Cara Mohon Bantuan Bakul Prihatin Negara | Talian Kasih 15999 JKM 2021

Kemaskini! Permohonan Bantuan Program Bakul Prihatin Negara 2021 | Hubungi Bilik Gerakan JKM Daerah Anda | Tiada syarat kelayakan yang diberikan, semua rakyat Malaysia layak untuk membuat permohonan sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19 | Bantuan Bakul Makanan RM100

Bantuan Bakul Prihatin Negara adalah kolaborasi Kerajaan, Yayasan Kebajikan Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat dengan sektor swasta dalam menyediakan dan menyalurkan Bakul Makanan kepada golongan terkesan di seluruh negara.

Advertisement

1. OBJEKTIF PENGAGIHAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Bakul Prihatin Negara merupakan satu inisiatif Kerajaan untuk membantu masyarakat yang terkesan sepanjang pandemik COVID-19 bagi memastikan masyarakat dapat meneruskan kelangsungan hidup.

2. KELAYAKAN PERMOHONAN BAKUL PRIHATIN NEGARA

Tiada syarat kelayakan yang diberikan, semua rakyat Malaysia layak untuk membuat permohonan sekiranya terjejas pendapatan sepanjang pandemik COVID-19 

3. SENARAI BARANGAN ASAS DI DALAM BAKUL PRIHATIN NEGARA

Setiap bakul makanan yang bakal diberikan mempunyai 8 barangan asas penting seperti berikut :

  • Beras (5 kg)
  • Gula (1 kg)
  • Tepung (2 kg)
  • Bihun (400 mg)
  • Kicap (650 ml)
  • Sardin (230 gm)
  • Biskut
  • Kopi

CARA PERMOHONAN

Kepada mana-mana rakyat Malaysia yang terkesan akibat pandemik COVID-19 dan memerlukan Bantuan Bakul Prihatin ini, boleh mengemukakan permohonan melalui 4 kaedah berikut:

  1. Menghubungi Bilik Gerakan JKM yang terdapat di 108 daerah di seluruh negara
  2. Menghubungi Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke 019-2615999.
  3. Mengemukakan permohonan bantuan melalui Media Sosial Rasmi (Facebook/Twitter/Instagram KPWKM dan JKM) atau
  4. Menghubungi pemimpin tempatan di kawasan masing-masing.

KAEDAH PENYAMPAIAN BAKUL PRIHATIN

Berikut merupakan kaedah penyampaian bakul :
1) Pejabat Kebajikan Masyaratkan Daerah/Bahagian/Jajahan akan menyerah bakul kepada Skuad Prihatin Negara setelah mendapat butiran lanjut pemohon.

2) Seterusnya, pemohon yang layak akan menerima bakul dalam tempoh 24 jam selepas permohonan. Tetapi, penghantaran bergantung kepada hari bekerja, jumlah permohonan harian, jarak dan bentuk muka bumi.
Hanya 1 bakul makanan sahaja untuk sebuah keluarga yang layak.


INFO LANJUT DAN PERTANYAAN

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut, anda boleh terus melayari portal rasmi JKM di :

Info Penting lain :-

Advertisement

Leave a Comment