Advertisement

Cara Daftar Calon Persendirian SPM & SPMU 2023/2024

Kemaskini! Cara Pendaftaran Calon Persendirian Sijim Pelajaran Malaysia (SPM) dan sijil Pelajaran Malaysia Ulangan Tahun 2023/2024.Syarat Pendaftaran dan Tarikh Jadual Peperiksaan

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) merupakan peperiksaan yang amat penting di Malaysia. Kebanyakan majikan meletakkan syarat minima mempunyai SPM kepada sesiapa yang ingin berkerja di syarikat mereka

Advertisement

Ada juga dalam kalangan rakyat yang gagal dalam SPM dan ingin menduduki peperiksaan tersebut kerana kesedaran kepentingan SPM demi kelangsungan masa depan mereka. Oleh itu KPM menyediakan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) kepada mereka yang berminat untuk menduduki peperiksaan ini.

Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 2023

pendaftaran bagi kedua-dua peperiksaan ini boleh dibuat secara atas talian.

Kadar Bayaran Calon Persendirian SPM & SPMU

Kadar bayaran yang ditetapkan bagi peperiksaan SPM dan SPMU adalah seperti berikut:

  • Bayaran Asas: RM20.00
  • Bayaran Mata Pelajaran
    – 119 Bahasa Inggeris: RM20.50
    – Mata Pelajaran Tanpa Pentaksiran Pusat: RM10.50
    – Mata Pelajaran Dengan Pentaksiran Pusat: RM12.00
  • Bayaran Calon Lewat: RM150.00

Syarat Kelayakan Tarikh Pendaftaran Calon Persendirian SPM & SPMU 

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi pendaftaran peperiksaan ini adalah seperti berikut:

  1. Calon baharu SPM mestilah berumur 16 tahun pada 1 Januari tahun peperiksaan
  2. Orang perseorangan yang pernah menduduki peperiksaan SPM/SPMU berdasarkan syarat yang ditetapkan LP (calon mengulang).
  3. Mendaftar secara dalam talian sepenuhnya di sppat.moe.gov.my.

Tatacara Permohonan Calon Persendirian SPM & SPMU

Tatacara permohonan yang boleh dilakukan adalah seperti berikut:

1. Layari laman web http://sppat2.moe.gov.my/.

2. Klik bahagian ‘Daftar Calon Baharu.’

3. Masukkan nombor kad pengenalan klik butang ‘Mohon.’

4. Sahkan maklumat yang diisi dan pastikan nombor kad pengenalan merupakan milik anda serta kemudian klik butang ‘Teruskan.’

5. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

6. Pilih mata pelajaran yang anda ingin didaftarkan dan klik butang ‘Teruskan.’

7. Tentukan mata pelajaran elektif sebagai mata pelajaran tambahan sekiranya anda memilih lebih daripada 10 mata pelajaran. Pemilihan mata pelajaran tambahan tidak boleh kurang dan tidak boleh lebih daripada bilangan yang telah ditetapkan dan klik butang ‘Teruskan.’

8. Pilih pusat peperiksaan dan klik butang ‘Teruskan.’

9. Semak maklumat pendaftaran dan klik butang ‘Hantar.’

10. Selepas maklumat pendaftaran berjaya dihantar, pastikan bayaran yuran peperiksaan dibuat secara perbankan elektronik. Permohonan yang telah dibayar sahaja akan diproses.

Info Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pendaftaran peperiksaan SPM dan SPMU, sila layari laman web http://lp.moe.gov.my/.

Advertisement

Leave a Comment