Cara Semakan SARA 2026 – Jadual Tarikh Bayaran, Jumlah Bantuan

Kemaskini!! Cara Semakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026

SARA RM100 one-off untuk Semua 2026

Perdana Menteri telah mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pada 9 Februari 2026.

Advertisement

Bukan penerima STR je dapat, semua yang berusia 18 tahun ke atas layak dapat!

Bantuan SARA akan dimasukkan terus ke MyKad (bukan akaun bank) bagi pembelian barangan asas di kedai MyKasih berdaftar.

Semakan status kelayakan SARA boleh dibuat melalui laman web rasmi https://sara.gov.my/ atau laman web MyKasih https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

  • Jumlah Bayaran: RM100 (one-off)
  • Tarikh: 9 Februari 2026
  • Siapa yang layak: Semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas

emakan SARA – Cara Semak Kelayakan

Semakan kelayakan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) untuk tahun 2026 boleh dilakukan melalui beberapa kaedah berikut:

1. Semakan SARA Melalui Portal MyKasih

  1. Layari laman semakan rasmi MyKasih di  https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus
  2. Masukkan nombor MyKad tanpa tanda sempang. 
  3. Klik “Semak Status” untuk melihat kelayakan, baki bantuan dan senarai kedai berdaftar

Semakan SARA Melalui Portal MySTR

  1. Layari portal rasmi MySTR di pautan berikut: https://bantuantunai.hasil.gov.my
  2. Log masuk menggunakan nombor MyKad dan kata laluan.
  3. Klik menu “Semakan Permohonan” 
  4. Status permohonan STR dan SARA, maklumat pembayaran dan tarikh bayaran akan dipaparkan.

Kadar SARA 2026 (Bantuan Bulanan)

Selain bantuan one-off, terdapat juga bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) untuk tahun 2026 seperti berikut:

  • Semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan menerima bantuan SARA sebanyak RM100 sebulan.
  • Golongan miskin tegar yang tersenarai di bawah pangkalan data e-Kasih layak menerima sehingga RM200 sebulan SARA.
  • Individu bujang yang tidak lagi menerima STR akan diberikan RM50 sebulan sebagai SARA.
  • Jumlah maksimum bantuan yang diterima oleh isi rumah berpendapatan RM2,500 ke bawah dengan lima anak atau lebih boleh mencapai sehingga RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR dan SARA.
  • SARA bulanan ini akan dikreditkan secara berperingkat ke dalam MyKad penerima mulai 9 Januari 2026.

Penstrukturan semula ini mengurangkan bayaran tunai STR sebanyak RM300 bagi semua kategori isi rumah tetapi diimbangi dengan kenaikan RM300 dalam SARA. 

Miskin tegar pula menerima tambahan RM1,200 dalam bentuk kredit SARA menjadikan jumlah keseluruhan kredit pembelian sebanyak RM2,400 setahun. 

Kadar STR sebanyak RM600 dikekalkan untuk warga emas bujang berpendapatan kurang dari RM5,000 sebulan manakala bantuan SARA mereka dinaikkan daripada RM450 setahun kepada RM600. Untuk bujang bawah 60 tahun, STR digantikan dengan SARA RM600 setahun. 

Cara Tebus SARA Menggunakan MyKad

Untuk menebus SARA, rujuk langkah pembelian seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan asas yang layak dibeli dari 14 kategori yang mempunyai label SARA atau MyKasih di rak harga kedai runcit berdaftar. Contohnya beras, minyak masak, telur, makanan dalam tin, biskut, tepung, bahan perasa, barangan sekolah, produk penjagaan diri, dan ubat-ubatan.
  2. Tunjukkan MyKad anda di kaunter semasa hendak membayar sebagai pengesahan penerima bantuan.
  3. Tukar PIN sementara MyKad (6 digit pertama No. MyKad) kepada PIN baru bagi keselamatan transaksi.
  4. Juruwang akan mengimbas barangan terpilih.
  5. Masukkan PIN 6 digit anda untuk mengesahkan transaksi, dan nilai bantuan SARA akan ditolak secara automatik dari kredit dalam MyKad.
  6. Simpan resit sebagai bukti pembelian dan rujukan baki akaun.

Bantuan SARA yang disalurkan dalam MyKad boleh digunakan sepanjang tahun dan baki tidak digunakan dalam satu bulan akan dibawa ke bulan berikutnya. Penggunaan sistem ini memudahkan penerima mendapatkan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai serta memantau penggunaan bantuan secara lebih berkesan.

Maklumat Lanjut

Maklumat lanjut berkenaan MyKasih atau SARA 2026 sila rujuk/layari:

Unutk Info Lanjut Senarai Bantuan Kerajaan Terkini KLIK Sini!

Advertisement

Leave a Comment