Cara Mohon UPU Online Sesi Akademik 2026/2027 | Tarikh Penting Permohonan Kemasukan Pelajar Lepasan SPM/STPM

Permohonan UPU Online 2026/2027 (UPUOnline)

Permohonan UPU 2026 Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 akan dibuka pada 29 Januari 2026 sehingga 23 Mac 2026 bagi Fasa Permohonan Lepasan SPM dan Fasa Pertama Lepasan STPM/Setaraf. Layari portal rasmi UPU untuk permohonan UPU 2026 di https://upu.mohe.gov.my/

Advertisement

Cara Permohonan UPU 2026/2027 Online Lepasan SPM/STPM . Permohonan Baharu yang Dibuka Semula | Update Borang Maklumat UPUOnline SPM, STPM, Matrikulasi #Login dan Daftar UPUOnline | Fasa Pengemaskini

Kalendar & Tarikh Penting Permohonan UPU Sesi 2026/2027

Fasa kedua pua akan dibuka untuk Lepasan STPM/Setaraf bermula pada 13 April sehingga 15 Mei 2026 untuk program yang tidak bertemuduga dan/atau ujian sahaja.

Permohonan UpuOnline ini terbuka kepada semua pelajar Lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian.

Rujuk info penuh permohonan UPU 2026 di bawah.

Hebahan Permohonan UPU 2026 Dibuka

PERMOHONAN UPUOnline BAGI KEMASUKAN KE UNIVERSITI AWAM (UA), POLITEKNIK, KOLEJ KOMUNITI (KK) DAN MARA BAHAGIAN PENDIDIKAN TINGGI (MARA BPT) SESI AKADEMIK 2026/2027

  • Fasa Permohonan Lepasan SPM & Fasa Pertama Lepasan STPM/ Setaraf: 29 Januari – 23 Mac 2026
  • Fasa Kedua Lepasan STPM/ Setaraf:13 April – 15 Mei 2026

PEMBELIAN NOMBOR PIN UPUOnline MELALUI BANK SIMPANAN NASIONAL (BSN)

  • Bermula 28 Januari 2026
  • Harga: RM10.60 (termasuk cas perkhidmatan)
  • 387 Kaunter Cawangan BSN
  • 843 mesin ATM BSN
  • Perbankan Internet myBSN

Jangan lepaskan peluang untuk merebut 363 program pengajian yang ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,146 program pengajian yang ditawarkan kepada lepasan STPM/ Setaraf oleh UA, Politeknik, KK dan MARA BPT seluruh negara.

Tarikh Permohonan UPU 2026 Dibuka

Permohonan UPU bagi sesi akademik 2026/2027 akan dibuka secara rasmi pada 29 Januari 2026.

Bagi calon lepasan SPM, STPM dan setaraf, anda dinasihatkan untuk bersiap sedia dengan melakukan pembelian Nombor Pin Unik ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) bermula 28 Januari 2026 dengan kos sebanyak RM10.60.

Tempoh permohonan Fasa 1 ini akan berlangsung selama hampir dua bulan dan dijadualkan berakhir pada 23 Mac 2026, yang merangkumi pilihan bagi program pengajian bertemuduga dan bukan temuduga.

Selepas fasa pertama ditutup, calon lepasan STPM dan setaraf akan diberikan peluang kedua melalui Fasa 2 yang akan dibuka pada 13 April hingga 15 Mei 2026.

Namun, perlu diingatkan bahawa Fasa 2 hanya menawarkan program pengajian yang tidak melibatkan ujian atau temuduga.

Oleh itu, calon sangat digalakkan untuk melengkapkan pilihan kursus yang paling diminati pada fasa pertama bagi memastikan peluang penempatan yang lebih luas di Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti, dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA).

Pembelian Nombor Pin UPUOnline 2026

Calon Lepasan SPM, STPM/Setaraf wajib membeli Nombor Pin Unik ID di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional untuk membuat permohonan UPU 2026.

Nombor ini berfungsi sebagai kunci keselamatan untuk mendaftar dan memulakan permohonan di portal rasmi.

Pembelian Nombor Pin UPUOnline boleh dilakukan bermula pada 28 Januari 2026.

Calon dinasihatkan untuk mendapatkan nombor pin ini lebih awal sebelum tarikh tutup permohonan bagi mengelakkan sebarang kesulitan teknikal atau kesesakan sistem di saat-saat akhir.

Harga Nombor Pin Unik ID untuk permohonan UPU 2026 ialah RM10.60.

Dimana nak beli Nombor PIN UPU 2026?

Pemohon boleh membeli Nombor Pin UPUOnline di saluran yang dinyatakan berikut:

  • Kaunter Cawangan BSN: Terdapat 387 kaunter cawangan BSN di seluruh negara yang sedia menerima pembelian secara bersemuka.
  • Mesin ATM BSN: Calon atau ibu bapa boleh menggunakan mana-mana daripada 843 unit mesin ATM BSN yang tersedia.
  • Perbankan Internet myBSN: Bagi mereka yang mahukan kemudahan di hujung jari, pembelian boleh dilakukan secara atas talian melalui portal MyBSN.

Siapa Boleh Mohon UPU 2026?

Berikut ialah kategori individu yang layak untuk memohon UPUOnline Sesi Akademik 2026/2027:

1. Kategori Lepasan SPM

  • Calon SPM 2025: Pelajar yang baru sahaja menduduki peperiksaan SPM.
  • Calon SPM 2024 & 2023: Pemohon lepasan SPM bagi dua tahun kebelakang juga masih layak memohon.

2. Kategori Lepasan STPM/Setaraf

  • STPM 2025: Calon yang menduduki peperiksaan STPM pada tahun semasa.
  • Matrikulasi / Asasi (Sesi 2025/2026): Termasuk Matrikulasi KPM, Asasi Sains/Sains Sosial UM, Asasi Pintar UKM, Asasi UiTM, dan Asasi Teknologi Kejuruteraan Politeknik.
  • STAM 2025 & 2024: Calon lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia bagi tahun semasa dan tahun sebelumnya.
  • Diploma / Setaraf: Ini merangkumi pemegang Diploma daripada UA, Politeknik, Kolej Komuniti, IPTS, luar negara, atau ILKA.
  • Kelayakan Lain: Termasuk DKM, DLKM, DVM, A-Level, IB, Sekolah Sukan, AUSMAT, SAM, CPU, serta Foundation daripada IPTS.
  • Bukan Tahun Semasa: Calon lepasan STPM, Matrikulasi KPM, Asasi, atau STAM bagi tahun-tahun sebelum ini juga layak memohon di bawah kategori Diploma/Setaraf.

Cara Permohonan UPU 2026

Permohonan UPU 2026 Bagi Kemasukan ke Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK) dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) Sesi Akademik 2026/2027 boleh dilakukan melalui pautan berikut: https://upu.mohe.gov.my

Rujuk cara-caranya di bawah:

LANGKAH 1: Pembelian Nombor Pin Unik ID

Langkah pertama yang paling wajib dilakukan adalah membeli Nombor Pin UPUOnline melalui Bank Simpanan Nasional (BSN). Tanpa nombor pin ini, anda tidak boleh mengakses sistem permohonan UPUOnline 2026.

  • Tarikh Pembelian: Bermula pada 28 Januari 2026.
  • Harga: RM10.60 (termasuk caj perkhidmatan).
  • Saluran Pembelian: Anda boleh mendapatkannya melalui 387 Kaunter Cawangan BSN, 843 mesin ATM BSN, atau melalui portal perbankan internet myBSN. Pihak BSN akan membekalkan Nombor Pin berserta salinan resit pembayaran yang perlu disimpan untuk rujukan permohonan.

LANGKAH 2: Pendaftaran dan Pengisian Maklumat Permohonan di Portal UPUOnline

Setelah mendapat Nombor Pin, anda perlu melayari laman web rasmi di https://upu.mohe.gov.my untuk membuat permohonan UPU 2026.

  • Log Masuk: Gunakan Nombor Pin yang telah dibeli untuk mendaftar akaun dan mengisi maklumat peribadi serta akademik yang diperlukan.
  • Pemilihan Program: Pastikan anda menyemak syarat kelayakan mengikut kategori anda (Lepasan SPM atau STPM/Setaraf) agar program yang dipilih menepati kriteria yang ditetapkan.

LANGKAH 3: Pengesahan Permohonan

Selepas semua maklumat dan pilihan program pengajian diisi, pastikan anda menekan butang hantar untuk merekodkan permohonan dalam sistem. Calon dinasihatkan untuk menyemak semula semua pilihan sebelum tarikh tutup bagi mengelakkan sebarang kesilapan.

Untuk melihat syarat kelayakan dan info lanjut program yang dimohon, sila layari: https://online.mohe.gov.my/epanduan/kategoriCalon

NOTA PENTING:

Anda perlu peka dengan tarikh tutup mengikut kategori masing-masing agar permohonan tidak terbatal:

  • Lepasan SPM: Permohonan dibuka dari 29 Januari 2026 (12.00 tengah hari) sehingga 23 Mac 2026 (5.00 petang).
  • Lepasan STPM/Setaraf (Fasa 1): Sama seperti lepasan SPM, iaitu bermula 29 Januari 2026 hingga 23 Mac 2026. Fasa ini penting untuk program pengajian yang memerlukan temuduga atau ujian.
  • Lepasan STPM/Setaraf (Fasa 2): Dibuka semula pada 13 April 2026 hingga 15 Mei 2026. Perlu diingat bahawa fasa ini tidak menawarkan program pengajian bertemuduga atau ujian.

Penawaran Program Pengajian UPUOnline 2026

Sistem UPUOnline pada tahun ini menawarkan pilihan yang sangat luas bagi memenuhi pelbagai minat dan kelayakan akademik pelajar seperti berikut:

  • Lepasan SPM: Sebanyak 363 program pengajian ditawarkan khusus untuk calon lepasan SPM.
  • Lepasan STPM/Setaraf: Sebanyak 1,146 program pengajian ditawarkan untuk calon lepasan STPM/Setaraf.
  • Program-program ini ditawarkan oleh pelbagai institusi pendidikan awam yang merangkumi Universiti Awam (UA), Politeknik, Kolej Komuniti (KK), dan MARA Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT).

Tarikh-tarikh Penting Permohonan UPUOnline 2026

PerkaraTarikh MulaTarikh Tutup
Pembelian No. Pin BSN28 Januari 202615 Mei 2026
Permohonan Fasa 1 (Semua Kategori)29 Januari 202623 Mac 2026
Fasa Kemaskini (Lepasan SPM)16 Mac 202623 Mac 2026
Permohonan Fasa 2 (Lepasan STPM/Setaraf)13 April 202615 Mei 2026

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui info terkini dan maklumat lanjut Permohonan UPU 2026, sila ikuti platform media sosial rasmi Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA (BKPA) untuk maklumat terkini berkaitan UPUOnline.

πŸ‘‰ BKPA UPU (TikTok β€’ Facebook β€’ Telegram β€’ Instagram β€’ YouTube)

πŸ‘‰πŸ» Tiktok BKPA UPU https://tinyurl.com/BKPAUPU

Sebarang pertanyaan berkaitan UPUONLINE, boleh hubungi BKPA melalui:

rlu temuduga, pastikan anda memohon ketika FASA 1.

Senarai Program Pengajian Yang Ditawarkan Bagi Permohonan UPUOnline

Calon boleh membuat carian program pengajian semasa membuat permohonan dengan merujuk kepada :

KOD PROGRAM PENGAJIAN 
KEMASUKAN KE IPTA 
SESI AKADEMIK

Panduan Memilih Program

  1. Melepasi syarat am dan syarat khas program institusi/agensi.
  2. Program yang minat.
  3. Pilihan program mengikut keutamaan.
  4. Rujuk kaunselor.
  5. Pelbagai pilihan bidang dan institusi/agensi.

Dasar Pemilihan Meritokrasi

Dasar pemilihan UPU online adalah berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai;

90% MARKAH AKADEMIK
10% MARKAH KOKURIKULUM

Pemilihan pelajar juga adalah berdasarkan faktor berikut:

Panduan Permohonan UPUOnline

Berikut adalah panduan membuat permohonan oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) bagi para pelajar yang ingin memohon:

  1. Layari portal rasmi UPU Online di pautan https://upu.mohe.gov.my/
  2. Pastikan kategori anda betul.
  3. Semak syarat kelayakan di e-panduan UPUOnline.
  4. Kira meritΒ disini.
  5. Semak tren permohonan dan penawaran.
  6. Semak laluan kerjaya.
  7. Isi permohonan UPUOnline.
  8. Pastikan mengisi maklumat bertanda (*) dengan lengkap.
  9. Pilih pilihan program mengikut keutamaan.
  10. Lengkapkan borang permohonan.
  11. Klik butang β€œSIMPAN”.
  12. Cetak slip permohonan.
  13. Simpan slip permohonan sebagai bukti permohonan telah dibuat.
  14. Semakan dan kemaskini permohonan adalah tanpa had. JANGAN TUNGGU SAAT AKHIR.

Taklimat Panduan KEMASKINI BORANG PERMOHONAN UPU ONLINE 

Baca juga : Cara Kemaskini Borang Permohonan UPU Online Sesi Akademik 2026/2027

Baca Juga : Senarai Biasiswa Terkini 2026 Lepasan SPM | STPM

Advertisement

45 Pingbacks

Leave a Comment