Advertisement

Cara Mohon Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2022/2023

Kemaskini! Permohonan Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti Sesi 2022/2023 bagi Program Sepenuh masa | Syarat Kemasukan dan Tarikh Pendaftaran bagi lepasan SPM.

📢 SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI BAGI SESI II 2022/2023
 
👩‍💻 SEMAKAN KEPUTUSAN DAN RAYUAN KEMASUKAN KE POLITEKNIK DAN KOLEJ KOMUNITI boleh dibuat mulai 02 Januari 2023 (bermula jam 5 Petang) melalui URL http://ambilan.mypolycc.edu.my  
.
.
💬 MAKLUMAT LANJUT /HUBUNGI :
📨 Emel – [email protected]  
☎ No Pejabat – 0388883837 (waktu pejabat)
📱 WhatsApp – 0198683738 (WhatsApp sahaja) www.wasap.my/60198683738/intakepolycc2022 
🖥 Web – http://ambilan.mypolycc.edu.my

Pengajian politeknik di Malaysia merupakan alternatif bagi pelajar untuk melanjutkan pengajian di peringkat Sijil Kemahiran Politeknik, Pra Diploma Politeknik, Diploma dan Sarjana Muda dan berada di bawah kawalselia Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti.

Advertisement

Pendidikan di Politeknik mula diperkenal di Malaysia melalui penubuhan politeknik pertamanya, Politeknik Ungku Omar di Ipoh di bawah United Nations Development Planpada tahun 1969.

Kelebihan Belajar Di Politeknik

  • Institusi milik penuh Kerajaan
  • Program pengajian yang diiktiraf
  • Lokasi di seluruh negara
  • Yuran yang berpatutan
  • Peluang pekerjaan yang cerah
  • Peluang melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi

Senarai Politeknik di Malaysia

Terdapat 36 Politeknik di Malaysia mengikut kategori berikut :

  • 3 Politeknik Premier
  • 28 Politeknik Konvensional
  • 5 Politeknik METro

Senarai lokasi politeknik dan program yang ditawarkan di setiap politeknik tersebut boleh dirujuk di SINI.

Syarat Umum Kemasukan Politeknik dan Kolej Komuniti 2022

Syarat Umum Kemasukan ke Politeknik :

Politeknik Premier

5 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan

Politeknik Konvensional / METrO

3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

  • Subjek mata pelajaran yang perlu diambil kira:
    • Bahasa Melayu (Wajib Lulus)
    • Sejarah (Wajib Lulus)
    • Bahasa Inggeris
    • Matematik
    • Sains / Fizik atau Kimia

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :

Diploma

Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Syarat Umum Kemasukan ke Kolej Komuniti :

Diploma

Lulusan Sijil Kolej Komuniti

Lepasan SPM – Lulus SPM dengan 3 Kepujian bagi mata pelajaran yang telah ditetapkan.

Sijil Kolej Komuniti

Lulus SPM (Lulus Bahasa Melayu & Sejarah)

Permohonan Kemasukan Politeknik Sesi 2022/2023

Permohonan kemasukan ke program Sijil dan Diploma untuk Sesi 2022/ 2023 dibuka melalui eBorang Politeknik.

Permohonan kemasukan ke Politeknik/ Politeknik Premier adalah melalui Aplikasi Dalam Talian http://ambilan.mypolycc.edu.my dan permohonan dibuka secara berkala setiap tahun (tertakluk kepada pindaan)

Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah pada 28 Jun 2022.

Semakan Permohonan Politeknik 2021 / 2022

Calon-calon yang mengemukakan permohonan UPUOnline bagi program Diploma Politeknik berikut:

  • Diploma Kejuruteraan Penyenggaraan Pesawat
  • Diploma Kejuruteraan Perkapalan
  • Diploma Rekabentuk Grafik
  • Diploma Rekabentuk Industri
  • Diploma Rekabentuk Fesyen dan Pakaian

boleh membuat semakan panggilan temuduga di portal ini dijangka mulai jam 6.00 petang 09 Mei 2022.

Sila layari http://ambilan.mypolycc.edu.my/ untuk semakan status anda.

Tarikh-Tarikh Penting Permohonan Politeknik & Kolej Komuniti 2022

Sila rujuk tarikh-tarikh berikut untuk semakan panggilan dan sesi temuduga.

Diploma Sepenuh Masa Politeknik
Permohonan melalui UPU
Borang Permohonan dibuka04 Februari 2022
Borang Permohonan ditutup31 Mac 2022
Semakan Panggilan Temuduga09 Mei 2022
Sesi Temuduga19-23 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan22 Julai 2022
Cetakan Surat Tawaran25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan dibuka22 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan ditutup31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup28 Jun 2022
Semakan Panggilan Temuduga07 Julai 2022
Sesi Temuduga11-15 Julai 2022
Semakan Keputusan Permohonan25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:
Senarai Program & Syarat KemasukanYuran
 
Diploma Sepenuh Masa Kolej Komuniti
Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti
Borang Permohonan dibuka31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:
Senarai Program & Syarat KemasukanYuran
 
Diploma Separa Masa Politeknik (KSS)
Ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
 
Sijil Kolej Komuniti
Permohonan melalui UPU
Borang Permohonan dibuka04 Februari 2022
Borang Permohonan ditutup31 Mac 2022
Semakan Keputusan Permohonan22 Julai 2022
Cetakan Surat Tawaran25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Permohonan melalui eBorang Kolej Komuniti
Borang Permohonan dibuka31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan25 Julai 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:
Senarai Program & Syarat KemasukanYuran
 
Pra Diploma Politeknik
Ditunda ke satu tarikh yang akan dimaklumkan kemudian
 
Sijil Kemahiran Khas Politeknik
Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka31 Mac 2022
Borang Permohonan ditutup28 Jun 2022
Semakan Keputusan Permohonan25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka25 Julai 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup31 Julai 2022
Semakan Keputusan Rayuan22 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 15 Ogos 2022
Maklumat lanjut:
Senarai Program & Syarat KemasukanYuran
 
Sarjana Muda Politeknik
Permohonan melalui eBorang Politeknik
Borang Permohonan dibuka17 Mei 2022
Borang Permohonan ditutup15 Julai 2022
Semakan Panggilan Temuduga22 Julai 2022
Sesi Temuduga26-27 Julai 2022
Semakan Keputusan Permohonan12 Ogos 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang dibuka12 Ogos 2022
Borang Permohonan Rayuan eBorang ditutup21 Ogos 2022
Semakan Keputusan Rayuan26 Ogos 2022
Pendaftaran Pelajarbermula 05 September 2022
Maklumat lanjut:
Senarai Program & Syarat KemasukanYuran
Tarikh Kemaskini: 29 Mac 2022

* TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN

Maklumat Lanjut Permohonan Politeknik

Untuk maklumat lanjut tentang permohonan Politeknik atau Kolej Komuniti, sila layari:

http://ambilan.mypolycc.edu.my/

ATAU

Hubungi saluran berikut:

Bahagian Ambilan dan Pembangunan Pelajar
Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti,
Aras 6, Galeria PjH,
Jalan P4W, Persiaran Perdana,
Presint 4,
62100 Putrajaya.

Media sosial:

Advertisement

Leave a Comment