Advertisement

Cara Semakan Syarat Permohonan UPU Online [Kelayakan Am dan Khas]

Kemaskini! Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2021

Untuk makluman, Syarat permohonan UPU mestilah dipenuhi sebelum membuat permohonan. ADAKAH anda layak membuat permohonan kemasukan ke UPU? Apakah syarat am yang diletakkan untuk permohonan UPU ambilan tahun 2021/2022? Dalam permohonan UPU bagi lepasan SPM/Setaraf anda perlu memilih 8 kursus manakala bagi lepasan STPM/Setaraf adalah 12 kursus.

Advertisement

Berikut dikongsikan Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2021 Lepasan SPM/STPM untuk panduan anda.

Syarat Kelayakan Am Permohonan UPU 2021

Berikut dikongsikan maklumat berkaitan syarat kelayakan am permohonan kemasukan ke UA/ IPTA/ Politeknik/ ILKA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/Setaraf dan STPM/Setaraf:

SYARAT KHAS PROGRAM PENGAJIAN KEMASUKAN KE IPTA/ILKA PROGRAM PENGAJIAN LEPASAN SPM
SESI AKADEMIK 2021/2022


SYARAT AM IPTA/ILKA

Kewarganegaraan

Hanya Warganegara Malaysia yang mempunyai No. Kad Pengenalan / My Kad sahaja yang layak mengemukakan permohonan dan kelayakan seperti berikut:-

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Universiti Awam / Politeknik Premier

Asasi / Matrikulasi
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya LIMA(5) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian termasuk Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Kelayakan SPM untuk kemasukan ke Politeknik Konvensional / METrO / Kolej Komuniti / ILKA

Diploma
Pemohon mestilah memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya TIGA(3) kepujian dan lulus dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sejarah dalam peperiksaan SPM.

Sijil
Pemohon mestilah menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan boleh membaca, menulis dan mengira

B) Lepasan STPM/Setaraf
◾Terbuka kepada Warganegara Malaysia dan  ◾Penduduk Tetap yang mempunyai No. KP/My Kad sahaja.  ◾Bukan Warganegara memohon terus ke UA berkaitan.

SYARAT AM IPTA

SPM

Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu dan lulus dalam mata pelajaran Sejarah mulai tahun 2013. Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu kertas Julai diambil kira;
DAN

STPM
Lulus Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya PNGK 2.00 dengan GRED C dalam 3 mata pelajaran termasuk Pengajian Am;
 
DAN

MUET
Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam Malaysian University English Test (MUET) mengikut tempoh sah laku pada tarikh permohonan 
 

SYARAT TAMBAHAN BAGI PERMOHONAN PROGRAM PENDIDIKAN UNTUK PERKHIDMATAN DENGAN KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

1. Terbuka kepada warganegara sahaja.
2. Pemohon mestilah berumur tidak melebihi 30 tahun semasa mengemukakan permohonan.
3. Lulus Matematik dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia/Setaraf.
4. Calon yang memohon hendaklah sihat tubuh badan, tidak mengidap apa-apa penyakit mental atau fizikal, dan berupaya mengikuti program-program yang dirangka untuk kursus ini.

Ujian MEdSI dan Temu duga

1. Pemohon yang layak untuk mengikuti Program Pengajian Pendidikan diwajibkan menduduki ujian MEdSI dan temu duga yang ditetapkan.
2. Hanya pemohon yang memenuhi Syarat Am serta Syarat Khas program sahaja akan dipanggil untuk menghadiri ujian MEdSI.
3. Panggilan untuk ujian MEdSI  boleh disemak mulai 31 Mei 2021 melalui laman web UA dan dipautkan dari laman web https://upu.mohe.gov.my.
4. Panggilan temu duga boleh disemak mulai 01 Julai 2021 melalui laman web https://upu.mohe.gov.my.
5. Segala perbelanjaan untuk menghadiri ujian dan temu duga adalah di bawah tanggungan pemohon.

Untuk info lanjut dan pertanyaan boleh ke portal rasmi di https://online.mohe.gov.my/upu5/epanduan/index.php

#Syarat Kelayakan Permohonan UPU 2021/2022 #Syarat Kemasukan UPU #Semakan Syarat Kelayakan UiTM | UUM |UPM | USM |UIAM | UNIMAS | UMS | UNISZA | UTHM | UPSI | UTEM | UMP | UKM | USIM | UNIMAP | UPNM | UTM | UNIMAP | #Semakan Syarat Kelayakan IPTA/UA #

Info Penting Lain :-

Advertisement

19 Pingbacks

Leave a Comment