Advertisement

Cara Semak Pengiktirafan Program Pengajian IPTA/IPTS oleh MQA/JPA/SPA

Kemaskini! Cara untuk semakan pengiktirafan Kelayakan Sijil/Diploma/Ijazah yang dikeluarkan oleh IPT Awam dan IPT Swasta, Dalam dan Luar Negara bagi Program yang diiktiraf oleh Kerajaan – JPA / SPA . Semakan Akreditasi MQA Malaysia, Pengiktirafan Kelayakan Ijazah Sarjana Muda, PhD, Sijil | Pengiktirafan Program Diploma Politeknik, Kolej Swasta dan lain-lain

Sehingga hari ini ramai pelajar-pelajar telah tertipu dengan institut pengajian tinggi yang tidak mendapat pengiktirafan sijil daripada Kementerian Pendidikan Tinggi/Agensi Kelayakan Malaysia/JPA.

Advertisement

MQA adalah dikenali sebagai Agensi kelayakan Malaysia – sebuah agensi kerajaan yang mempunyai tanggungjawab untuk memastikan setiap IPT mahu pun Awam atau Swasta harus mengikut garis panduan daripada kementerian pendidikan tinggi bagi Sijil-Sijil akademik mereka yang dikeluarkan adalah mendapat pengiktifan olehnya.

Selain daripada itu, Sistem eSisraf atau dinamakan Sistem Pengiktirafan Kelayakan PErkhidmatan Awam telah diperkenalkan. Ini adalah bertujuan untuk membantu mereka-mereka yang ingin mengunakan Sijil yang dikeluarkan oleh IPT samaada boleh digunapakai untuk memohon SPA ( Jawatan untuk memasuki Perkhidmatan Awam).

Berikut perkongsian panduan semakan pengiktirafan MQA

  • Layari laman sesawang MQA : https://www.mqa.gov.my/
  • Pilih jenis institusi di bahagian ‘Sistem pengiktirafan perkhidmatan awam‘ @ eSisraf
  • Pilih Semakan Kelayakan
  • Pilih maklumat diminta dan tempat anda belajar dan masukkan Ijazah Sarjana Muda cari kamu punya bidang
  • Pilih Ijazah anda dan cetak.
  • Selesai

Langkah Pertama : Masuk ke dalam link website seperti diberikan dan paparan seperti ini akan keluar.

Langkah Kedua : Pilih Semakan Kelayakan

Langkah Ketiga : Pilih Institut pengajian Tinggi yang anda ingin semak sama ada IPT  Awam / Swasta dan dari Negara Mana. Contoh saya ingin semak kelayakan MQA UUM. Pilih maklumat diminta dan tempat anda belajar dan masukkan bidang dan program yang di cari.

Langkah Keempat : Sila klik “enter” pada paparan yang keluar dan sebagaimana carian anda. , jika anda ingin melihat kelayakan sila klik INFO KELAYAKAN dan ada akan dapat melihat setiap kelayakan MQA pada setiap Program yang ditawarkan. Pilih CARIAN anda dan cetak.

Cara lain untuk semakan adalah melalui Portal ini => https://www2.mqa.gov.my/mqr/

Dengan adanya portal ini, diharap akan membantu anda membuat pilihan yang tepat dalam memilih bidang yang di iktiraf oleh JPA untuk di ambil seterusnya untuk perkembangan kerjya akan datang. Moga Bermanfaat.

iNFO Penting Lain :-

Advertisement

Leave a Comment