Advertisement

Cara Dapatkan My50 | Pas Perjalanan Tanpa Had RapidKL | LRT | MRT | Monorel dan Bas Rapid

Kemaskini! | My50 : Pas Perjalanan Tanpa Had RM50 LRT, MRT, Monorel & Bas Rapid | Permohonan Pas Perjalanan Tanda Had Tahun 2022

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pengangkutan telah memperkenalkan pas My50, sebuah pas tanpa had untuk pengguna perkhidmatan Rapid KL.

Advertisement

Pas baharu yang berharga RM50/bulan ini akan menggantikan pas My30 semasa (RM30/bulan) mulai 1 Januari 2022.

Pas ini hanya tersedia untuk rakyat Malaysia dan pas pengangkutan ini telah diumumkan semasa pembentangan Belanjawan 2022 pada Oktober walaupun idea asalnya boleh dikesan seawal Disember 2018 lagi.

Kelebihan pas My50

Bergantung kepada di mana lokasi, manfaat pas perjalanan ini mungkin berbeza seperti yang berikut:

  1. Lembah Klang: My50 ialah pas perjalanan tanpa had yang menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had di Rapid KL LRT, MRT, Monorel, BRT, bas Rapid KL dan perkhidmatan bas pengantara MRT di Lembah Klang.
  2. Pulau Pinang: My50 Mutiara Pass menawarkan 30 hari perjalanan tanpa had untuk semua rakyat Malaysia dengan perkhidmatan bas Rapid Penang.
  3. Kuantan: My50 tidak tersedia untuk perkhidmatan Rapid Kuantan.

Kelayakan

Sila maklum bahawa pas perjalanan tanpa had My50 hanya ditawarkan kepada warganegara Malaysia dengan MyKad atau ID MyTentera yang sah.

Pas tanpa had akan terikat dengan MyKad atau MyTentera anda.

Cara pembelian

a) Anda boleh membeli My50 dari Pejabat Khidmat Pelanggan Rapid KL di:

  • semua stesen LRT
  • semua stesen MRT
  • semua stesen Monorel
  • semua stesen BRT

Hab bas terpilih seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Pasar Seni
  • Chow Kit
  • KLCC
  • Sri Nilam
  • Puchong Utama
  • Pearl Point
  • Sunway Pyramid
  • Greenwood
  • Seksyen 2 Shah Alam

b) Kiosk Rapid Penang seperti yang disenaraikan di bawah:

  • Komtar
  • Weld Quay (Terminal B)
  • Penang Sentral
  • Bukit Jambul
  • Ibu Pejabat Rapid Penang (Lorong Kulit)
  • Kompleks Dato’ Kailan (Kepala Batas)
  • Balik Pulau
  • Bukit Mertajam

Penjimatan untuk rakyat

Pas My50 dijayakan dengan peruntukan RM115 juta di bawah Pelan Pemulihan Nasional yang mengurangkan tambang biasa RM200 kepada RM50 sebulan.

Subsidi kerajaan akan membolehkan Prasarana menyediakan kemudahan itu pada kadar yang berpatutan untuk penumpang yang bergantung kepada perkhidmatan mereka.

Pas My30 sebelum ini telah diperkenalkan pada Jun 2020 untuk membantu orang ramai mengharungi kesan COVID-19.

Sebelum wabak, pas perjalanan tanpa had untuk perkhidmatan bas dan kereta api Rapid KL termasuk LRT, BRT, MRT, monorel dan bas pengantara MRT berharga RM100/bulan.

Untuk maklumat lanjut mengenai pas My50 ini, sila layari laman rasmi MyRapid.

Advertisement

Leave a Comment