Advertisement

Cara Mohon Kemasukan Tingkatan 6 Aliran Tahfiz KPM Lepasan SPM

KEMASKINI!! PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN ENAM ALIRAN TAHFIZ AMBILAN TAHUN 2023 BAGI LEPASAN SPM 2022 | #Syarat Kemasukan Tingkatan Terkini 2023 #Borang Permohonan Tingkatan 6 2023 #Permohonan Tingkatan 6 2023

Advertisement

Senarai Sekolah

Senari sekolah yang menawarkan aliran ini bagi Tingkatan 6 bagi kemasukan ini adalah seperti berikut:

  1. SMK Agama Putrajaya, Putrajaya
  2. SMK Agama Kedah, Kedah
  3. SMK Agama Maahad Muar, Johor
  4. SMK Agama Kerian, Perak
  5. SMK Agama Tok Bachok, Kelantan
  6. SMK Agama Kota Kinabalu, Sabah
  7. SMK Agama Shiekh Haji Othman Abd Wahab, Sarawak
  8. SM IMTIAZ Yayasan Terengganu Kemaman

Syarat Permohonan

Pelajar yang ingin membuat permohonan perlu mengikuti syarat-syarat permohonan yang berikut:

  1. Terbuka kepada warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang 17 tahun dan tidak melebihi 20 tahun pada tahun 2023.
  2. Lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
  3. Memperolehi kepujian dalam mata pelajaran Hifz al-Quran/Maharat al-Quran atau sekurang-kurangnya gred C; atau
  4. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Pendidikan Islam/Pendidikan Syari’ah Islamiah/Pendidikan al-Quran dan al-Sunnah/Usul al-Din/Al-Syariah/Manahij al-‘Ulum al Islamiah/Turath al-Quran dan al-Sunnah/Turath Dirasat Islamiah.
  5. Pelajar yang memperolehi kepujian atau sekurang-kurangnya gred C dalam mata pelajaran Bahasa Arab/Al-Lughah al-‘Arabiah al-Mu’asirah/Al-Adab wa al-Balaghah/Turath Bahasa Arab.
  6. Telah menghafaz sekurang-kurangnya 7 juzuk.
  7. Bersetuju mengikuti program ini sehingga tamat 3 Semester.

Tatacara Permohonan

Tatacara permohonan boleh dirujuk melalui panduan di bawah:

  1. Layari pautan berikut https://docs.google.com/forms/d/1EavJUH8_SGfs8IQIvLI563A0AFelcaNkefm0Gjdnir0/viewform?edit_requested=true
  2. Isi maklumat permohonan dengan lengkap.
  3. Semak semua maklumat sebelum menghantar permohonan.
  4. Klik “Submit” untuk menghantar permohonan.

Semakan Status & Rayuan

Maklumat berkaitan status permohonan yang berjaya untuk temu duga akan dimaklumkan melalui laman sesawang https://sst6.moe.gov.my/ pada 17 Jun 2023

Bagi calon yang tidak berjaya dalam permohonan, mereka boleh mengemukakan surat rayuan ke alamat emel [email protected] di Bahagian Pendidikan Islam bermula 03 hingga 10 Julai 2023.

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment