Cara Mohon dan Daftar Bantuan e-Tunai Belia Rahmah 2023
Kemaskini! Permohonan dan Pendaftaran Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200 Tahun 2023 DiBuka. Syarat Kelayakan dan Semakan Status Kelulusan. Sumbanan Tunai Rahmah (STR) Kredit e-Tuna untuk Belia 18 hingga 20 Tahun
Bantuan e-Tunai Rahmah (e-Wallet) RM200 khas untuk rakyat Malaysia. Bantuan terbaru kepada rakyat Malaysia, Kerajaan telah mengumumkan bantuan khas kepada rakyat Malaysia bagi membantu meringankan beban dan menghadapi kemelesetan ekonomi yang semakin teruk ketika ini.

Dalam Belanjawan 2023 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, salah satu inisiatif yang diumumkan kepada golongan belia adalah pemberian e-Tunai Belia Rahmah sebanyak RM200 kepada belia berusia 18 hingga 20 tahun.
Pemberian e-Tunai Belia Rahmah ini akan melibatkan peruntukan kerajaan sebanyak RM400 juta.
Inisiatif e-Tunai ini selain membantu meringankan beban kos sara hidup belia, pemberian ini juga akan menggalakkan penggunaan e-Tunai untuk menjalankan transaksi pembelian.
Ini adalah salah satu inisiatif yang diumumkan oleh kerajaan yang diumumkan dalam Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM388.1 bilion.
Inisiatif e-Tunai
Inisiatif e-Tunai ini juga telah dijalankan sebelum ini pada setiap tahun khusus kepada golongan belia.
Dalam Belanjawan 2022 sebagai contoh, kerajaan sebelum ini juga telah mengumumkan pelaksanaan ePemula berjumlah RM200 kepada belia 18 tahun sehingga 20 tahun yang layak.
Inisiatif tersebut melibatkan 4 penyedia perkhidmatan e-Tunai yang akan terlibat iaitu:
- Touch n Go eWallet
- GrabPay
- Shopee Pay
- BigPay
Penerima Yang Layak
Setakat ini, penerima yang layak untuk menerima inisiatif ini adalah belia yang berumur 18 hingga 20 tahun.
- Kumpulan belia berumur 18-20 tahun
- Masih menuntut di Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS)
Kadar Bantuan
Bantuan eTunai ini dinaikkan daripada RM150 kepada RM200.
Kerajaan meneruskan bantuan ini kerana untuk mencapai matlamat rakyat Malaysia boleh melakukan transaksi tanpa tunai.
Cara Mendaftar
Untuk membuat pendaftaran bagi mendapatkan e-Tunai ini, pihak Kementerian Kewangan akan memaklumkan langkah-langkah untuk mendaftar dalam masa terdekat.
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai inisiatif lain di dalam Belanjawan 2023, layari laman web Kementerian Kewangan di pautan https://www.mof.gov.my/.
Advertisement