Advertisement

Cara Semak Rayuan Permohonan Kemasukan Asasi MARA dan Diploma KPM Sesi 2022/2023

Semakan Rayuan ke Program Asasi Kolej MARA Kuala Nerang dan Program Diploma Kolej Profesional MARA dibuka bermula 26 hingga 31 Julai 2022 selepas jam 3.00 petang.

=> https://apponline.mara.gov.my/upimonline/

=> https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

Permohonan adalah dipelawa kepada calon-calon yang telah
menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM), Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM), Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) dan Sijil dalam bidang berkaitan untuk melanjutkan pengajian ke peringkat Program Diploma di Kolej Profesional MARA (KPM) dan Program Asasi di Kolej MARA.

Advertisement

Calon-calon lelaki dan perempuan lepasan SPM / SPMV / SVM / STPM / STAM yang berumur TIDAK MELEBIHI 35 TAHUN boleh memohon.

Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA 2022

Permohonan telah dibuka mulai 22 FEBRUARI 2022 sehingga 30 JUN 2022.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

Program Yang Ditawarkan Di Kolej Profesional MARA 2022

Program ini terdiri daripada empat belas (14) kluster program seperti berikut:

i. Diploma in Accounting (DIA)
ii. Diploma in Business Studies (DBS)
iii. Diploma in Landscape and Horticulture (DLH)
iv. Diploma in Entrepreneurship (DEN)
v. Diploma in Islamic Banking and Finance (DBF)
vi. Diploma in Computer Networking (DCN)
vii. Diploma in Creative Digital Media Production (DCD)
viii. Diploma in International Business (DIB)
ix. Diploma in Integrated Logistics Management (DLM)
x. Diploma in Marketing (DMK)
xi. Diploma in Business and Information Technology (DBIT)

Program Asasi Kolej MARA

Program Kolej MARA (KM) menawarkan laluan pantas ke universiti dan jaminan bidang pengajian di universiti.

Selain itu, Yuran pengajian ditanggung sepenuhnya oleh MARA, dan akan dipertimbangkan pinjaman pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti.

Cara Semak Keputusan Permohonan Kolej Profesional MARA (Diploma) & Kolej MARA (Asasi)

Semakan DiBuka Mulai Jam 3.00 Ptg pada 8 Julai 2022…dibuka secara dalam talian, sila klik pautan

=> https://apponline.mara.gov.my/semakanspupim/

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Advertisement

One Pingback

Leave a Comment