Cara Mohon Online Kemasukan ke Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2025/2026

Kemaskini! Permohonan kemasukan ke Kolej MARA dan Kolej Profesional MARA bagi ambilan Julai Sesi 2025/2025 telah pun dibuka sehingga 25 MEI 2025.

Kepada adik-adik lepasan SPM yang ingin menyambung pengajian peringkat diploma,
anda boleh memohon secara online di portal rasmi MARA.

Advertisement

Permohonan Kemasukan ke kolej MARA (KM) dan Kolej Profesional MARA (KPM) Sesi 2 2025/2026 KINI TELAH DIBUKA

>>>Untuk memohon klik disini (https://hi-edu.my/)
>>>Klik di sini Manual Pengguna SPUPIM
>>>Klik di sini Garis Panduan Permohonan
>>>Klik di sini Soalan Lazim KPM

Tarikh Tutup:  25 MEI 2025

Syarat Kelayakan

  • Warganegara Malaysia bertaraf Bumiputera;
  • Berumur 18 sehingga 35 tahun;
  • Lepasan Sijil Pelajaran Malaysia.

Kemudahan Yang Ditawarkan

  • Kemudahan penginapan asrama
  • Pemberian Elaun Sara Hidup
  • Tiket penerbangan bagi pelajar Sabah, Sarawak & Labuan
  • Graduan bebas hutang – pelajar yang berjaya menamatkan pengajian akan dikecualikan daripada membayar Elaun Sara Hidup yang diterima sepanjang pengajian

KEISTIMEWAAN KOLEJ PROFESIONAL MARA (KPM)

KPM adalah kolej bantuan penuh Kerajaan di mana yuran pengajian telah dibiayai oleh MARA.

Pelajar hanya perlu membayar wang pendaftaran, Koperasi dan Muafakat, buku teks dan lain-lain pembayaran keperluan pengajian di Kolej Profesional MARA.

Kesemua program yang telah cukup tempoh pengajian telah mendapat pengiktirafan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan sijil akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). Bagi program baharu, pihak Kolej Profesional MARA sedang dalam proses untuk mendapatkannya.

Tarikh-tarikh Penting

Cara Permohonan Kolej Profesional MARA

Sila layari https://hi-edu.my/ untuk memohon.

Rujuk MANUAL PERMOHONAN melalui lampiran di bawah:

Calon dibenarkan mendaftar, mengemaskini atau meminda
maklumat permohonan sebelum tarikh tutup permohonan. Hanya
pindaan yang terkini sahaja akan diambil kira untuk tujuan
penyimpanan data.

Calon hendaklah memastikan proses permohonan adalah
lengkap dengan mencetak Slip Pengesahan Permohonan
sebagai bukti permohonan telah dibuat.

Bukti permohonan calon yang telah dicetak tidak perlu dihantar dan hanya untuk simpanan pihak calon sahaja.

Hubungi kami di:

Facebook : https://www.facebook.com/hiedumara

Emel : [email protected]

Baca Juga : Senarai Biasiswa Lepasan SPM DiBuka Untuk Permohonan

Baca Juga : Cara Mohon Online Kemasukan Asasi MARA

Untuk Permohonan Layari : http://apponline.mara.gov.my/upimonline/

Advertisement

19 Pingbacks

Leave a Comment