Cara Login SPdPR KPM | Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah


Kemaskini!! Cara Login SPdPR KPM 2021 | Satu Sistem yang dibangunkan oleh KPM  bagi kemudahan guru untuk proses PDPR dengan pelajar. #Login SPdPR, #Cara Daftar SPdPR #Jadual PdPR Sekolah Terkini 2021

SPdPR KPM adalah sistem yang diwujudkan untuk membuat laporan secara online berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PDPR).

APA ITU SPdPR KPM?

Sistem Pelaporan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (SPdPR) merupakan satu aplikasi pengurusan pelaporan PdPR secara dalam talian yang dibangunkan bagi mengumpul maklumat pelaksanaan PdPR, pemantauan, pelaporan dan pelaksanaan tindak susul di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

Sistem ini boleh diakses oleh para guru ketika PdPR berlangsung.

Selain itu, PdPR berfungsi sebagai medium untuk mengumpul maklumat pelaksanaan dan pemantauan di peringkat sekolah, PPD, JPN dan KPM.

MANUAL PENGGUNA SPdPR KPM

Ikuti Panduan Pengisian Pelaporan Standard PdPR bagi mendapatkan gambaran awal sistem ini, juga sebagai persediaan menggunakannya nanti.

SPdPR KPM Satu Sistem Pelaporan Yang Memudahkan Guru Di Malaysia

Pada waktu ini, negara kita sedang berhadapan dengan wabak Covid-19. Disebabkan itu, kebanyakkan syarikat telah di arahkan bekerja di rumah dan sekolah juga di tutup. Justeru itu, segala proses pembeljaran terpaksa dilakukan di rumah atau dalam erti kata lain PDPR. Disebabkan itu, kerajaan mula mewujudkan pelbagai sistem PDPR demi untuk memudahkan guru dan pelajar untuk proses PDPR. Salah satu sistemnya adalah SPdPR KPM.

Cara Pendaftaran Kelas SPdPR KPM

Untuk menggunakan sistem SPdPR KPM, Penolong Kanan Pentadbiran perlu daftar masuk SPdPR KPM dan mendaftar semua kelas di sekolah sebelum guru boleh membuat pengisian laporan PdPR. Cara untuk mendaftarkan kelas SPdPR adalah berikut:

  1. Untuk mendaftar kelas, perkara pertama sekali yang perlu anda lakukan ialah dengan klik menu daftar kelas dan selepas itu anda perlu isi segala maklumat yang diperlukan
  2. Kemudian, anda perlu mengisi nama Kelas. Ia perlulah bermula dengan angka (contoh 1 Bestari)
  3. Selepas selesai mengisi perkara di atas, anda perlu mengisi pula bilangan murid berdasarkan rekod yang terdapat di dalam APDM
  4. Bagi kelas gabung,nama kelas perlu ditulis seperti 1 Bestari Bijak Cerdik
  5. Selepas itu, anda perlu mengisi bilangan murid pula berdasarkan 3 kelas tadi.
  6. Pendaftaran kelas hanya perlu dilakukan sekali sahaja oleh PK Pentadbiran atau guru yang melaksanakan kelas gabungan.

Cara Log Masuk Sistem SPdPR KPM

Selepas pendaftaran akaun telah di buat oleh penolong kanan pentadbiran, barulah guru boleh log masuk ke dalam sisitem. Cara untuk log masuk adalah seperti berikut:

  1. Mula-mula sekali anda perlu melayari laman sesawang SPdPR mengikut negeri. Setiap negeri mempunyai laman sesawang SPdPR yang berbeza.
  2. Kemudian, anda perlu masukkan masukan ID PENGGUNA dan kata laluan yang telah di berikan kepada anda
  3. Kemudian, anda perlu llik butang LOG MASUK

Selepas berjaya log masuk, anda perlu tukar kata laluan/password

Login SPdPR online

Untuk login ke dalam sistem SPDPR, layari laman web: https://spn9.moe.gov.my/index.php

Cara Mengisi Laporan Harian SPdPR KPM

Sistem ini di wujudkan untuk memudahkan tugas para guru bagi mengisi laporan harian PdPR. Cara untuk mengisi laporan harian adalah seperti berikut:

  1. Langkah pertama yang perlu anda lakukan ialag dengan Klik butang Pelaporan PdPR harian
  2. Kemudian, anda perlu masukan semua data dan maklumat yang di minta. Selepas selelsai isi segala data yang di minta. Anda perlu klik butang SIMPAN
  3. Akhir sekali anda perlu klik butang OK

Berikut di tunjukkan Video youtube Tutorial berkaitan sistem SPdPR untuk dijadikan panduan.

MAKLUMAT LANJUT & PERTAYAAN

Jika anda ingin maklumat lanjut tentang Login SPdPR KPM,Sistem Pelaporan PdPR Standard ini, sila rujuk Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi, Sektor Pembelajaran, JPN masing-masing.

iNFO Penting Lain :-



(Visited 39 times, 38 visits today)

Leave a Comment