Cara Mohon PISMP Ambilan Khas Lepasan SPM Tahun 2022/2023

Kemaskini! Permohonan Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) – Lulusan SPM 2019, 2020 dan 2021 Pengajian Sepenuh Masa | Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC). | Syarat Kelayakan Tawaran Pengambilan Khas Guru IPG | Semakan IPG | PISMP 2022

PENGUMUMAN DAN MAKLUMAN

Pengambilan Khas Lepasan SPM Bagi Kemasukan IPG Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP)

Lepasan SPM yang nak mohon kemasukan khas IPG bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) boleh mula buat permohonan baru mulai 8 Ogos 2022.

Tawaran adalah terbuka kepada lepasan SPM yang mempunyai:
✔️Sijil Menengah Agama (SMA); atau
✔️Sijil Menengah Ugama (SMU); atau
✔️Sijil Unified Examination Certificate (UEC)

Baca info lanjut program pengajian ditawarkan dan cara mohon di sini.

=> https://pismp.moe.gov.my/

Advertisement

PERMOHONAN PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) 
DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2022
FASA 2

PENGESAHAN MENDUDUKI e-UKCG (Bagi pemohon Fasa 1 yang belum menduduki e-UKCG)

Tarikh – e-UKCG Fasa ke 2 adalah pada 13 Jun 2022

* Calon perlu membuat pengesahan setuju hadir bagi menduduki e-UKCG
 

| – JOM JADI CIKGU SIRI 1- Permohonan PISMP & PPC |

| – JOM JADI CIKGU SIRI 2- TIP dan Panduan e-UKCG |

PERMOHONAN PISMP AMBILAN TAHUN 2022 => https://pismp.moe.gov.my/


PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN (PISMP) DAN PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (PPC) PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 2022


MAKLUMAT LANJUT INTERAKTIF

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan membuka permohonan bagi pengambilan calon guru tajaan KPM untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) dan Program Pelajar Cemerlang Pendidikan Islam (PPC).

Untuk makluman, PISMP merupakan program yang dikhususkan untuk melatih bakal guru di Institut Pendidikan Guru (IPG) yang ditetapkan oleh KPM dalam pelbagai bidang pengkhususan bagi keperluan di sekolah rendah.

Manakala, PPC pula merupakan program yang diwujudkan untuk melahirkan bakal guru dalam bidang pendidikan Islam di sekolah terpilih seluruh negara.

Tempoh Pengajian

Untuk PISMP termasuk bagi Laluan Khas Murid Berkeperluan Khas (MBK), pemohon yang layak akan mengikuti Program Persediaan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan (PPISMP) selama 12 bulan atau 3 semester di IPG berkenaan yang ditetapkan oleh KPM.

Mereka yang lulus PPISMP akan diberikan Sijil Tamat PPISMP dan ditawarkan mengikuti pengajian PISMP selama 4 tahun atau 12 semester di IPG yang ditetapkan oleh KPM.

Untuk PPC pula, pemohon yang layak akan mengikuti pengajian di universiti luar negara yang telah ditetapkan oleh KPM selama 4 tahun.

Setelah tamat pengajian Ijazah, pelajar akan mengikuti Program Diploma
Pascasiswazah Pendidikan (PDPP) di IPG selama satu 1 tahun sebelum berkhidmat.

Bidang Pengkhususan Yang Ditawarkan

Bidang pengkhususan yang ditawarkan bagi PISMP adalah seperti berikut:

i) Sekolah Kebangsaan (SK)

  • Bahasa Melayu Pendidikan Rendah
  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

ii) Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Sains Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Bahasa Cina Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Khas Masalah Pendengaran
  • Pendidikan Khas Masalah Penglihatan
  • Sejarah Pendidikan Rendah

iii) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT)

  • Pengajaran Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua Pendidikan Rendah (TESL)
  • Matematik Pendidikan Rendah
  • Pendidikan Islam Pendidikan Rendah
  • Sejarah Pendidikan Rendah
  • Bahasa Tamil Pendidikan Rendah

Untuk PPC, bidang pengajian yang ditawarkan adalah seperti berikut:

  • Bidang Bahasa Arab (Lughah)
  • Bidang Pengajian Islam (Dirasat Islamiah)
  • Bidang Tahfiz (Al-Quran Wal Qiraat)

Syarat Kelayakan

Syarat kelayakan yang ditetapkan bagi permohonan PISMP atau PPC adalah seperti berikut:

i) PISMP

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Lulus SPM dengan memperoleh gred cemerlang dalam mana-mana 5 mata pelajaran.
  6. Memperoleh sekurang-kurangnya gred kepujian dalam mata pelajaran yang berikut iaitu:
    – Bahasa Melayu
    – Sejarah
    – Bahasa Inggeris
  7. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

ii) PISMP laluan MBK

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 22 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2000.
  3. Sihat tubuh badan (tidak termasuk konteks ketidakupayaan dan tertakluk kepada pekeliling Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran Bil.2/2017).
  4. Boleh mengurus diri sendiri.
  5. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  6. Berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
  7. Memperolehi sekurang-kurangnya gred kepujian di peringkat SPM dalam mana-mana 6 mata pelajaran termasuk Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris serta lulus Sejarah dengan mengambil kira syarat akademik yang ditetapkan.
  8. Memenuhi syarat bidang pengkhususan.

iii) PPC

  1. Warganegara Malaysia.
  2. Umur tidak melebihi 20 tahun pada 30 Jun 2022 iaitu lahir pada atau selepas 30 Jun 2002.
  3. Sihat tubuh badan.
  4. Aktif dalam kegiatan kokurikulum.
  5. Calon SPM tahun 2021.

Calon Tidak Layak Memohon

Calon yang berada dalam kategori berikut tidak layak memohon iaitu:

  1. Pemohon yang sedang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan atau Ijazah Sarjana Muda Pendidikan di institusi-institusi pendidikan tajaan Kementerian Pendidikan Malaysia.
  2. Pemohon yang dikenakan tindakan tatatertib atau sedang dalam proses tindakan tatatertib semasa dalam perkhidmatan awam atau latihan yang dianjurkan oleh agensi kerajaan.
  3. Pemohon yang pernah mengikuti program ikhtisas di Institut Pendidikan Guru, tetapi gagal dalam peperiksaan dan ditamatkan daripada program.
  4. Pemohon yang pernah atau sedang disabitkan dengan kesalahan penyalahgunaan dadah, jenayah atau tindakan mahkamah.

Tatacara Permohonan

Pemohon yang berminat boleh membuat permohonan secara dalam talian (online) dengan melayari laman sesawang KPM di pautan https://pismp.moe.gov.my mulai 15 Mac 2022.

Selain itu, pemohon dibenarkan mengemukakan 1 permohonan dan boleh mengemaskini pada bila-bila masa sahaja sehingga tarikh permohonan ditutup.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai pengambilan guru tajaan KPM ini, sila layari https://pismp.moe.gov.my.

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment