Status Tidak Layak tersebut.

Sila rujuk cara membuat semakan seperti di bawah:

  1. Layari laman web rasmi STR 2024 di pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Semak status anda
  3. Jika tidak lulus, status akan dipaparkan seperti contoh di bawah:
  • Apakah yang dimaksudkan dengan status Permohonan Diterima dan Dalam Proses?
    • Status Permohonan Diterima adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan akan melalui proses verifikasi mengikut tempoh permohonan dihantar. Permohonan tersebut masih dibenarkan untuk dikemas kini sehingga status permohonan ditukar kepada status Dalam Proses.
    • Status Dalam Proses pula adalah merujuk kepada permohonan STR yang telah diterima dan sedang dalam proses verifikasi kelayakan STR 2024.

MAKSUD STATUS LULUS

Sebelum ini, LHDN memaklumkan bahawa tarikh bayaran STR adalah secara berperingkat, bergantung kepada tarikh permohonan anda dihantar.

Bagi yang menghantar borang pada 1-30 November 2023 yang lalu, anda akan menerima pembayaran mulai 29 Januari 2024

Manakala bagi yang menghantar permohonan pada 1 Disember 2023 hingga 29 Februari 2024, anda akan menerima bayaran bermula pada April 2024.

Tarikh Permohonan Rayuan STR 2024

Tempoh Permohonan Semakan Semula (Rayuan) STR 2024:

  • Mulai 29 Januari 2024

Permohonan rayuan boleh dibuat secara dalam talian ATAU melalui borang kertas secara manual di kaunter LHDNM.

Untuk membuat rayuan, sila ke laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Kaedah Permohonan Rayuan STR 2023:

  1. Secara Dalam Talian
  2. Secara Pengemukaan Borang Kertas ke pejabat LHDNM berdekatan.

Maklumat Lanjut

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi Pejabat LHDNM atau rujuk sumber berikut:

Info Penting Lain :-

Advertisement

3 Pingbacks

Leave a Comment