Advertisement

Cara Daftar dan Semak MyJPJ – Lesen Memandu dan Cukai Jalan Roadtax Digital Secara Online

Kemaskini! Cara Daftar MyJPJ | Cara Login MyJPJ | Cara Semak MyJPJ | Pelaksanaan Lesen Memandu Digital (e-LMM) & Cukai Jalan Digital (e-LKM) Online MyJPJ

Pelekat Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) atau lebih dikenali sebagai ‘roadtax’, tidak lagi perlu dipamerkan pada kenderaan persendirian milik rakyat Malaysia.

Advertisement

Mulai 10 Februari 2023, pemilik kenderaan persendirian yang merupakan warganegara boleh menggunakan mod paparan LKM Digital (e-LKM) dan LMM Digital (e-LMM) melalui Portal Awam JPJ atau Aplikasi Mobile MyJPJ di bawah satu projek perintis (secara in-house).

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menerusi sebuah kenyataan media berkenaan Inisiatif Pendigitalan Perkhidmatan Teras JPJ.

Cara Semakan Cukai Jalan (e-LKM) & Lesen Memandu (e-LMM) Online MyJPJ

Berikut dikongsikan cara membuat semakan dan pendaftaran bagi eLKM dan eLMM di Portal MyJPJ online dengan menggunakan ID MySikap Awam.

  1. Daftar sebagai pengguna MySikap melalui pautan https://public.jpj.gov.my/
  2. Muat turun aplikasi MyJPJ
  3. Log masuk ke aplikasi MyJPJ menggunakan ID MySikap
  4. Buat semakan lesen memandu digital dan cukai jalan secara online.

DOWNLOAD APLIKASI MYJPJ:

  1. Google Playstore : https://play.google.com/store/apps/details?id=com.jpj.jpj_info
  2. Apple App Store : https://apps.apple.com/my/app/myjpj/id6443821311

Jika anda masih belum berdaftar di Portal MySikap, sila daftar terlebih dahulu.

Sila rujuk langkah-langkah di bawah untuk tutorial pendaftaran ID MySikap:

LANGKAH 1 : Tekan ‘Daftar Akaun Baharu’

LANGKAH 2: Masukkkan nombot kad pengenalan tanpa sengkang

LANGKAH 3 : Isikan maklumat dalam ruang yang disediakan

LANGKAH 4 : Jawab soalan keselamatan

Simpan rekod bagi maklumat yang telah dimasukkan.

LANGKAH 5 : Tetapkan kata laluan

SELESAI!

Anda akan dibawa ke paparan utama seperti berikut:

SEMAKAN LESEN MEMANDU DAN CUKAI JALAN DIGITAL

Setelah berjaya log masuk, anda boleh melihat pelbagai perkhidmatan secara atas talian yang boleh dilakukan.

Antaranya:

  1. Bidaan nombor kenderaan
  2. Semakan nombor terkini
  3. Semakan lesen kenderaan
  4. Semakan lesen memandu
  5. Semakan keputusan Ujian
  6. Semakan saman
  7. Semakan senarai hitam

Selain pendaftaran online, anda juga boleh mendapatkan ID MySikap melalui mana-mana kios JPJ berdekatan, kaunter JPJ, atau mana-mana kaunter bergerak kenderaan JPJ Mobil.

Orang awam digalakkan mendaftar akaun MySikap masing-masing secara digital melalui portal awam JPJ [https://public.jpj.gov.my/] ataupun aplikasi mobile MyJPJ.

SEMAKAN LESEN MEMANDU (eLMM)

Semakan lesen memandu boleh dilakukan melalui aplikasi ini dengan memilih menu SEMAKAN LESEN MEMANDU.

Berikut adalah paparan yang akan anda lihat :

Anda boleh memuat turun lampiran eLKM seperti di bawah:

SEMAKAN LESEN KENDERAAN MOTOR eLKM (CUKAI JALAN / ROAD TAX)

Anda juga boleh membuat semakan lesen kenderaan motor dan memuat turun secara digital.

Berikut adalah lampiran paparan eLKM melalui MyJPJ :

Sumber: Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT)

Advertisement

Leave a Comment