Advertisement

Cara Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan 4 Sesi 2024 / 2025

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024 / 2025

Kemaskini! Keputusan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 boleh di semak bermula 18 Januari 2024. Tarikh Pendaftaran dan Soalan Lazim serta keperluan untuk Pendaftaran Kemasukan dan Permohonan MRSM untuk Rayuan.

Cara Semakan Tawaran Kemasukan MRSM Tingkatan 1 & 4 Bagi Sesi 2024 / 2025 & Tarikh Pendaftaran

Advertisement

Terkini Pengerusi MARA, Dr Asyraf Wajdi Dusuki membuat hantaran di media sosial rasmi beliau bahawa keputusan kemasukan akan mula disiarkan pada 18 Januari 2024.

Difahamkan pada tahun ini beliau telah meminta Bahagian Pendidikan Menengah telah menyegerakan pengumuman keputusan kemasukan ke MRSM kerana prihatin dengan kos-kos kemasukan ke sekolah pada awal tahun nanti.

Pengumuman awal ini juga bagi mempermudahkan urusan ibu bapa dalam mempersiapkan anak-anak yang terpilih ke MRSM bagi sesi ini.

Cara Semakan Keputusan Kemasukan Ke MRSM 2024 / 2025

Sila layari laman web Mara untuk semakan.

Link semakan:

TINGKATAN 1

https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF1 ( 18 Januari 2024 )

TINGKATAN 4

https://mrsm.mara.gov.my/TawarMRSMF4 (18 Januari 2024 )

ATAU

Terus ke Portal Rasmi MARA : www.mara.gov.my

Tarikh Pendaftaran

Pendaftaran bagi pelajar baharu MRSM akan dikemaskini.

Kemaskini! Semakan Tawaran Permohonan Kemasukan Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) bagi Tahun 2023 untuk Tingkatan 1 dan 4. Syarat Kemasukan Terkini MRSM 2023 | Contoh Soalan Ujian UKKM MRSM | Tarikh Permohonan dan Kemasukan MRSM | Iklan MRSM 2023 dibuka minggu keempat Ogos

MRSM ditubuhkan selaras dengan matlamat dan keperluan negara untuk memberi kemudahan pelajaran pada peringkat menengah dalam bidang sains dan teknologi kepada pelajar-pelajar bumiputera yang pintar cerdas, mempunyai kebolehan akademik dan intelektual yang tinggi untuk mengembangkan potensi diri mereka.

MATLAMAT MRSM

MRSM merupakan institusi pendidikan untuk mendidik bakal-bakal saintis profesional yang bertaraf Nobel Laureate, usahawan tekno dan pemimpin dalam pelabagai bidang, serta mempunyai personaliti terpuji iaitu berakhlak mulia, cemerlang, serta berdaya saing pada peringkat global , cemerlang dan kompetitif.

FALSAFAH PENDIDIKAN MRSM

Sistem Pendidikan MRSM adalah suatu usaha yang berterusan, dinamik dan saintifik untuk mempertingkatkan kualiti kepada diri sendiri, masyarakat, negara dan Tuhan. Kami juga yakin bahawa maktab yang berkualiti dan cemerlang sentiasa peka dan komited kepada usaha-usaha meningkatkan kualiti, produktiviti kecemerlangan, penyuburan dan pengembangan potensi, kepimpinan dan kreativiti. Sesungguhnya setiap pelajar itu unik, istimewa dan berpotensi tinggi untuk terus maju dalam mencipta kecemerlangan.

Untuk makluman, kemasukan ke MRSM mulai tahun 2021 mewajibkan calon untuk menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM) bagi menguji potensi calon dan minat, membabitkan subjek Matematik, Sains dan bahasa Inggeris serta ujian Keperibadian.

Bagi pemohon yang memohon program Ulul Albab, mereka diwajibkan menduduki ujian hafazan sebagai syarat tambahan.

Calon perlu lulus keempat-empat UKKM untuk melayakkan diri dipertimbangkan memasuki MRSM dan keutamaan diberikan kepada golongan pelajar daripada keluarga berpendapatan rendah.

Berikut adalah maklumat lanjut tentang syarat kelayakan, info penting serta persediaan yang perlu diketahui untuk proses permohonan.

Program Yang Ditawarkan Di MRSM

Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) menyediakan sistem pendidikan yang berteraskan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) bagi melahirkan insan cemerlang yang holistik, inovatif dan berintegriti.

Terdapat 6 program dilaksanakan di MRSM seperti berikut:

  • Premier
    • Mengintegrasikan kurikulum kebangsaan dan kurikulum MARA
  • Ulul Albab
    • Gabungan kurikulum kebangsaan berteraskan STEM dengan program aliran agama termasuk Tahfiz Al-Quran
  • IGCSE
    • Menawarkan 2 sijil kepada pelajar iaitu Cambridge IGCSE dan SPM yang berteraskan STEM
  • IB MYP (Middle Years Programme)
    • Mengintegrasikan kerangka IB MYP yang berteraskan STEM
  • Teknikal
    • Menerapkan elemen teknikal berteraskan STEM melalui matapelajaran Sains Kejuruteraan
  • PKP (Program Khas Pendidikan)
    • Mengaplikasikan pembelajaran pintar cerdas dan pembangunan bakat pelajar yang berteraskan STEM

Permohonan MRSM 2022

Bagi pengambilan pelajar MRSM setiap tahun, MARA mempelawa pelajar tahun 6 dan tingkatan 3 yang berminat serta cemerlang dalam akademik, sahsiah diri, aktif dalam kegiatan kokurikulum bagi kemasukan ke tingkatan 1 dan 4.

Keutamaan pengambilan pelajar ini akan diberikan kepada pemohon daripada keluarga kategori pendapatan bawah 40 peratus (B40) yang tinggal di luar bandar dan bandar

Syarat Kemasukan Umum

  • Calon warganegara Malaysia.
  • Ibu atau bapa adalah warganegara Malaysia.
  • Calon mestilah memohon atas talian (online).
  • Calon mengikuti Kurikulum Kebangsaan serta Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) tahun semasa yang merangkumi Pentaksiran Pusat (UPSR/PT3), Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik (PPsi).
  • Calon mestilah berminat belajar di MRSM.
  • Calon mestilah mempunyai pencapaian akademik yang cemerlang.
  • Calon mestilah aktif dalam aktiviti kokurikulum.

Lokasi MRSM Seluruh Negara

Terdapat 54 lokasi MRSM di seluruh negara seperti yang disenaraikan di bawah.

Senarai MRSM Seluruh Malaysia

(Dikemaskini 2 Jun 2021)

BilNama MRSM (tahun penubuhan)AlamatLaman web
Koordinat GPS
1MRSM Pengkalan Chepa (1973)Pengkalan Chepa, 16100 Kota Bharu, KelantanWeb: http://pchepa.mrsm.edu.my
GPS: 6.156455, 102.294598
2MRSM Kuantan (1974)Jalan Tok Sira, Alor Akar, 25250 Kuantan, PahangWeb: http://kuantan.mrsm.edu.my
GPS: 3.821932, 103.352577
3MRSM Kuala Terengganu (1978)Wakaf Tengah, Mengabang Telipot, 21030 Kuala Terengganu, TerengganuWeb: kterengganu.mrsm.edu.my
GPS: 5.418874, 103.058377
4MRSM Muar (1980)KM 10, Jalan Bakri, 84200 Muar, JohorWeb: muar.mrsm.edu.my
GPS: 2.0396557, 102.6529548
5MRSM Tun Ghaffar Baba (1981)Jalan Sempang Kerayong, Batu 20 Sempang Kerayong, 77000 Jasin, MelakaWeb: tgb.mrsm.edu.my
GPS: 2.3018467, 102.4378226
6MRSM Balik Pulau (1982)Jalan Pondok Upeh, 11000 Balik Pulau, Pulau PinangWeb: bpulau.mrsm.edu.my
GPS: 5.3308729, 100.2255833
7MRSM Taiping (1982)Lot 1969 Jalan Bukit Larut, 34000 Taiping, PerakWeb: taiping.mrsm.edu.my
GPS: 4.863332, 100.758310
8MRSM Terendak (1983)Markas Infantri 3 Divisyen, Kem Terendak, 76200, Sungai Udang, MelakaWeb: terendak.mrsm.edu.my
GPS: 2.288794, 102.1125806
9MRSM Beseri (1985)Batu 8 1/2, Jalan Kaki Bukit, 01000 Kangar, PerlisWeb: beseri.mrsm.edu.my
GPS: 6.551369, 100.230703
10MRSM Kuala Berang (1987)Pejabat Pos Kuala Berang, Peti Surat 31, 21700 Kuala Berang, TerengganuWeb: kberang.mrsm.edu.my
GPS: 5.077556, 102.9776202
11MRSM Pasir Tumboh (1987)Desa Darulnaim, 16150 Pasir Tumboh, KelantanWeb: ptumboh.mrsm.edu.my
GPS: 6.0567907, 102.2832604
12MRSM Kuala Klawang (1987)Jalan Titi, Kuala Klawang, 71600 Jelebu, Negeri SembilanWeb: kklawang.mrsm.edu.my
GPS: 2.9781454, 102.0594212
13MRSM PDRM Kulim (1991)PKN Polis Hutan (PPH), KM 5, Jalan Junjung, 09000 Kulim, KedahWeb: pdrmkulim.mrsm.edu.my
GPS: 5.333151, 100.5354663
14MRSM Serting (1993)Bandar Baru Serting, 72100 Serting, Negeri SembilanWeb: serting.mrsm.edu.my
GPS: 2.9057209, 102.4010215
15MRSM Gerik (1993)Bukit Nasah, Kenayat, Peti Surat 7, 33300 Gerik, PerakWeb: gerik.mrsm.edu.my
GPS: 5.3837545, 101.0528849
16MRSM Kuching (1993)Jalan Sultan Tengah, Petra Jaya, 93050 Kuching, SarawakWeb: kuching.mrsm.edu.my
GPS: 1.6199169, 110.3428763
17MRSM Muadzam Shah (1995)Pesiaran Dara, Bandar Muadzam Shah, 26700 Muadzam Shah, PahangWeb: muadzam.mrsm.edu.my
GPS: 3.058962, 103.0787891
18MRSM Kota Putra (1998)Jalan Bukit Keluang, 22200 Besut, TerengganuWeb: kputra.mrsm.edu.my
GPS: 5.803724, 102.5883156
19MRSM Langkawi (1999)Lot PT 2146 Jalan Kisap, Mukim Kuah 07000 Langkawi, KedahWeb: langkawi.mrsm.edu.my
GPS: 6.3399938, 99.8660861
20MRSM Lenggong (2001)Changkat Berangan, 33400 Lenggong, PerakWeb: lenggong.mrsm.edu.my
GPS: 5.0346102, 100.9525719
21MRSM Mersing (2001)Lot 2824, KM 6, Jalan Jemaluang, 86800 Mersing, JohorWeb: mersing.mrsm.edu.my
GPS: 2.3885731, 103.8420915
22MRSM Pendang (2001)Jalan Jenun, 06750 Pendang, KedahWeb: pendang.mrsm.edu.my
GPS: 5.946085, 100.4783634
23MRSM Jeli (2001)Kg Gemang, 17700 Ayer Lanas, KelantanWeb: jeli.mrsm.edu.my
GPS: 5.749227, 101.8594016
24MRSM Tun Dr Ismail (2002)Jalan Benut, Jelutong, 82100 Ayer Baloi, Pontian, JohorWeb: tdi.mrsm.edu.my
GPS: 1.6112918, 103.3159138
25MRSM Tun Ghazali Shafie (2002)KM 7, Jalan Kuala Lipis, 27200 Kuala Lipis, PahangWeb: tgs.mrsm.edu.my
GPS: 4.171045, 102.100903
26MRSM Kota Kinabalu (2002)Peti Surat 50167, 88722 Putatan, Kota Kinabalu, SabahWeb: kkinabalu.mrsm.edu.my
GPS: 5.801117, 116.0127434
27MRSM Transkrian (2002)Mukim Transkrian, 14300 Nibong Tebal, Pulau PinangWeb: transkrian.mrsm.edu.my
GPS: 5.154467, 100.4812306
28MRSM Batu Pahat (2002)Jalan Simpang Lima Separap, 83000 Batu Pahat, JohorWeb: bpahat.mrsm.edu.my
GPS: 1.9196548, 102.8642597
29MRSM Kuala Kubu Bharu (2002)KM 8, Jalan Ampang Pecah, 44000 Kuala Kubu Baru, SelangorWeb: kkb.mrsm.edu.my
GPS: 3.5485065, 101.6739093
30MRSM Kuala Krai (2002)Kampung Padang Sembilan, KM 4, Lebuhraya Kuala Krai-Gua Musang, 18000 Kuala Krai, KelantanWeb: kkrai.mrsm.edu.my
GPS: 5.5030179, 102.2166715
31MRSM Pasir Salak (2003)KM 4, Jalan Tanjung Tualang, 36800 Kampung Gajah, PerakWeb: psalak.mrsm.edu.my
GPS: 4.2036317, 100.9611984
32MRSM Besut (2004)Jalan Tembila, Kampung Raja, 20200 Besut, TerengganuWeb: besut.mrsm.edu.my
GPS: 5.7807777, 102.5831957
33MRSM Gemencheh (2007)Lot P.T. 6016 dan 5282, Mukim Gemencheh, Kampung Sungai Dua, Jalan Besar, 73200 Gemencheh, Negeri SembilanWeb: gemencheh.mrsm.edu.my
GPS: 2.5813041, 102.4749767
34MRSM Alor Gajah (2007)Lot 1720, Mukim Ayer Pa’abas, 78000 Alor Gajah, MelakaWeb: agajah.mrsm.edu.my
GPS: 2.406788, 102.160456
35MRSM Kubang Pasu (2007)Lot 1929 (Lot Lama 518), Jalan Kampung Gelong, Kampung Hutan Terabak, Mukim Gelong, Daerah Kubang Pasu, 06000 Jitra, KedahWeb: kpasu.mrsm.edu.my
GPS: 6.3000382, 100.4128316
36MRSM Merbok (2007)Lot 1413, 1315, 1315 dan PT 1408, Jalan Taman Bujang, Mukim Bujang, 08400 Daerah Kuala Muda, KedahWeb: merbok.mrsm.edu.my
GPS: 5.7029956, 100.4348052
37MRSM Kepala Batas (2007)Lot 8784, Mukim 6 Jalan Bertam, 13200 Kepala Batas, Pulau PinangWeb: kbatas.mrsm.edu.my
GPS: 5.5198923, 100.4712263
38MRSM Tun Mustapha (2008)Peti Surat 61275, 91022 Tawau, SabahWeb: tmustapha.mrsm.edu.my
GPS: 4.2671424, 117.9481157
39MRSM FELDA (Trolak) (2008)Jalan Meranti 2, Felda Jaya Utara, 35600 Sungkai, PerakWeb: felda.mrsm.edu.my
GPS: 3.9219492, 101.3459567
40MRSM Pengkalan Hulu (2008)Lot 2097, Lot 2103, KM 1, Jalan Baling, 33100 Pengkalan Hulu, PerakWeb: phulu.mrsm.edu.my
GPS: 5.717676, 100.9887197
41MRSM Bentong (2009)Lot 2650 dan 1945, KM 63, Lebuhraya Kuala Lumpur – Karak, Mukim Bentong, 28700 Bentong, PahangWeb: bentong.mrsm.edu.my
GPS: 3.4749141, 101.9117489
42MRSM Betong (2009)Lot 175, Entaban Land District, Jalan Feeder, 95700 Betong, SarawakWeb: betong.mrsm.edu.my
GPS: 1.372588, 111.578399
43MRSM Mukah (2009)Jalan Bestari, 96400 Mukah, SarawakWeb: mukah.mrsm.edu.my
GPS: 2.8856949, 112.0743761
44MRSM Tun Abdul Razak (2010)Pulau Serai, KM 9, Jalan Kuantan – Pekan, 26600 Pekan, PahangWeb: tar.mrsm.edu.my
GPS: 3.5565664, 103.3889448
45MRSM Tumpat (2010)Lot 1090 & Lot 1405, Mukim Tujoh, Jalan Pengkalan Kubor, 16200 Pengkalan Kubor, Tumpat, KelantanWeb: tumpat.mrsm.edu.my
GPS: 6.2189655, 102.1193618
46MRSM Baling (2010)Lot 9892, Mukim Pulai, Daerah Baling, 09100 Baling, KedahWeb: baling.mrsm.edu.my
GPS: 5.6378633, 100.9045529
47MRSM Parit (2012)Lot 3836, Mukim Belanja, 32800 Daerah Perak Tengah, PerakWeb: parit.mrsm.edu.my
GPS: 4.4851305, 100.9171439
48MRSM Johor Bahru (2012)PTD 198869, Persiaran Sinaran Ilmu, Bandar Seri Alam, 81780 Masai, JohorWeb: jbahru.mrsm.edu.my
GPS: 1.5199117, 103.8916064
49MRSM Tun Mohammad Fuad Stephens (2013)Education Hub, Batu 10, Jalan Sungai Batang, 90000 Sandakan, SabahWeb: tmfs.mrsm.edu.my
GPS: 5.9091887, 117.9981854
50MRSM Kuala Kangsar (2015)KM13 Jln Kuala Kangsar-Gerik, Liman Kati, 33020 Kuala Kangsar, PerakWeb: kkangsar.mrsm.edu.my
GPS: 4.857722, 100.901615
51MRSM Sungai Besar (2016)Mukim Sungai Panjang, 45300 Sabak Bernam, SelangorWeb: sgbesar.mrsm.edu.my
GPS: 3.7086421, 101.1323036
52MRSM Arau (2017)Jalan ULU Pauh, FELCRA Ulu Pauh, 02600 Pauh, PerlisWeb: ra.mrsm.edu.my
GPS: 6.453018, 100.347270
53MRSM Semporna (2017)Kampung Bantayan, Jalan Tagasan, 91308 Semporna, SabahWeb: https://www.facebook.com/mrsmsemporna/
54MRSM Bagan Datuk (2021)Jalan Simpang Empat – Bagan Datuk, 36100 Bagan Datuk, PerakWeb: https://www.facebook.com/MRSM-UA-BAGAN-DATUK-103700978519454//
55MRSM ATM Bera (2021)Jalan Helang, Felda Triang 1, 28200 Bera, PahangWeb: https://www.facebook.com/mrsmbera/
56MRSM Ranaudalam pembinaan
57MRSM Bintuludalam pembinaan
58MRSM Dungundalam pembinaan
59MRSM Lawasdalam pembinaan

Cara Permohonan MRSM 2022 Bagi Pelajar Tingkatan 1 & Tingkatan 4

Berikut adalah langkah membuat permohonan MRSM bagi pada tahun 2022.

Anda boleh layari di :https://mrsm.mara.gov.my/mymrsm/

Perhatian kepada para pemohon, sistem Permohonan MRSM bagi kemasukan tahun 2022 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh dan masa yang akan dimaklumkan nanti.

Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM

Semua calon perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan MRSM (UKKM).

Bagi pemohon yang memilih program Ulul Albab dalam mana-mana pilihan, anda perlu menduduki Ujian Kecenderungan Kemasukan ke MRSM (UKKM) dan Ujian Khas Ulul Albab di pusat ujian yang sama.

Tempoh UKKM adalah selama 2 jam merangkumi 4 subjek.

Sila bawa bersama salinan kad pengenalan dan salinan sijil kelahiran pemohon, borang pengesahan pendapatan (jika perlu), borang pengesahan FELDA (jika perlu) dan slip menduduki UKKM.

Pemohon akan dimaklumkan berkaitan UKKM melalui SMS dan pemohon diminta untuk menyemak maklumat tersebut melalui sistem semakan.

Maklumat Lanjut

Sila layari portal MARA
http://www.mara.gov.my

Talian utama: 03-261 32000

E-mel : [email protected]

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment