Cara Daftar Lesen Memandu Online 2021 (Untuk Kereta & Motor)

Kemaskini! Bermula umur 16 tahun dan ke atas, anda sudah layak untuk mendaftar lesen memandu kereta dan motor. Selain itu, bagi umur 21 tahun ke atas, anda boleh memohon lesen memandu bas atau lori. Semua yuran lesen memandu telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Advertisement

1. Senarai makluman untuk mendaftar lesen memandu 2021

Sebelum anda ingin mendaftar lesen memandu, pastikan anda sedia maklum dengan maklumat baru yang dinyatakan supaya proses daftar lesen memandu anda berjalan lancar.

Maklumannya adalah seperti berikut:

  • Mana-mana sekolah memandu di Malaysia wajib memaparkan kadar bayaran dan harga baru bagi lesen memandu kereta dan motor untuk tahun 2021.
  • Setiap kenderaan calon akan mempunyai kamera pemerhatian bagi mengelakkan berlakunya kesalahan jenayah dan terjadi isu digagalkan lesen memandu dengan sengaja tanpa sebab yang munasabah oleh penguji.
  • Tidak ada lagi ujian praktikal yang dijalankan bersama kakitangan JPJ.
  • Ujian praktikal lesen memandu tanpa test JPJ akan dikuatkuasakan.
  • Ujian komputer akan dipantau sepenuhnya oleh sistem video ketika berada di dalam bilik ujian.

2. Cara- cara daftar lesen memandu kereta

Ikuti cara-cara untuk mendaftar lesen memandu bagi anda yang baru pertama kali hendak mengambil lesen.

Cara-caranya seperti berikut:

  1. Bagi Pendaftaran Kali Pertama, sila Daftar di Kaunter Sekolah Memandu pilihan anda.
  2. Pegawai Pemasaran akan menghubungi anda.
  3. Anda wajib membuat Pembayaran Pendahuluan untuk Kursus Kurikulum Pendidikan Pemandu (KPP).
  4. Kursus KPP akan diadakan selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  5. Pada hari Sabtu akan diadakan Kursus Bahasa Malaysia.
  6. Kursus Bahasa Inggeris diadakan pada hari Ahad.
  7. Calon hendaklah Berpakaian Kemas dan Sopan mengikut Etika Pemakaian JPJ.
  8. Setelah menghadiri Kursus KPP, calon akan menduduki Ujian Teori Undang-Undang Komputer selama 45 minit.
  9. Ujian Komputer akan dijalankan mengikut Tarikh dan Masa yang ditetapkan.
  10. Markah lulus bagi Ujian Komputer ialah 42/50.
  11. Selepas itu, calon akan memperolehi Lesen L dalam masa 1 minggu.
  12. Calon diwajibkan membuat pembayaran kedua bagi menjalani KPP 2.
  13. KPP 2 akan dijalankan selama 16 jam.
  14. Masa 8 jam akan diberikan untuk belajar memandu di dalam Litar.
  15. Setelah selesai KPP 2, calon akan menjalani Latihan KPP 3.
  16. Latihan KPP 3 adalah memandu di Jalan Raya.
  17. Calon diwajibkan untuk membuat bayaran Latihan KPP 3.
  18. Tempoh masa belajar memandu di Jalan Raya adalah 8 jam.
  19. Borang Belajar Memandu (SM4) akan dikeluarkan setelah calon tamat menjalani Latihan KPP 2.
  20. Calon akan menduduki Pra-Ujian.
  21. Pra-Ujian akan dijalankan oleh Jurulatih bertauliah di Institut Memandu.
  22. Calon yang lulus Pra-Ujian boleh membuat tempahan untuk Ujian Praktikal.
  23. Seterusnya, calon akan menjalankan Ujian Praktikal JPJ.
  24. Calon yang lulus dalam Ujian Praktikal JPJ akan mendapat Lesen Memandu P.
  25. Calon akan menerima Lesen P tersebut dalam tempoh sekurang-kurangnya 1 minggu.
  26. Tahniah! Anda telah berjaya mendapatkan Lesen Memandu.

3. Cara-cara daftar lesen motor untuk kali pertama

Selain daripada mendaftar lesen memandu, anda juga boleh mendaftar lesen motor jika anda hendak menunggang motosikal kemana sahaja yang anda inginkan.

Berikut merupakan cara-cara mendaftar lesen motor:

  1. Mendaftar di sekolah memandu pilihan anda.
  2. Mengikuti Kursus dan Latihan Teori Kelas Memandu selama 6 jam di Sekolah Memandu.
  3. Menduduki Ujian Komputer.
  4. Selepas lulus Ujian Komputer. (Sekiranya berjaya)
  5. Akan mendapat Lesen L untuk Motorsikal.
  6. Menjalani latihan menunggang motorsikal.
  7. Menjalani Ujian JPJ.
  8. Selepeas lulus Ujian JPJ. (Jika berjaya)
  9. Mendapat Lesen P.
  10. Calon akan mendapat Lesen Penuh selepas 2 tahun.

PERHATIAN

  • Pastikan anda sentiasa memperbaharui lesen memandu mengikut tempoh yang telah ditetapkan.

4. Bolehkah daftar lesen memandu online?

Berdasarkan carian yang kami lakukan, tidak ada cara untuk register lesen memandu secara online. Sila ikuti langkah-langkah yang dikongsikan di atas.

5. Adakah anda ingin mengetahui lebih lanjut mengenai daftar lesen memandu?

Sekiranya anda ingin mengetahui maklumat mengenai lesen memandu dengan lebih lanjut, anda boleh merujuk ke laman sesawang rasmi https://www.jpj.gov.my.pada bahagian Soalan Lazim.

Anda juga boleh menghubungi pihak JPJ jika mempunyai sebarang aduan atau soalan untuk diajukan di talian 03-8000 8000

Pakej Harga Lesen Memandu 2021

Senarai kadar bayaran yang dikenakan yang ditawarkan sekarang, anda boleh semak pakej belajar memandu di bawah:

Harga Lesen Motosikal & Harga Lesen Kereta 2021

  • Motosikal B2 (untuk motor b2 tidak lebih 250 cc) : RM350 hingga RM450
  • Harga Motor B FULL (lebih 500 cc): RM900 hingga RM1100
  • Harga Lesen memandu kereta manual D : RM1150 hingga RM1300
  • Harga Lesen memandu Kereta transmisi auto automatik  DA : RM1250 hingga Rm1500

Untuk umur 21 tahun dan ke atas boleh mohon dan mendapatkan lesen E untuk memandu bas atau memandu lori

Kadar Bayaran Renew Lesen Memandu

Tidak boleh buat lesen memandu online, semua kena membuat di cawangan JPJ sahaja, satu lagi tidak perlu pakai ejen, boleh buat sendiri. Kadar harga buat baru dan bayaran renew lesen motor dan kereta terkini baik L atau P di JPJ, anda boleh semak jadual bawah ini

(i) Kadar Bayaran Lesen Belajar Memandu LDL Dengan JPJ

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Lesen Kelas ARM23 bulan / 6 bulan
Beli Lesen Motor Kelas B2 (tunggal) untuk LRM2 / RM43 bulan / 6 bulan
Harga Lesen Kelas B Full Murah JPJ atau Lesen Kelas CRM20 / RM403 bulan / 6 bulan
Lesen Kelas D dan lain-lainRM30 / RM603 bulan / 6 bulan

(ii) Lesen Percubaan PDL

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Lesen Kelas A / A1RM22 tahun
Bayaran Lesen Motosikal Kelas B2 (tunggal)RM22 tahun
Lesen Kelas B atau Lesen Kelas CRM402 tahun
Lesen Memandu Kelas Auto D / Kereta Manual DA / F / G / H / IRM602 tahun

(iii) Lesen CDL

KATEGORIKADAR BAYARAN HARGA RENEW LESEN MEMANDUTEMPOH
Lesen Kelas A / A1RM21 tahun
Harga Lesen Kelas B2 (tunggal), B Full / CRM201 tahun
Kos Harga Lesen Kelas D / Lori E Full / F / G / H / IRM301 tahun

NOTA: Kepada yang ada B2 dan mahu upgrade lesen b full, anda perlu ambil semua lesen L B Full di JPJ dengan bayaran RM20 dan perlu selesaikan latihan & ujian di pusat belajar pilihan anda selama 3 bulan. Jikalau lulus ujian boleh dapat B full.

(iv) Lesen Konvensional

KATEGORIKADAR BAYARANTEMPOH
Berapa Promosi Harga Buat Lesen GDL Terkini / Lesen Bas PSV atau CONRM201 tahun
Advertisement

Leave a Comment