Advertisement

Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 1 2023/2024

Kemaskini! Permohonan kemasukan ke Kolej Profesional MARA atau KPM bagi ambilan Mac 2023 telah pun dibuka sehingga 5 Februari 2023.

Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma,
anda boleh memohon secara online di portal rasmi MARA.

Advertisement

Tarikh Permohonan Program Diploma Kolej Profesional MARA (Ambilan Februari 2023)

Permohonan telah dibuka mulai 9 Januari hingga 5 Februari 2023.

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Tarikh-tarikh Penting

  • Semakan Keputusan Permohonan : 24 Februari hingga 2 Mac 2023
  • Semakan Keputusan Rayuan :15 Mac hingga 26 Mac 2023
  • Lapor Diri / Pendaftaran: 30 Mac 2023

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA

Sila layari https://hi-edu.my/ untuk memohon.

Rujuk MANUAL PERMOHONAN melalui lampiran di bawah:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Hubungi kami di:

Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara

Emel : [email protected]

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan

Baca Juga : Cara Mohon Online Kemasukan Asasi MARA

Untuk Permohonan Layari : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Advertisement

19 Pingbacks

Leave a Comment