Breaking

Sunday, March 24, 2019

Permohonan Diploma Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)


Pusat Perubatan Universiti Malaya atau ringkasnya PPUM adalah suatu program yang menawarkan beberapa bidang pengajian seperti berikut:-


Antara bidang pengajian yang ditawarkan ialah:
  • Diploma Kejururawatan
  • Diploma Radiografi
  • Diploma Teknologi Makmal Perubatan
Tempoh pengajian selama 3 tahun secara sepenuh masa.
TARIKH PENTING DIPLOMA PPUM 2019
i. Tarikh Permohonan: 25 Mac – 17 April 2019
ii. Panggilan Temuduga (Program 1): 29 April hingga 3 Mei 2019 
iii. Semakan Keputusan / Temuduga: 1 Julai – 6 Julai 2019
iv. Tarikh Pendaftaran: 7 Julai 2019

SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN DIPLOMA PPUM

Antara syarat kelayakan permohonan Diploma PPUM adalah seperti berikut:
A. Syarat Am
i. Berumur 18 hingga 22 tahun
ii. Bujang
iii. 3 Tahun (Sepenuh Masa)

iv. Sihat fizikal dan mental serta mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk mengikuti latihan.
B. Syarat Kelayakan Akademik
Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau setaraf dengannya dan mendapat:
i. Kepujian dalam Bahasa Melayu (termasuk lulus ujian lisan), Bahasa Inggeris dan Matematik, SERTA
ii. Bagi Program Diploma Kejururawatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran dan salah satu mata pelajaran adalah Sains Teras atau Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Biologi)
iii. Bagi Program Diploma Radiografi – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Fizik dan Biologi
iv. Bagi Program Teknologi Makmal Perubatan – memperolehi kepujian dalam dua mata pelajaran Sains Tulen (keutamaan dalam mata pelajaran Kimia dan Biologi)

CARA PERMOHONAN DIPLOMA PPUM 2019 ONLINE

  1. Permohonan hanya boleh dibuat secara online sahaja melalui http://spp.ummc.edu.my atau melalui laman web http://www.ummc.edu.my.
  2. Pemohon perlulah membeli ID PPUM yang boleh didapati di Bank Simpanan Nasional berharga RM10.00 untuk membuat permohonan termasuk RM1.00 caj perkhidmatan BSN.
  3. ID PPUM juga boleh digunakan untuk menyemak panggilan temuduga (Program 1 sahaja) melalui laman web PPUM mulai 29 April hingga 3 Mei 2019.
  4. Borang permohonan secara online perlu diisi dengan lengkap dan maklumat tepat. Borang yang tidak lengkap tidak akan diproses.
Nota : Hanya calon yang disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga.
Sebarang pertanyaan, sila hubungi di talian 03 – 2028 7047 / 03 – 2028 7071 atau Emel ke spp@ummc.edu.my

MOHON SEKARANG!!

No comments:

Post a Comment