Thursday, 15 February 2018

Semakan Online Keputusan SPM 2017 | 2018


Tarikh Keputusan SPM 2017. Calon peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi tahun 2017 dijangka boleh mendapatkan keputusan SPM 2017 masing-masing pada Minggu Ke-2 Mac 2018.

 Berdasarkan tarikh pengumuman keputusan SPM bagi tahun-tahun sebelumnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memilih satu tarikh pada bulan Mac untuk mengumumkan keputusan.

TARIKH DAN SEMAKAN KEPUTUSAN SPM 2017 SECARA ONLINE DAN SMS

Pemilihan tarikh dalam bulan Mac bagi mengumumkan keputusan SPM tersebut, membolehkan calon mempunyai masa yang cukup untuk mendaftar dan menamatkan kursus pengajian Pra Universiti, Asasi dan Matrikulasi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam masa yang ditetapkan sebelum melanjutkan pengajian ke dalam atau luar negara.

Maklumat Semakan Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2017

Tarikh Rasmi Pengumuman Keputusan (Result) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 dijangka pada Minggu Ke-2 Mac 2018

*Tarikh yang tepat (rasmi) akan dinyatakan.

Pautan Laman Sistem Aplikasi Semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online

Semakan Online

Sistem aplikasi semakan Keputusan SPM 2017 Secara Online sila klik pautan dibawah.
Sistem semakan online bagi keputusan SPM 2017 hanya akan diaktifkan bermula pada tarikh rasmi serta masa keputusan diumumkan
Sila masukkan No Kad Pengenalan tanpa tanda (–) dan Nombor Angka Giliran tanpa “selang” dalam ruangan yang tersedia
Semakan keputusan secara atas talian (online) menerusi portal rasmi Lembaga Peperiksaan hanya memaparkan ringkasan keputusan Slip keputusan penuh boleh diperoleh di sekolah atau JPN

Semakan SMS

Semakan keputusan melalui pesanan ringkas (SMS) adalah dengan menggunakan format penghantaran mesej seperti berikut
Taip : SPM (jarak) No Kad Pengenalan (jarak) No Angka Giliran dan hantar ke 15888
Contoh :
SPM 991403025778 KC007B067 hantar ke 15888

Cara Mendapatkan Slip Keputusan Penuh SPM 2017

Calon Sekolah

Calon sekolah boleh mendapatkan keputusan melalui sekolah masing-masing bermula pada jam 10 pagi

Calon Persendirian

Calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mendaftar dahulu

Semak Sekarang!!