Advertisement

Cara Mohon Bantuan Zakat Pelajar IPT Pulau Pinang

Kemaskini! Permohonan Bantuan Permulaan Ke IPT Zakat Pulau Pinang, MAINPP 2022 bagi Kemasukan IPT Dalam dan Luar Negara | Syarat Mohon dan Borang Permohonan, Semakan Kelulusan

Bantuan Permulaan ke IPT ini adalah satu bentuk bantuan untuk membantu mereka yang datang daripada golongan berpendapatan rendah untuk mendaftar di IPT sama ada dalam mahupun luar negara.

Advertisement

Tambahan pula, bantuan ini dibuka kepada pelajar yang menyambung pengajian di peringkat sijil atau matrikulasi, diploma, atau ijazah.

Bantuan permulaan ke IPT ini dibuka sepanjang tahun melalui laman web rasmi zakatpenang2u.com.

Kadar Bantuan

Kadar bantuan yang ditawarkan adalah mengikut peringkat pengajian iaitu:

  • Sijil atau matrikulasi: RM600
  • Diploma: RM800
  • Ijazah: RM1000
  • IPT Luar Negara: RM2,000 (maksimum)

Syarat Umum

Syarat umum yang perlu dipenuhi oleh pemohon yang berminat untuk memohon adalah seperti berikut:

  1. Permohonan terbuka untuk kemasukan permulaan ke IPT sahaja.
  2. Permohonan dibuka sepanjang tahun.
  3. Permohonan adalah sah dalam tempoh 6 bulan pertama daripada tarikh surat tawaran.

Syarat Khusus

Untuk pelajar yang menyambung pengajian di dalam negara, pemohon perlu memenuhi syarat khusus yang ditetapkan iaitu:

  1. Pemohon adalah pemastautin di Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan yang dibuat hendaklah dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran.
  3. Pemohon belum menerima tajaan dari mana-mana pihak.
  4. Permohonan hanya untuk pengajian sepenuh masa sahaja.
  5. Telah mendapat tawaran untuk belajar diperingkat sijil atau diploma atau ijazah pertama sahaja dan untuk kali pertama sahaja.
  6. Tempoh pengajian mestilah tidak kurang daripada tempoh setahun. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.

Pemohon yang menyambung pengajian di luar negara juga perlu memenuhi syarat khusus iaitu:

  1. Pemohon adalah pemastautin Negeri Pulau Pinang.
  2. Permohonan yang dibuat pada tahun semasa sahaja dan dibuat dalam tempoh enam bulan dari tarikh surat tawaran diterima. Untuk kes-kes pendaftaran lewat, perlu dikemukakan bersama surat pengesahan IPT yang berkenaan.
  3. Untuk pelajar yang bukan di bawah STAM negeri, Zakat Pulau Pinang akan merujuk terus kepada passport pelajar. Hanya lampiran bahagian yang tertera maklumat peribadi pelajar yang diperlukan untuk passport semasa dan bagi passport lama, pelajar perlu mengemukakan salinan muka surat terakhir yang telah dicop.
  4. Permohonan hanya akan dipertimbangkan untuk kursus-kursus yang boleh memberi manfaat kepada agama dan masyarakat
  5. Tempoh kursus pengajian hendaklah sekurang-kurangnya setahun.

Cara Memohon

Untuk memohon, permohonan boleh dilakukan dengan mengikuti langkah-langkah berikut:

  1. Sila layari laman web zakatpenang2u.com.
  2. Klik butang ‘Log Masuk’
  3. Klik bahagian ‘Daftar Akaun Anda.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Hantar.’
  5. Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
  6. Isi maklumat peribadi yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  7. Klik bahagian kemaskini Bantuan Permulaan Ke IPT.
  8. Buat permohonan sehingga selesai.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut dan sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Institusi dan Pendidikan, Zakat Pulau Pinang di talian 04-549 8165/8168/8178.

UNTUK SENARAI PENUH BIASISWA DAN BANTUAN PELAJAR MALAYSIA 2022/2023 KLIK SINI

Advertisement

Leave a Comment