Thursday, 22 February 2018

Semakan Online Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020

Pendaftaran murid Tahun 1 ambilan 2019 dan 2020 boleh dibuat secara online bagi Semenanjung Malaysia. Manakala, bagi negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan boleh dilakukan secara hadir sendiri (walk-in).



Untuk makluman anda, permohonan kemasukan ke Tahun 1 ambilan 2019/2020 akan dibuka mulai 1 Mac hingga 30 April 2018.

Permohonan Murid Tahun 1 Sesi 2019/2020 Online

Berikut dikongsikan cara pendaftaran murid tahun 1 sesi 2019/2020 secara online:

A. Semenanjung Malaysia

Pendaftaran secara online boleh dilakukan menerusi laman web Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM) Kementerian Pendidikan Malaysia.

1. Pemohon perlu layari laman web melalui pautan seperti berikut:

KLIK:👉 https://public.moe.gov.my/

 2. Login menggunakan No. Kad Pengenalan dan Kata Laluan.

3. Kemudian, isikan maklumat borang pendaftaran seperti maklumat prasekolah/tadika, profil kesihatan dan rekod imunisasi anak.

4. Cetak borang yang telah lengkap diisi bersama dokumen yang diperlukan.

5. Ibu bapa perlu membawa cetakan borang permohonan ke sekolah yang   dipohon untuk proses Perakuan. Antara  dokumen-dokumen yang perlu dibawa  (dokumen asal + 1 salinan):

◾Sijil lahir anak/ sijil anak angkat
◾Kad pengenalan ibu bapa/ penjaga
◾Surat nikah/ surat cerai
◾Bil yang mempunyai alamat tempat  tinggal
◾Laporan doktor & kad OKU (jika berkaitan)

B. Sabah, Sarawak dan Wilayah 
    Persekutuan Labuan

Permohonan ke Tahun 1 hendaklah dikemukakan secara manual oleh ibu bapa/penjaga dengan menghadirkan diri di sekolah untuk mengisi borang.

Tempoh Permohonan Pendaftaran Dibuka

◾ Tarikh Dibuka: 1 Mac 2018
◾ Tarikh Ditutup: 30 April 2018
◾ Kemasukan tahun 2019 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari  2012 hingga 1 Januari 2013.
◾Kemasukan tahun 2020 adalah bagi kanak-kanak warganegara Malaysia yang lahir pada 2 Januari 2013 hingga 1 Januari 2014.

Tarikh Tutup Permohonan => 30 April 2018.

Perlu diingatkan bahawa permohonan lewat tidak akan dipertimbangkan. Permohonan yang tidak lengkap atau maklumat palsu dan mengelirukan, boleh mengakibatkan permohonan anda ditolak.
 MOHON SEGERA!!