Advertisement

Cara Mohon Program GENIUS Negara di Seluruh Malaysia Tahun 2022

Kemaskini! Permohonan Untuk Menyertai Program GENIUS Negara 2022 Di Buka Sekarang. Apa itu Program Genius Negara | Syarat Kelayakan dan Kemasukan serta Yuran Bayaran | Semakan Keputusan Permohonan | Senarai Lokasi Pusat Anak Genius Negara

Program GENIUS Negara diwujudkan sebagai progam asuhan dan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti kepada kanak-kanak di bawah umur 4 tahun terutamanya dalam kalangan keluarga yang berpendapatan rendah.

Advertisement

Program ini membolehkan kanak-kanak di bawah umur 4 tahun bermain sambil belajar serta menerokai bidang-bidang kegemaran mereka.

Permohonan untuk menyertai Program GENIUS Negara di Pusat Anak GENIUS Negara seluruh Malaysia telah dibuka sekarang dan tarikh tutup permohonan adalah pada 15 Oktober 2021. 

Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk menghantar anak-anak menyertai program di Pusat Anak GENIUS Negara (PAGN), sila lengkapkan borang permohonan dan senarai semak yang dilampirkan pada pautan berikut:  

Lampiran-A-2-Borang-Permohonan-Anak-v2

Maklumat-PAGN-dan-PPAK-IG

MUAT TURUN BORANG => KLIK SINI

Sila hubungi talian 03-88805151 untuk maklumat lanjut.

Apakah Program GENIUS Negara

  • Merupakan program asuhan dan didikan awal kanak-kanak yang holistik dan menyeluruh.
  • Progam ini menggunakan kokurikulum yang mengintegrasikan secara bersepadu asas asuhan lengkap dan asas awal yang holistik.
  • Menggunakan pedagogi belajar melalui bermain.
  • Program ini menggunakan konsep 3E iaitu meneroka, mengeksperimen dan mengalami (Exploring, Experimenting, and Experiencing).

Anak-anak yang terpilih akan ditempatkan di salah satu daripada 89 PAGN seluruh negara.

Syarat-Syarat Kemasukan

Terdapat beberapa syarat bagi ibu bapa yang berminat untuk menghantar anak mereka ke Program GENIUS Negara iaitu:

  1. Anak tersebut mestilah warganegara Malaysia.
  2. Beusia 4 tahun ke bawah.
  3. Keutamaan diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai pendapatan isi rumah di bawah RM4,000.00 sebulan.

Maklumat Lanjut

Bagi ibu bapa yang mempunyai pertanyaan lanjut boleh menghubungi Bahagian GENIUS, KPM di talian 03-8880 5151.

Selain itu, para ibu bapa juga boleh melayari laman web KPM di alamat https://www.moe.gov.my/.

Advertisement

Leave a Comment