Cara Semakan Kelayakan Budi MADANI (BUDI95)
Semakan Kelayakan Subsidi RON 95 Mulai 25 September 2025
Semakan kelayakan bagi inisiatif BUDI MADANI RON95 (BUDI95) boleh dibuat mulai 25 September 2025 (Khamis), kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Beliau berkata semakan boleh dilakukan secara dalam talian menerusi portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ atau melalui aplikasi Setel dan CaltexGO selepas proses verifikasi identiti selesai.

Pengguna hanya perlu memasukkan nombor kad pengenalan untuk mengetahui kelayakan subsidi yang diperoleh.
Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Portal Budi Madani
- Layari portal rasmi https://www.budi95.gov.my/ (mulai 25 September 2025)
- Masukkan kad pengenalan untuk semakan.
- Setiap penggunaan subsidi akan dipaparkan secara harian termasuk baki kelayakan. Had ditetapkan ialah 300 liter sebulan.
Cara Semakan Status Kelayakan Subsidi Petrol RON95 Melalui Aplikasi Setel
- Muat turun aplikasi Setel di pautan https://www.setel.com/
- Klik ‘Check Eligibility’ (NOTA: Pastikan akaun anda telah disahkan melalui proses verifikasi)
- Jika anda layak, baki anda akan dipaparkan dalam apps ini.
Cara Ganti MyKad Rosak
Jika anda nak isi minyak secara manual guna MyKad pun boleh je tanpa aplikasi. Kalau MyKad rosak seperti tidak boleh dibaca, cip bermasalah, atau fizikal kad seperti calar atau retak, anda boleh menukarnya dengan mudah melalui saluran yang disediakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Terdapat 4 cara untuk membuat gantian MyKad yang rosak, iaitu:
- Hadir ke kaunter JPN terdekat
- MyPhone-In : Permohonan melalui telefon di talian 03-88808066 (*Sila rujuk infografik di bawah)
- Permohonan dalam talian : Secara online melalui JPN E-Services
- Hadir ke bas & van bergerak JPN
Langkah-langkah Gantian MyKad Rosak:
- Hadir ke cawangan JPN
- Ambil nombor giliran kategori “ROSAK”
- Serahkan MyKad rosak dan maklumat diri kepada petugas JPN
- Bayar caj penggantian, seperti berikut:
- RM40 untuk MyKAS dan MyPR
- RM10 untuk MyKad
Tempoh siap MyKad:
- 30 minit di JPN Ibu Pejabat Negeri, UTC, dan cawangan terpilih
- 5 hari bekerja di cawangan Semenanjung Malaysia
- 7 hari bekerja di Sabah, Sarawak, dan Labuan
Permohonan hanya cepat jika tiada komplikasi pada kad atau maklumat peribadi
Pastikan MyKad anda sentiasa dalam keadaan baik. Jika rosak, cepatkan proses gantian untuk elak masalah semasa urusan rasmi.
- Info lanjut di: www.jpn.gov.my
- Ikuti juga @jpnhqofficial di media sosial untuk maklumat terkini.
Soalan Lazim Semakan Subsidi Petrol RON95 / BUDI95
Bila harga minyak petrol RON95 akan turun ke RM1.99?
Harga petrol RON95 akan turun ke RM1.99 seliter mulai 30 September 2025, menurut pengumuman Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Manfaat ini akan dinikmati lebih awal oleh anggota polis dan tentera mulai 27 September, serta penerima STR mulai 28 September.
Siapa yang akan menerima manfaat ini?
Langkah ini dijangka memberi manfaat kepada kira-kira 18 juta rakyat Malaysia, termasuk:
-Pemandu kereta
-Penunggang motosikal
-Belia seawal usia 16 tahun
-Pekerja gig (seperti penghantar makanan dan penunggang e-hailing)
Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Apakah skop subsidi bersasar ini?
Subsidi ini terbuka kepada rakyat Malaysia yang layak. Warganegara asing dan individu yang tidak layak perlu membayar harga pasaran tanpa subsidi, iaitu sekitar RM2.50 seliter.
Berapa perbezaan antara harga semasa dan harga baharu?
Harga semasa RON95 yang disubsidi adalah sekitar RM2.05 seliter.Harga baharu akan menjadi RM1.99 seliter. Perbezaannya kira-kira 6 sen lebih murah.
Apa mekanisme pelaksanaan yang akan digunakan?
Rakyat Malaysia hanya perlu mengimbas MyKad untuk mendapatkan harga subsidi baharu RON95 iaitu RM1.99/liter.
Pastikan cip MyKad anda berfungsi untuk digunakan bagi pengesahan identiti semasa mengisi minyak.
Jika cip rosak, silalah ke mana-mana kaunter Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di seluruh negara untuk penggantian segera atau mohon penggantian secara online.
Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Setel, TNG dan CaltexGo.
