Advertisement

Cara Mohon Skim Bantuan Yayasan RISDA Tahun 2022

Kemaskini! Permohonan Skim Bantuan Yayasan RISDA 2022 (Borang & Permohonan) | Syarat Kelayakan dan cara permohonan. Biasiswa Pelajar dan Bantuan Laptop | Skim Bantuan Pesakit Kronik dan lain-lain

TAHUKAH ANDA YAYASAN RISDA MENYEDIAKAN SKIM BANTUAN UNTUK MEREKA YANG LAYAK?

Advertisement

Yayasan RISDA menyediakan beberapa Skim yang boleh memberi manfaat buat anda semua.

Yayasan RISDA atau ringkasannya YR adalah merupakan syarikat milik penuh RISDA telah telah diluluskan penubuhannya oleh Mesyuarat Pihak Berkuasa RISDA Kali Ke-224 pada 21 Februari 2013. Setelah melalui beberapa peringkat penilaian dan kelulusan, YR akhirnya telah diperbadankan secara rasmi mulai 22 Disember 2015.

Skim Bantuan Pendidikan Yayasan RISDA

Manfaat skim pendidikan yang boleh membantu adalah :

  • Biasiswa Pelajar UCAM (BPU)
    • RM6,800 – RM13,800 / Pelajar / Tahun mengikut jenis kursus
  • Bantuan Sara Hidup Pelajar UCAM (BSHPU)
    • RM15 Sehari / RM450 Sebulan / Pelajar
  • Skim Insentif Pelajar UCAM (SIPU)
    • RM500 One off
  • Bantuan Laptop Pelajar UCAM
    • 1 laptop / 1 pelajar
  • Insentif Pendidikan Staf
    • RM500 Diploma, Ijazah Sarjana Pertama dan Sijil Profesional (One-off)
    • RM750 Peringkat Sarjana dan Kedoktoran (One-off)
  • Anugerah Yayasan RISDA
    • RM2,000 one off

Syarat Kelayakan Utama

  1. Anak-anak komuniti RISDA
  2. Pendapatan isi rumah tidak melebihi RM4,849
  3. Melanjutkan pelajaran di University College Agroscience Malaysia (UCAM)

Skim Bantuan Pesakit Kronik Yayasan RISDA

Khusus buat Kakitangan dan Pesara RISDA Yayasan RISDA menyediakan SKIM BANTUAN PESAKIT KRONIK secara One-off.

Skim Bantuan Pesakit Kronik (SBPK) ini adalah untuk memberi kemudahan bantuan kewangan kepada anak-anak pekebun kecil, anak-anak warga kerja RISDA / Syarikat Milikan RISDA (SMR) /
pesara RISDA atau keluarga terdekat yang telah disahkan menghidap 36 jenis penyakit kritikal seperti di Lampiran 1.

Kadar bantuan adalah RM1,000 maksimum (one-off).

Syarat Kelayakan

  1. Staf RISDA / SMR, pesara RISDA (termasuk keluarga terdekat
    seperti suami / isteri / anak kandung / anak tiri / anak angkat).
  2. Tiada had pendapatan.
  3. Anak-anak yang masih di bawah tanggungan iaitu bawah 18
    tahun dan 21 tahun bagi yang masih belajar. Tiada had umur
    bagi anak yang berstatus OKU.

Cara Memohon

  1. Menggunakan borang YR 05-21 – SBPK
  2. Kemukakan salinan dokumen berikut :
    a. Kad pengenalan / sijil lahir pemohon/pesakit
    b. Kad pengenalan ibu bapa /penjaga yang sah
    c. Kad Pekerja/ Pesara (warga RISDA/SMR/ Pesara)
    d. Laporan / Surat Pengesahan Pegawai Perubatan Hospital
    Kerajaan Malaysia atau Hospital Pakar yang dikitiraf oleh
    Kementerian Kesihatan berkaitan penyakit yang dihidapi

Maklumat Lanjut

Rebutlah peluang yang sangat bermanfaat ini. RISDA sentiasa prihatin pada semua.

Maklumat lanjut berkaitan syarat permohonan boleh dapatkan di pautan :
https://www.risda.gov.my/my/sumber/muat-turun/borang-borang

Advertisement

Leave a Comment