Advertisement

Cara Mohon , Syarat Kelayakan dan Tarikh Bayaran Geran Khas Prihatin GKP 4.0

Kemaskini! Geran Khas Prihatin 4.0 dibawah Pakej PEMULIH 2021 | Cara Mohon dan Semakan GKP 4.0 | Syarat Kelayakan dan Tarikh Pembayaran pada September dan November 2021

GKP 4.0 adalah bayaran tambahan kepada para peniaga kecil dan sederhana (PKS) yang layak. Sebanyak RM1000 akan diberikan kepada PKS yang layak.

Advertisement

1. Bilakah Tarikh Permohonan GKP 4.0 di Buka?

Masih belum ada tarikh rasmi yang dikeluarkan. Namun, dijangka permohonan GKP 4.0 akan dibuka sekitar bulan Julai 2021.

2. Adakah semua penerima GKP sebelum ini akan mendapat GKP 4.0?

Dijangka sebanyak 1 juta lebih PKS akan menerima bayaran GKP 4.0.

3. Berapakah nilai bantuan GKP 4.0 yang boleh dimohon?

Bayaran Tambahan bagi Geran Khas Prihatin 4.0 ini adalah RM1,000 sahaja.

4. Bilakah tarikh pembayaran GKP 4.0?

Walaupun bantuan GKP 4.0 berjumlah RM1,000, ia tidak dibayar sekaligus.

Bayaran GKP 4.0 akan dibuat dua kali iaitu:

  1. Bayaran pertama sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan September 2021
  2. Bayaran kedua sebanyak RM500, akan dibayar pada bulan November 2021

5. Cara Mohon GKP 4.0 (Geran Khas Prihatin PEMULIH)

Untuk permohonan baru GKP 4.0, anda perlu buat pendaftaran untuk mohon melalui sistem online. Jika masih lagi belum buat, sila baca cara daftar GKP 4.0 terlebih dahulu.

Setelah selesai proses pendaftaran, ikuti cara untuk membuat permohonan GKP 4.0 seperti di bawah:

  1. Layari laman web atau portal rasmi GKP 4.0 di sini: https://gkp.hasil.gov.my
  2. Jangan salah taip GPK 4.0 pula; atau masuk https://gpk.hasil.gov.my
  3. Portal GPK 4.0 tidak wujud, yang ada hanya GKP 4.0 sahaja
  4. Sila login GKP 4.0 dengan klik pautan Log Masuk
  5. Di bahagian ID Pengguna, masukkan Nombor MyKad anda
  6. Pastikan anda masukkan Nombor MyKad baru yang mempunyai 12-digit
  7. Jangan masukkan sempang (-)
  8. Contohnya, jika Nombor Kad Pengenalan ialah 791321-11-5398, masukkan 791321115398
  9. Tekan butang Semak
  10. Sekiranya anda memang belum pernah buat permohonan GKP 1.0, anda akan menerima ralat ini “ID pengenalan belum didaftarkan. Sila Ke Halaman Daftar Akaun Untuk Mendaftar”
  11. Masukkan Nombor Kad Pengenalan sekali lagi
  12. Tekan butang Cari
  13. Akan keluar paparan ini “Untuk teruskan proses Semakan, sila isi captcha dan tekan butang Semak.”
  14. Masukkan Captcha seperti yang terpapar
  15. Jika anda tersalah masukkan Captcha, akan keluar paparan ini “Peringatan! Captcha yang dimasukkan tidak tepat. Sila isikan semula.”
  16. Tekan butang Semak
  17. Tekan butang Permohonan Baharu
  18. Anda kini dapat melihat borang permohonan GKP 4.0
  19. Ada beberapa bahagian yang anda perlu isi untuk mohon GKP 4.0 seperti:
    • Maklumat Pemohon
    • Maklumat Entiti Perniagaan
    • Pengesahan
  20. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Pemohon. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Nama Pemohon
    • Nombor MyKad
    • Jantina
    • Nombor Telefon Bimbit
    • Alamat Surat Menyurat
    • Nama Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Nombor Akaun Bank Persendirian Pemohon
    • Status Perkahwinan
  21. Sila lengkapkan bahagian Maklumat Entiti Perniagaan. Antara yang perlu diisi ialah:
    • Jenis Perniagaan
    • Nombor Cukai Pendapatan
    • Nama Perniagaan Pemilik Tunggal / Syarikat / Perkongsian
    • Nombor Pendaftaran Syarikat
    • Tarikh Mula Beroperasi
    • Nombor Lesen Perniagaan
    • Alamat Premis Perniagaan
  22. Selepas siap, klik tab Pengesahan di bahagian atas
  23. Buat pengesahan Captcha dengan mengisi paparan Captcha seperti yang terpapar di skrin
  24. Tekan butang Sahkan Captcha
  25. Kini anda berada di bahagian Akuan Pengesahan
  26. Jika anda bersetuju dengan syarat-syarat yang ditetapkan sila tick ruangan berkenaan.
  27. Klik butang Hantar
  28. Mesej makluman penghantaran borang permohonan GKP 4.0 berjaya akan dipaparkan

6. Syarat Kelayakan GKP 4.0

Syarat kelayakan bagi memohon GKP 4.0 masih belum diumumkan oleh LHDN secara rasmi.

Namun, antara kelayakan umum Geran Khas Prihatin sebelum ini adalah seperti berikut:

  1. Bukan penerima GKP sebelum ini; dan
  2. Pemohon mestilah berstatus warganegara Malaysia; dan
  3. Pemohon yang menjalankan Perusahaan Kecil & Sederhana (PKS) mikro seperti berikut:
    • i. Jumlah jualan atau perolehan tahunan kurang daripada RM300,000; dan
    • ii. Jumlah pekerja sepenuh masa tidak melebihi 4 orang, tidak termasuk pemilik; dan
  4. Berdaftar dengan agensi-agensi berikut;
    • i. Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM)
    • ii. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM)
  5. Masih aktif menjalankan perniagaan semasa permohonan dibuat.

7. Siapa yang tidak perlu buat permohonan GPK 4.0?

Sebelum ini juga, mana-mana memohon yang pernah lulus, tidak perlu memohon. Kami menjangkakan, ia masih lagi terpakai untuk GKP 4.0

  • Mana-mana pemohon yang pernah memohon dan menerima bantuan GKP 1.0, GKP 2.0 dan GKP 3.0 anda tidak perlu mohon lagi.
  • Duit akan masuk secara automatik
  • Hanya perlu buat semakan GKP 4.0 sahaja
  • Jadi, jika anda pernah terima duit bantuan one-off RM3,000 dari GPK 1.0, GPK 2.0 dan GKP 3.0 anda tidak perlu untuk memohon lagi.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat terkini, pemohon atau penerima yang layak boleh melayari laman web Geran Khas Prihatin di https://gkp.hasil.gov.my/

Advertisement

Leave a Comment