Advertisement

STR 2024 | Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Semakan Status Fasa 1 dan Kemaskini | Cara Login

Kemaskini! Permohonan Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah 2024, Jumlah Bayaran STR dan Jadual Tarikh Bayaran, Syarat dan Kelulusan Permohonan, Semakan Status STR, Login dan Log Masuk Kemaskini BTR | Cara Rayuan STR

STR Fasa 2 : Tarikh & Jumlah Bayaran Kategori Bujang, Keluarga

Advertisement

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kini dijenamakan semula sebagai Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 diagihkan kepada penerima mulai 5 April 2023.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, PM mengumumkan bahawa isi rumah pendapatan kurang RM2,500 layak menerima sumbangan sehingga RM2,500 bergantung kepada bilangan anak.

Kerajaan juga akan memberi sumbangan tambahan RM600 kepada isi rumah penerima STR termiskin mengikut data e-Kasih.

Sumbangan ini akan disalurkan dalam bentuk bakul makanan dan juga baucar untuk barangan makanan asas bernilai RM600.

Jumlah Bayaran STR Fasa 2

JADUAL BAYARAN STR FASA 2

KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 ke bawah0RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Isi Rumah (Tiada Had Umur)RM2500 – RM50000RM200
1-2RM200
3-4RM200
5 dan lebihRM200
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Warga Emas Sebatang Kara (60 tahun ke atas)RM5000 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang (21-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100
KategoriPendapatan BulananBil. AnakJumlah Bayaran
Bujang OKU (19-59 tahun)RM2500 ke bawah0RM100

Cara Semakan STR Fasa 2

Semakan status boleh dibuat melalui pautan berikut:
https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Sila rujuk panduan melalui infografik di bawah:

  1. Klik lok masuk MySTR
  2. Masukkan nombor Mykad pemohon
  3. Pengesahan kata kunci keselamatan
  4. Maklumat yang akan dipaparkan :
    • Nama pemohon
    • No Mykad pemohon
    • Status permohonan
    • Maklumat pembayaran Fasa 1 (jika layak)
  5. Klik menu Semakan Pembayaran Fasa 1
  6. Masukkan kata laluan

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Kerajaan Perpaduan pimpinannya menekankan pendekatan rahmah dalam membela nasib rakyat terutama golongan rentan dan mudah terjejas.

Selaras dengan itu, kata beliau, kerajaan telah memperkenalkan konsep ‘Payung Rahmah’ sebagai induk kepada inisiatif-inisiatif membantu golongan kurang berkemampuan dalam mendepani cabaran kos sara hidup.

Apa Itu Sumbangan Tunai Rahmah (STR)?

STR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh Kerajaan kepada rakyat, di mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR, BTR dan BKM.

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada bulan Januari ketimbang bulan Mac tahun depan mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Tarikh Bayaran STR Fasa 1

Perdana Menteri memaklumkan, STR Fasa 1 untuk golongan B40 diawalkan kepada bulan ini berbanding perancangan awal pada bulan Mac depan.

Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data STR secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Menurut Perdana Menteri, ia bagi meringankan beban sara hidup rakyat.

Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, penerima STR di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran tersebut pada tarikh sama.

Jelasnya, penerima STR yang tiada akaun bank juga boleh membuat penunaian di cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai esok.

Jumlah Bayaran Setiap Kategori Penerima

Kategori PenerimaKadar STR Fasa 1
Isi RumahRM300
Warga Emas Tiada PasanganRM100
BujangRM100

Pembayaran itu melibatkan empat juta kategori isi rumah yang menerima RM300; 1.2 juta warga emas tiada pasangan dan 3.5 juta golongan bujang yang masing-masing mendapat RM100.

Semakan Status Sumbangan Tunai Rahmah (STR Fasa 1)

Semakan status pembayaran akan dibuka mulai 17 Januari 2023.

Info terkini, Semakan Status Kelulusan, Cara Mohon dan Daftar dan maklumat lanjut berkaitan pembayaran ini boleh dirujuk soalan lazim (FAQ) di portal rasmi STR melalui pautan https://bantuantunai.hasil.gov.my.

https://www.semakan.online/Cara-Login-STR – Server 1

https://ekerajaan.com/Sumbangan-Tunai-Rahmah-STR-2023/ – Server 2

PERMOHONAN STR TIDAK LULUS ? – IKUTI LANGKAH UNTUK RAYUAN DAN KETAHUAI KOD ALASAN TIDAK LULUS/LAYAK – KLIK DISINI @ https://ekerajaan.com/rayuan-str/

Advertisement

Leave a Comment