Cara Mohon dan Tebus Baucar Subsidi FLYsiswa Tahun 2026
Permohonan dan Cara Tebus Bantuan Subsidi Pembelian Tiket Penerbangan Untuk Pelajar Universiti Awam FLYsiswa 2026. syarat Kelayakan dan semakan Kelulusan Permohonan.
Kerajaan Malaysia telah membuat keputusan untuk melaksanakan inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam (UA) iaitu FLYsiswa bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.

Kadar Bantuan FLYSiswa 2026
Kadar bantuan FLYsiswa 2026 adalah sebanyak RM400.
Pemberian bantuan subsidi ini bakal memanfaatkan pelajar dari universiti awam, politeknik, IPG, dan matrikulasi, serta pelajar yang menggunakan penerbangan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak, dan Labuan.
Tarikh Permohonan Baucar
Tarikh permohonan baucar adalah pada 1 Januari 2026 hingga 30 November 2026.
Terma & Syarat Permohonan
Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
- Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajian di universiti awam pada tahun 2026 dalam kategori berikut;
- berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
- berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
- berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
- berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
- Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
- Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Aviation Group (Malaysia Airlines/ MASwings/ FireFly), AirAsia, Batik Air dan MYAirline;
- Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja daripada mana-mana satu (1) syarikat penerbangan; dan
- Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2026. Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Fasa Permohonan Bantuan FLYsiswa 2026
Bagi pelajar sedia ada atau pelajar yang baru sahaja ingin menyambung pelajaran di universiti awam atau di pusat pengajian tinggi yang ada dinyatakan di bahagian sebelum ini. Berikut merupakan fasa atau tarikh permohonan yang perlu anda tahu, jika anda ingin memohon bantuan subsidi penerbangan kapal terbang ini:
- Fasa 1 – Mulai 1 Januari 2026
- Pelajar sedia ada dan baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing sehingga 30 September 2025
- Fasa 2 – Mulai 1 Mac 2026
- Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Oktober sehingga 31 Disember 2025.
- Fasa 3 – Mulai 1 Julai 2026
- Pelajar baharu yang berdaftar dengan institusi pendidikan tinggi masing-masing antara 1 Januari sehingga 31 Mac 2026
Tarikh Penebusan / Pembelian Tiket Kapal Terbang
Bagi anda yang telah layak untuk memohon subsidi penerbangan IPT ini, anda boleh melakukan penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan sehingga 31 Disember 2026 sahaja.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
Cara Semakan Kelayakan Bantuan Tiket Kapal Terbang Pelajar IPT
Bagi pelajar IPT yang ingin melakukan permohonan bantuan subsidi kapal terbang ini, anda boleh melakukan semakan kelayakan di laman rasmi https://subsidiudara.mot.gov.my
Sila masukkan nombor MyKad dan pilih Nama Institusi untuk semakan.
Bagi yang layak anda boleh terus melakukan permohonan bantuan daripada mana-mana syarikat penerbangan yang dinyatakan dan jika anda tidak layak anda boleh mencuba sekali lagi dengan membuat rayuan semula.
Cara Pembelian Tiket
Setelah membuat semakan, pelajar yang layak boleh membuat permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan dariapda mana-mana satu syarikat penerbangan berikut:
- Malaysia Airlines
- AirAsia
- BatikAir
- Firefly
- MASwings
Pemberian bantuan subsdidi tiket kapal terbang ini akan dilaksanakan melalui kaedah pemberian credit shell iaitu syarikat penerbangan akan mengeluarkan baucar digital kepada setiap pelajar yang layak untuk ditebus bagi pembelian tiket penerbangan laluan domestik.
Sekiranya harga tiket yang dibeli adalah kurang daripada RM400, baki baucar digital akan kekal dalam credit shell dan boleh digunakan untuk pembelian tiket seterusnya.
Rayuan Flysiswa
Untuk membuat permohonan rayuan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan ini, para pelajar universiti awam perlu mengambil langkah-langkah seperti berikut:
- Membuat semakan kelayakan melalui laman sesawang Kementerian Pengangkutan. Sekiranya pelajar didapati tidak layak, pelajar boleh klik rayuan bagi memulakan permohonan rayuan;
- Mengisi maklumat-maklumat pelajar yang dipohon bagi semakan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing;
- setelah diperakukan dan disahkan pentadbir di institusi pendidikan masing-masing dan Kementerian Pendidikan Tinggi bagi universiti awam, kolej komuniti dan politeknik atau Kementerian Pendidikan bagi kolej matrikulasi dan institusi pendidikan guru, pelajar akan mendapat e-mel pemakluman kelulusan rayuan; dan
- pelajar boleh meneruskan permohonan bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan di syarikat penerbangan yang dipilih oleh pelajar.
*NOTA : tempoh untuk pelajar membuat rayuan adalah sehingga 31 Ogos 2026.
Soalan Lazim
Apakah yang dimaksudkan dengan FLYsiswa?
FLYsiswa ialah bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk pelajar Universiti Awam, Politeknik, Kolej Komuniti di bawah KPT, Kolej Matrikulasi dan Institusi Pendidikan Guru KPM bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Syarikat penerbangan manakah yang terlibat dalam inisiatif ini?
Baucar hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan Malaysia Airlines, AirAsia, Batik Air, Firefly dan MASwings.
Apakah laluan dan kelas penerbangan yang dibenarkan?
Bantuan subsidi ini hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung/ Sabah/ Sarawak/ Labuan).
Bilakah tarikh akhir permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan?
Tarikh akhir permohonan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 30 November 2026.
Bilakah tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan?
Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2026.
Bilakah tarikh permohonan rayuan dibuka?
Tarikh akhir untuk pelajar membuat rayuan adalah pada 31 Ogos 2026.
Info Lanjut
Info lanjut mengenai FLYsiswa, sila layari laman web https://www.mot.gov.my/my
Advertisement
